Comment by amal (20/04/2008)
WauTeraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainanmasa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Wauni,namanya berbeza-beza mengikut negara. Bagi rakyat Jepun menyebut Tako,Afrika (Vlieers), Belgium (Plakwaaier), China (Fung Jung), Belanda (Vlieger),Britain (Kites), Perancis (Cerf Volant), Jerman (Drachen), Itali (Aquilone), Korea(Youn), Mexico (Papalote), Norway (Drage), Portugal (Pipas), Filipina(Saranggola), Russia (Letchijzmeij), Sepanyol (Cometas) dan Sweden (Drake)tapi maknanya tetap sama iaitu layang-layang atau wau.Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akanmemegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan caramenghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauancahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakatMelayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian olehmasyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkaidan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkanpertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia,terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wauantarabangsa.Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainanmasa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.Ada beberapa faktor nama wau mula-mula dikenali, mengikut cerita dahulu waudimainkan oleh kanak-kanak. Ia diperbuat dari daun yang tertentu diikat dengantali pada tetulang belakang daun dan dinaikkan di tempat berangin, pada suatuketika wau itu putus.Setelah dipukul angin kencang lalu kanak-kanak ini menangis "wa..wa..wa…"maka lahirlah perkataan wau, tetapi penyataan in masih menjadi tanda tanyadalam asal usul nama wau yang dikenali.
Add a Comment