Seni Pergerakan
•
Einstein
mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantauoleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan.•
Torrance
(1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkankebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.
Seni Visual
•
Bersoon
(1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan responemosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan senikanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan danpenaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanandan otak kirinya difungsikan.•
Eisner
(1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan denganmasalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cubamembina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanakmembuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membinakonsep.•
Feldman
(1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedarankanak-kanak tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa kesemasa.•
Brown
(1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhatiketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalampengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaansetiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberipendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaanmengembangkan pemikiran yang kritis.
Teori Pembelajaran
Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni Dalam Pendidikan adalah sepertiberikut:(a)
Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuanatau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima denganpengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentukperaturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid menciptapenyelesaianmereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepadakognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan muridmenacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya prosesinkuiri akan terhasil.