You are on page 1of 82

ANALISIS KES :

STEALING
TIME
ISU UTAMA :
Pemikiran negatif dan emosi David
yang terganggu dalam mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran di
kelas Robert.
KESAN

• Masalah disiplin dan tingkah laku


bermasalah negatif disruptif yang
ditunjukkan oleh David, seorang pelajar
bermasalah pembelajaran semasa sesi
pembelajaran bersama guru
matematiknya, Robert.
BUKTI KAJIAN ( SUMBER BUKU )
Tingkah Laku
Negatif David :
• Menghempas buku di lantai
• Mengetuk pensel di meja
• Mencuri jam tangan Bob
• Mengganggu kelicinan perjalanan proses
p&p dengan membuat bising semasa
dalam kelas
• Mengasari rakan
BUKTI KAJIAN 1 :

(m/s 162, p 2, b 3)
• David berterusan membuat bunyi-bunyi
pelik dan menyampuk percakapan Robert
semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
• David juga sengaja menjatuhkan buku
dengan kuat ke lantai dan mengetuk-
ngetuk pensil ke meja dan mencari barang
di dalam meja dengan bising.

(m/s 162 , perenggan ke-2 , baris ke-3)


BUKTI KAJIAN 2 :

(m/s 162, p 4, b 1)
• David menolak dengan kasar pertolongan
yang cuba diberi oleh rakan
sekumpulannya dalam pembelajaran
koperatif matematik yang dijalankan oleh
Robert.

(m/s 162 , perenggan ke-4 , baris pertama)


BUKTI KAJIAN 3 :

(m/s 163, p 2, b 1)
• Tingkah laku David semakin menjadi-jadi.
David membuat bising, menarik-naik bidai
tingkap dan menyuruh rakan sekelasnya
supaya diam menyebabkan rancangan
pengajaran Robert terganggu.

(m/s 163 , perenggan ke-2 , baris pertama)


BUKTI KAJIAN 4 :

(m/s 163, p 2, b 7)
• David menghempas barang-barangnya ke
atas meja dengan kuat apabila dia disuruh
duduk di satu sudut lain (time-out).
BUKTI KAJIAN 5 :

(m/s 164, p 3, b 3)
Mok Soon Sang.(2009). Pengurusan tingkah laku dan bilik darjah.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
• Menurut Mohd Nazar Mohamad (1990)
dalam Mok Soon Sang (2009),
mendefinisikan tingkah laku bermasalah
seseorang individu sebagai tingkah laku
yang mengganggu perjalanan
kehidupannya.
• Tingkah laku bermasalah merujuk kepada
sebarang tingkah laku pelajar yang boleh
menjejaskan kelicinan ataupun
keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, khasnya dalam bilik darjah.

(Mok Soon Sang, 2009)


• Tingkah laku bermasalah negatif termasuklah
tingkah laku disruptif
• Tingkah laku disruptif bukan sahaja
membahayakan diri tetapi juga pelajar lain.
• Antara tingkah lakunya :-
– Hiperaktif
– Kelakuan nakal
– Bising
– Bergerak sesuka hati
– Ketawa kuat
– Agresif secara lisan/fizikal
• Berdasarkan ciri-ciri tingkah laku disruptif
tersebut terdapat persamaan dengan
tingkah laku yang ditunjukkan David. Oleh
itu, dapat disimpulkan bahawa David
merupakan seorang pelajar yang
mempunyai masalah tingkah laku disruptif.
PUNCA TINGKAH
LAKU
NEGATIF
PUNCA PERUBAHAN
TINGKAH LAKU
DAVID

Pandangan dan perspektif


David sendiri
terhadap kelas

Kurang perhatian
Rasa rendah diri
dari guru
Perasaan tidak
diterima rakan
BUKTI KAJIAN
BUKTI KAJIAN
• BUKTI KAJIAN
• David cuba mendapatkan perhatian
gurunya dengan mengganggu proses
P&P, menghempas buku di lantai dan
mengetuk pensel di meja.
• (m/s 162, p 2, b 3)
Dipelopori oleh Dreikurs (1968) yang mengatakan
tingkah laku bermasalah adalah kerana :

•Inginkan perhatian
•Inginkan kuasa
•Balas dendam
•Tonjolkan kekurangan

MODEL
Inginkan perhatian :
LOGICAL
•Murid menunjukkan perlakuan tidak diingini untuk
CONSEQUENCES mendapatkan perhatian guru dan rakan.

•Contoh : bercakap, mengetuk pensel di meja,


ganggu rakan, tidak fokus semasa P&P,
buat malas & tidur.
BUKTI KAJIAN ( SUMBER BUKU)
Mok Soon Sang.(2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
BUKTI KAJIAN ( SUMBER BUKU)

Alfie Kohn. (1996). Beyond discipline; from compliance


to community. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
BUKTI KAJIAN ( SUMBER BUKU)

Dorothy Walter Baruch. (1949). New ways in discipline.


New York: McGraw-Hill Book Company, Inc.
CADANGAN UNTUK
GURU
Bukti Kajian(Sumeber
buku)Kaunseling pia

Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan penilaian tahap kecekapan skim perkhidmatan guru;
bahagian II: kompetensi khusus/fungsi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Bukti Kajian(Sumeber
buku)motivasi pia

Noriati A.Rashid et al.(2009). Murid dan Alam


belajar. Selangor : Oxford Sdn. Bhd.
Terapi Realiti
• Diasaskan oleh William Glasser.
• Glading (1993), berpendapat terapi realiti
menegaskan bahawa perubahan individu
dilakukan melalui tindakan dan pemikiran.
Beliau mencadangkan bahawa dunia
dalaman individu adalah yang paling
berpengaruh dalam menentukan tingkah
laku yang telah dipilihya
• Terapi realiti juga menekankan aspek-aspek
positif seperti potensi individu, kejayaan,
kelebihan dan kualiti positif yang ada pada
individu tersebut. Melihat individu sebagai positif
dan beroperasi dan bukan sebaliknya.

• Menggalakkan individu atau klien menilai


tingkah lakunya sama ada yang positif atau
negatif. Tingkah lakunya akan berubah setelah
mengenal pasti tingkah laku itu dan ini akan
menyedarkan individu itu tentang punca
kegagalan pada masa kini.
• Terapi realiti ini juga menitikberatkan
tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab perlu
dipelajari secara terus menerus sepanjang masa
kehidupan.
• Faktor yang menjadi asas dalam teori Glasser:

1 Berfokus kepada semasa bagi elakkan bincang


perkara lalu.
2 Galakkan individu untuk hakimi diri mereka
sendiri dengan pertanyaan.
3 Perancangan spesifik bagi bantu melaksanakan
dan menilai kemajuan diri.
Elemen-elemen Disiplin Yang
Berkesan dalam Terapi Realiti Glasser
• Berlaku suasana yang saling percaya-
mempercayai dan hormat-menghormati.
• Tidak bersifat memaksa.
• Bukan berbentuk hukuman.
• Berupaya membezakan antara masalah
disiplin dan peristiwa disiplin.
• Melibatkan pihak yang prihatin dan ingin
membantu murid mengubah tingkah laku
mereka.
• Membantu murid memenuhi kehendak
masing-masing.
• Membantu murid membuat pilihan yang
wajar.
• Mengajar murid memikul tanggung
jawab secara peribadi.
• Menangani tingkah laku masa kini,
bukannya tingkah laku masa lampau.
• Memerlukan murid membuat
penghakiman berunsurkan nilai terhadap
tingkah laku mereka.
• Membantu murid merancang kearah
perubahan tingkah laku.
• Percaya bahawa murid berupaya untuk
berubah kearah yang positif.
BUKTI KAJIAN(SUMBER BUKU)

Mok Soon Sang.(2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah


laku. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
BUKTI KAJIAN(SUMBER BUKU)

C.M Charles. (2005). Building classroom discipline(eight edition).


New York: Pearson Education, Inc.
Sesi perbincangan melibatkan
David dan rakan-rakan
• Dalam kes ini, David berasa dirinya
tersisih dan tidak diterima oleh rakan
sekelasnya. Dia rasa dirinya dibenci dan
dipandang sinis oleh rakan sekelas.
• Robert telah mengadakan satu
perbincangan dengan murid kelasnya
tentang permasalahan David sewaktu
David tiada di dalam kelas.
• Berdasarkan kes ini, Robert seharusnya
mengadakan satu perbincangan yang
melibatkan semua anggota kelas
termasuk David bagi menyelesaikan
masalah.
• Ini kerana David juga merupakan ahli
komuniti kelas tersebut, oleh itu David
mempunyai hak untuk turut serta dalam
apa jua aktiviti dan perbincangan.
• Tambahan pula topik yang dibincangkan
adalah mengenai David. Dalam hal ini
David patut mengetahui perasaan dan
pandangan sebenar rakan sekelasnya
terhadap tingkah laku negatif yang telah
ditunjukkan oleh David semasa di dalam
kelas.
• Dengan mengetahui perkara sebenar ini,
David akan sedar bahawa rakan-rakannya
tidak mempunyai sebarang masalah
dengannya kecuali apabila David
bertingkah laku negatif.
• Peranan Robert sebagai guru pula ialah sebagai
pendamai dan penyelesai masalah. Robert tidak
boleh berat sebelah atau pilih kasih dengan
memihak kepada David atau muridnya yang lain.
• Beliau perlu mengelakkan salah faham dan
pandangan negatif mereka berterusan antara
satu sama lain.
• Beliau mesti menerangkan situasi sebenar dan
mencadangkan perkara yang boleh dilakukan
supaya masing-masing dapat bekerjasama
sebagai satu komuniti yang mesra tanpa
sebarang prejudis.
BUKTI KAJIAN(SUMBER BUKU)

Atan Long. (1980). Pedagogi kaedah am mengajar.


Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Pembinaan Konsep Diri Positif
• Mengikut teori konsep diri, individu yang
berjaya memiliki konsep diri yang positif.
• Teori ini mengatakan tingkah laku
sesorang itu amat dipengaruhi oleh
konsep dirinya.
• Seseorang yang mempunyai konsep diri
positif bertingkah laku secara positif,
begitu juga sebaliknya.
• Berdasarkan penyataan tersebut,
seseorang itu hanya akan mengubah
tingkah lakunya sesudah dia mengubah
konsep dirinya terlebih dahulu.
• Ini bererti guru yang berhasrat mendorong
muridnya supaya mengubah tingkah
lakunya perlu terlebih dahulu mendorong
murid itu supaya mengubah konsep
dirinya.
• Antara konsep diri negatif yang perlu diubah
pada diri David ialah konsep diri sosial serta
konsep diri emosi.
• David berasa dia seorang yang tidak pandai
bergaul, tidak disukai orang dan tidak pandai
mengambil hati orang lain, maka David
mempunyai konsep diri sosial yang negatif.
• Selain itu David juga tidak mempunyai emosi
yang stabil, tidak pandai mengawal perasaan,
sedih dan dendam serta tidak pandai merawat
emosi sendiri. Individu seperti ini dikatakan
seorang yang berkonsep diri sosial negatif.
• Dalam pembinaan konsep diri murid di
sekolah, peranan guru mengatasi peranan
ibu bapa dan rakan sebaya kerana
seseorang tidak membina konsep dirinya
atas kemahuannya sendiri sebaliknya atas
3 sumber iaitu pendapat orang lain,
perbandingan dengan individu lain dan
penilaian diri.
BUKTI KAJIAN (SUMBER BUKU)
Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (2002). Guru sebagai pendorong dalam
darjah.Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Bagi tanggungjawab dan
kepercayaan pada David
• Salah satu punca David berfikiran dan beremosi
negatif adalah kerana dia berasa rendah diri
apabila berada di kelas biasa.
• Satu cara untuk mendorong pelajar adalah
dengan meningkatkan estimnya.
• Estim ialah perasaan yang dirasai berkenaan
nilai diri sendiri. Estim ialah sebahagian
daripada unsur dalam konsep diri dan
merupakan bahagian yang menilai diri sendiri.
• Menurut teori ini, kata-kata guru
mempunyai kesan serius kepada estim
murid-murid di mana hanya dengan kata-
kata guru dapat meninggikan mahupun
menjatuhkan estim murid-muridnya.
• Kajian juga mendapati individu yang
memiliki estim rendah mempunyai sikap
pesimistik, iaitu suka meramalkan perkara-
perkara negatif umpamanya mereka
sering meramalkan tidak mampu
menjalankan sesuatu tugasan atau
tanggungjawab yang diberi.
• Selain itu kajian juga mendapati orang
yang memiliki estim rendah mempunyai
pandangan yang sangat negatif terhadap
diri mereka sendiri, akibatnya mereka
kerap salah faham terhadap reaksi orang-
orang lain kepada mereka.
• Mereka tidak berapa suka kepada diri
mereka sendiri dan mereka percaya orang
lain juga tidak berapa suka kepada
mereka. Ini yang berlaku kepada David.
• Orang yang berestim rendah tidak
mempercayai bahawa mereka mempunyai
keistimewaan dan kelebihan. Sebaliknya
mereka sangat menumpukan fikiran pada
kelemahan dan kegagalan yang ada pada
diri mereka.
• Oleh itu Robert seharusnya melakukan
perkara yang mampu meningkatkan estim
David. Antaranya ialah dengan
memberikan tanggungjawab dan
kepercayaan kepada David.
• Menurut teori estim, seseorang itu perlu
mengiktiraf keupayaan dan bakat yang
ada padanya. Dengan memberikan
tanggungjawab dan kepercayaan kepada
David, dia akan berasa dipercayai dan
yakin dengan kebolehan diri. David akan
berasa dirinya mempunyai keistimewaan
sama seperti orang lain dan tidak ada
kurangnya. Maka David tidak akan
berfikiran bahawa dia seorang yang
lemah.
• Sebagai contoh, Robert boleh
memberikan David kepercayaan untuk
membantunya mengutip buku latihan atau
menjadi ketua bagi sesuatu aktiviti.
• Tanggungjawab yang diberikan
kepadanya akan membangkitkan
perasaan dihargai dan diterima dalam diri
David seterusnya dapat meningkatkan
estim dirinya.
BUKTI KAJIAN(SUMBER BUKU)
Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (2002). Guru sebagai pendorong dalam
darjah.Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
CARA MENANGANI
MASALAH DISIPLIN
PENGURUSAN DISIPLIN
• Penyelesaian mempunyai tiga peringkat
iaitu mencegah, memupuk, memulih.
• Aspek mencegah, contohnya :

 Penyediakan RPH yang melibatkan


semua murid.
 Peka terhadap keperluan murid.
 Menjelaskan peraturan dengan
tegas tetapi adil
• Aspek memulih, seperti:

 Pelajar perlu mengenalpasti


kesilapan yang dilakukan.
 Berdamai dan bersedia meminta
maaf.
 Fokus kepada penyelesaian
masalah daripada mempersalahkan
murid atas tindakan yang dilakukan
• Aspek memupuk, contohnya :

 Memberi motivasi yang mana dapat


menjejaskan tingkah laku yang tidak
baik pelajar.
 Memberikan ganjaran
 Mengambil berat tentang murid
 Mendidik mereka tentang akibat
perbuatan mereka.
• Guru perlu mengamalkan sikap
demokratik semasa di dalam kelas. Sikap
kepimpinan autokratik hanya
menyebabkan pelajar memerontak dan
kurang menghormati guru. Oleh itu, guru
perlu bertindak dengan bijak sebagai
seorang pemimpin dengan berlaku adil
dan bertindak menggunakan akal,
bukannya emosi.
• Guru perlu menggunakan banyak aktiviti
menyoal.
 Untuk mendapatkan tindak balas
secara langsung
 Supaya murid-murid akan
melibatkan diri secara aktif
• Guru harus mewujudkan suasana yang
kondusif
 Menyusun keadaan fizikal.
 Kedudukan pelajar secara kumpulan.

• Guru juga perlu mengajar dengan sikap


penyayang
 Untuk merapatkan hubungan.

• Guru boleh menggunakan ganjaran


sebagai galakan.
• Robert juga harus menggunakan motivasi
ekstrinsik bagi meningkatkan kesediaan
David untuk belajar.

• Bentuk rangsangan contohnya guru


memberi sokongan, peneguhan positif
seperi pujian, hadiah, gred dan
membentuk iklim alam belajar yang
kondusif.
• Mempelbagaikan teknik, kaedah, strategi
dan pendekatan pengajaran serta
menggunakan pelbagai bahan bantu yang
sesuai untuk menarik perhatian pelajar.

• Komunikasi secara lisan dan bukan lisan


sering berlaku semasa menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalm
bilik darjah.
• Gunakan suara yang lantang dan jelas
serta perkataan-perkataan yang mudah
difahami pelajar semasa menyampaikan
pengajaran.

• Guru perlu menggunakan gaya


percakapan yang sesuai.
 Menggunakan nada yang sesuai.
 Menggunakan ayat yang sesuai.
Ciri-ciri iklim bilik darjah yang
kondusif
• Hubungan yang saling hormat menghormati
antara guru dengan pelajarnya.

• Kesukarelaan pelajar menerima aspirasi dan


peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh
pihak pentadbiran sekolah
• Perasaan kekitaan yang timbul antara
guru dengan pelajarnya

• Kewujudan satu keadaan yang setiap


pelajar melibatkan diri dalam kegiatan
keilmuan dalam setiap kesempatan.
Peranan guru sebagai pengurus bilik
darjah
• Mengurus bilik darjah

• Mengurus murid-murid supaya menjalankan


tugas mereka mengikut jadual bertugas

• Mengurus murid-murid supaya mematuhi


segala peraturan bilik darjah
• Mengurus keadaan fizikal bilik darjah
supaya menjadi lebih kondusif untuk
aktiviti P&P, mengurus bahan-bahan
pengajaran supaya dapat digunakan
dengan lebih berkesan

• Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat


dilaksanakan mengikut rancangan.
Ciri-ciri guru yang efektif dalam
pengurusan bilik darjah
Bertanggungjawab

Kepimpinan Baik hati

SIFAT
DAN
KUALITI PERIBADI

Jenaka Sabar

Yakin
Sifat dan Kualiti Sosial / Tingkah
Laku
Budi pekerti

Ramah mesra

Rendah diri

Semangat berbakti

Jujur
RUJUKAN
Abdul Rahim M Ali. (2001). Ilmu pendidikan untuk kursus
perguruan lepasan ijazah. Selangor: Utusan Publication
Sdn Bhd.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (2002). Guru sebagai


pendorong dalam darjah. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Alfie Kohn. (1996). Beyond discipline; from compliance to


community. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Atan Long. (1980). Pedagogi kaedah am mengajar.
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2008). Murid dan alam belajar untuk


program perguruan pendidikan rendah pengajian
empat tahun. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

C.M Charles. (2005). Building classroom discipline(eight


edition). New York: Pearson Education, Inc.

Dorothy Walter Baruch. (1949). New ways in discipline. New


York: McGraw-Hill Book Company, Inc.

Garry Martin & Joseph Pear. (1992). Behavior modification:


what is it and how to do it. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Mok Soon Sang.(2009). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan penilaian tahap


kecekapan skim perkhidmatan guru; bahagian II:
kompetensi khusus/fungsi. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Noriati A.Rashid et al.(2009). Murid dan Alam belajar.


Selangor : Oxford Sdn. Bhd.

Ragbir Kaur A/PJoginder Singh. (2005). Panduan ulangkaji


ilmu pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepaan Ijazah.
Selangor: Kumpulan Budiman.

You might also like