Professional Documents
Culture Documents
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
1.1 OBJEKTIF / MATLAMAT
1.2 DEFINISI KONSEP
1.3 RUANG LINGKUP / SKOP PERBINCANGAN
1.4 KERANGKA PERBINCANGAN
1.5 KESIMPULAN BAB
2.0 PENGENALAN
2.1 TINJAUAN LITERATUR BAHAN-BAHAN BERCETAK
2.2 TINJAUAN LITERATUR BAHAN-BAHAN ELEKTRONIK / DIGITAL
2.3 REFLEKSI TERHADAP TINJAUAN LITERATUR
2.4 KESIMPULAN BAB
BAB 3 PERBINCANGAN ISU
3.0 PENGENALAN
3.1 DEFINISI
3.2 FONEM-FONEM BAHASA MELAYU
3.3 ARTIKULASI FONEM-FONEM BAHASA MELAYU
3.4 CARTA FONEM BAHASA MELAYU
3.5 KESIMPULAN BAB
BAB 4 PENUTUP
4.0 PENGENALAN
4.1 REFLEKSI
4.2 KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
BAB 1: PENDAHULUAN
1
1.0 Pengenalan
Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi oleh
manusia adalah bahasa. Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian
sebagai serangkaian huruf dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan
komunikasi verbal mahupun nonverbal. Hal ini secara alamiah dunia kebahasaan
telah terintegrasi dalam diri setiap manusia.
Dalam folio ini kita akan mengkaji dan membincangkan tentang kajian utama kita
iaitu fonologi dan fonetik. Kedua-dua tajuk utama akan dihuraikan secara lebih
terperinci dan mendalam.
Selain itu, kita akan dapat mengkaji maksud istilah-istilah seperti fonologi, fonetik
dan fonemik. Disamping itu, bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong bahasa
melayu dari segi artikulasi, lambang dan fonem juga akan dihuraikan dalam folio
ini.
Matlamat ataupun objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan
pendedahan yang baru berkenaan dengan kajian bahasa Melayu dimana pernah
menjadi salah satu bahasa perantaraan pada suatu ketika dahulu. Kajian yang
akan dijalankan adalah berkaitan dengan fonologi dan fonetik.
2
cara sebutan, simbol-simbol yang digunakan bagi setiap vokal mahupun
konsonan-konsonan.
1.2.1.1 Fonologi
3
1.2.1.2 Fonetik
1.2.2.1 Fonologi
4
Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem
bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam
bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh
kedua-dua belah pihak.
1.2.2.2 Fonetik
Ruang lingkup atau skop perbincangan kali ini adalah untuk menghuraikan atau
membuat kajian mengenai fonologi dalam bahasa Melayu.
Dalam fonologi bahasa Melayu,ia terbahagi kepada dua cabang yang utama
iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik pula dibahagikan lagi kepada tiga iaitu fonetik
penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori.
5
1.5 Kerangka perbincangan
Selain itu, penyediaan objektif kajian, definisi konsep dan ruang lingkup
perbincangan dan kerangka perbincangan akan membantu perjalanan untuk
menyiapkan bab-bab yang seterusnya kerana gambaran kasar telah disediakan.
Dengan itu penghasilan kerja kursus ini dapat dijalankan dengan lancar.
6
BAB 2. TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Dalam bab 2, kami akan menerangkan cara-cara atau kaedah untuk kami
memperolehi maklumat-maklumat yang berkenaan dengan tugasan yang telah
diberikan.
Dalam tugasan bahasa Melayu ini kami telah menggunakan dua kaedah untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan dan kaedah yang pertama yang
digunakan adalah melalui sumber-sumber bercetak. Antara sumber-sumber yang
telah dirujuk adalah artikel-artikel yang berkaitan, buku-buku rujukan, dan jurnal-
jurnal.
Buku Fonetik dan Fonologi karangan Inderawati Zahid dan Mardian Shah
Omar adalah bahan rujukan saya yang pertama. Merujuk kepada penulis
buku ini , fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat
komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik
artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Seterusnya, fonetik
artikulatori merujuk kepada kajian yang menunjukkan cara-cara sesuatu
7
bunyi dilafazkan. Fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang
didengar. Fonetik akustik pula ialah kajian transmisi signal bunyi dari
penutur kepada pendengar semasa berkomunikasi. Selain daripada itu
buku ini juga menerangkan maksud-maksud bidang fonologi dan
bahagiannya dengan lengkap. Selain itu, terdapat juga penjelasan
mengenai alat-alat artikulasi, bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu dan cara-
cara menghasilkannya, serta gambarajah yang lengkap.
Hasil daripada penulisan Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Buku
bahasa Melayu STPM ini menerangkan dalam Bab 11 bahawa, fonologi
ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa
dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada
dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-
bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang
kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang,
organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).
Fonetik pendengaran mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa
manakala fonetik akustik pula mengkaji sifat fizikal bunyi bahasa. Fonetik
artikulasi pula mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat dengan
penghasilan bunyi. Buku ini juga menjelaskan tentang alat-alat ujaran,
vokal, konsonan dan diftong serta cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa
Melayu.
Buku Bahasa Melayu Kertas 1 ini merupakan buku rujukan STPM hasil
karangaan Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad. Buku
ini menerangkan tentang fonologi dan cabang-cabangnya. Menurut buku
ini, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi yang
8
berfungsi dalam sesuatu bahasa, yakni bunyi yang digunakan dalam
komunikasi. Menurut buku ini lagi, fonologi dibahagikan kepada dua iaitu
fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mengkaji bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh organ pertuturan manusia dan memberikan
lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Dalam pengajian fonetik ini ada
tiga pendekatan yang digunakan oleh ahli bahasa, iaitu penyebutan,
pendengaran dan sifat bunyi. Fonemik pula bidang fonologi yang
menganalisis sistem sesuatu bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu
masa tertentu. Buku ini juga ada menjelaskan maksud istilah yang
digunakan, alat-alat artikulasi, dan cara-cara menghasilkan bunyi vokal,
konsonan dan diftong dengan gambarnya sekali.
Secara keseluruhannya, bahan yang saya dapati di laman web ini dapat
membantu saya sedikit sebanyak dalam penghasilan folio ini. Dalam
artikel ini, definisi-definisi tentang fonetik diterangkan secara umum, serta
terdapat juga sejarah ringkas tentang permulaan pengkajian ilmu fonetik
di dunia ini. Terdapat juga sedikit penerangan tentang cabang-cabang
utama bagi fonetik, yakni fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan
fonetik auditori. Selain itu, penerangan secara ringkas juga diberikan
tentang fonetik forensik, iaitu kegunaan ilmu fonetik (sains percakapan)
bagi tujuan forensik (perundangan).
9
Secara rumusannya, artikel yang saya dapati pada laman web ini
memberikan definisi-definisi umum berkenaan tentang fonologi, fonetik,
fonem, alofon dan juga suku kata dalam bahasa Malaysia. Selain itu,
bahan ini juga dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam
menghasilkan folio ini dengan lebih baik, kerana dengan adanya bahan
tambahan yang dapat memperkukuhkan folio ini. Tambahan pula, artikel
ini juga memberikan contoh-contoh yang mudah difahami oleh semua
pihak, khusunya kepada manusia yang baru belajar tentang bahasa.
Bahan ini menjadi sumber rujukan yang kedua saya bagi menyiapkan folio
ini selepas literatur bahan-bahan bercetak seperti buku-buku dan
sebagainya.
2.2 Refleksi
Melalui pembacaan dan penelitian saya terhadap bahan tinjaun literatur yang
telah diperolehi, saya dapati bahawa fonologi merangkumi satu bidang yang
agak meluas yang juga terdiri daripada beberapa cabang dari segi fonetik dan
fonemik.
10
Melalui media elektronik ataupun vahan digital pula, saya hanya memperoleh
sedikit maklumat maklumat. Bahan-bahan yang saya perolehi daripada sumber
elektronik ini hanya menerang kan secara ringkas mengenai fonologi dan fonetik
seperti maksud fonologi dan fonetiknya sahaja.
Secara keseluruhannya mengenai tinjauan literatur ini, saya masih kurang dari
segi mendapatkan maklumat melalui bahan elektronik ataupun digital. Ini
mungkin kerana saya masih kurang mendalami tinjauan berasaskan bahan
elektronik seperti internet. Disamping itu saya mengharapkan saya akan dapat
belajar
Kesimpulan daripada bab ini adalah tinjauan literatur merupakan satu proses
yang amat penting untuk menyiapkan apa-apa sahaja jenis tugasan sebagai
contoh terdekat ialah kerja kursus bahasa Melayu ini.
Di samping itu, bab ini, bab ini akan memudahkan saya untuk menyiapkan
proses-proses yang seterusnya dalam kerja kursus ini. Maklumat-maklumat yang
diperolehi akan diperoses lagi untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang
penting yang diperlukan. Oleh yang demikian, tinjauan literatur ini merupakan
suatu proses yang penting.
11
BAB 3 : PERBINCANGAN ISU
3.0 Pengenalan
Dalam bab ini kita akan memfokuskan kepada tajuk utama kerja kursus kita iaitu
kajian tetang fonologi, fonetik, fonemik, dan fonem-fonem dalam bahasa melayu
dengan mendalam lagi.
Selain itu, kita juga akan dapat mengetahui maksud fonologi, fonemik dan
fonemik melalui bab ini. Definisi-definisi ini telah dipetik daripada ahli-ahli
linguistik tempatan dan antarabangsa. Melalui definisi tersebut, kita akan dapat
memahami dengan lebih mendalam lagi tentang fonnologi, fonetik dan fonemik.
3.1 Definisi
3.1.1 Fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang
diucapkan oleh manusia.Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh
kedua-dua orang yang menuturkannya.dengan itu bunyi yang bermakna
dikenali sebagai bunyi bahasa. Kesimpulannya, bidang fonologi
sebenarnya menerangkan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa
12
dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.
Bidang fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.
3.1.2 Fonetik
13
Manakala definisi bagi fonetik pula, fonetik ialah merupakan bidang yang
mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan
manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi
ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran
umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu
dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data
deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan buniyi-bunyi ujar itu.
14
pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. Melalui cara pendekatan
sebegini, bunit-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, dan
sebagainya juga dapat dikesan dengan lebih efektif. Seterusnya pula,
deskripsi mengenai bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan.
Akhir sekali pula merupakan pendekatan dalam sifat bunyi. Dalam
pendekatan sebegini, alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi,
dan laringoskopi adalah digunakan untuk mengkaji sifat-sifat bunyi fizikal
bunyi bahasa yang diucapkan. Dengan penggunaan alat-alat tersebut,
bunyi-bunyi bahasa itu tadi dapat digolongkan dalam kategori masing-
masing. Cabang fonetik ini juga dikelali sebagai fonetik akustik.
3.1.3 Fonemik
3.2.1 Vokal
Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-
paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
sebarang gangguan. Vokalperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga
bahagian iaitu:
i Vokal hadapan
15
ii Vokal tengah
iii Vokal belakang
Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah
16
Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa
menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam
pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah
mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan.
17
Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa
3.2.2 Konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila
terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari
peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak
bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila
tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara
manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila
udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa melayu
konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan
diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi
oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :
18
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah
artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita
suara,glotis dan rongga hidung.
3.2.3 Diftong
Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak.
Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi
vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula-
mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan.
Keadaan di mana ketiadaan puncak kelantangan semasa proses
penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku
kata sahaja semata-mata.
Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang
merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak
kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap
terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah
merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku
kata, yakni ma dan in.
Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/.
Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan
hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong /
oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ˆ ] dapat digunakan untuk
menggambarkan sesuatu diftong.
19
Gambar rajah di ats menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa
Melayu.
20
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
sempit atau tinggi [ i ].
21
3.3.1.3 Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ]
Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang
dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah
sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian,
lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian
rongga mulut dan pita suara digetarkan. Manakala bibir pula
adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga
dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.
Sebagai contoh:
awalan pertengahan akhiran
[εsok] [kεk] [sorε]
[εnak] [bεlok] [olε-olε]
22
yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a].
Sebagai contoh:
awalan pertengahan akhiran
[angsa] [rapi] [lupa]
[alis] [palam] [kena]
23
3.3.1.6 Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan
yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir
dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar
maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh:
24
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang
separuh luas atau separuh rendah []כ.
25
3.3.2 Artikulasi Fonem Konsonan
26
awalan pertengahan akhiran
27
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
letupan gigi-gusi bersuara [d].
28
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga
tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit
lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian
belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut.
Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan
menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:
29
[kari] [cekal] [elak]
30
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
letusan lelangit keras bersuara [ j].
31
menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan.
Sebagai contoh:
32
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
sengauaun dua bibir bersuara [m].
33
3.3.2.12 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n].
Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian,
lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke
bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui
paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita
suara digetarkan. Sebagai contoh:
awalan pertengahan
[nawa] [senap]
[nasi] [guna]
34
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
sengauaun lelangit lembut bersuara [ŋ].
35
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].
awalan pertengahan
[van] [larva]
[violin] [kanvas]
36
[θabit] [iθnin] [wariθ]
37
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z].
38
awalan pertengahan akhiran
39
Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Kemudian,
lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara
yang dikeluarkan dari paru-paru disalurkan melalui rongga mulut,
tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah serta pita suara
digetarkan. Sebagai contoh:
40
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
separuh vokal dua bibir bersuara [w].
awalan pertengahan
[yuran] [sayu]
[yakni] [bayar]
41
Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian,
lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga
tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan
melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu
sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:
awalan pertengahan
[ðaif] [farðu]
[ðarurat] [haðir]
42
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan
geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š].
43
3.3.3 Artikulasi Fonem Diftong
3.3.3.1 Artikulasi fonem diftong [ai ]
44
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong
[ au ].
pertengahan akhiran
[boikot] [kaloi]
45
3.4.1 Alat Pertuturan Dan Fungsinya
3.4.2.16.1Lidah
46
empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan
lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan
lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.
Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah
penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi
vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah
merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke
mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
3.4.2.16.2Gigi
3.4.2.16.3Bibir
3.4.2.16.4Gusi
47
3.4.2.16.5Lelangit
3.4.2.16.6Rongga Hidung
3.4.2.16.7Pita Suara
48
3.4.3 Daerah-Daerah Artikulasi
Daerah atrikulasi adalah alat atrikulasi yang tidak boleh digerakkan
dan sentiasa berada di tempat asalnya kecuali berlaku sesuatu yang
luar biasa.Contoh alat-alat atrikulasi untuk daerah atikulasi ialah gigi,
gusi, lelangit dan rongga hidung.
3.4.3.16.1Gigi
3.4.3.16.2Gusi
49
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari
gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan
sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah
yang berfungsi membuat penyekatan.
3.4.3.16.3Lelangit
3.4.3.16.4Rongga Hidung
50
Bahagian lidah Depan Tengah Belakang
Cara sebutan
Bahagian tengah e
Daerah sebutan 1 2 3 4 5 6
51
Cara sebutan bibir Lelangit keras Lembut suara
keras
Letupan tidak p t k
bersuara
Letupan bersuara b d g
Letusan tak
bersuara
Letusan bersuara
Sengauan m n
Geseran tak S
bersuara
Geseran bersuara H
Getaran
Sisian i
52
Melalui bab ini kita dapat mengetahui maksud fonologi iaitu salah satu
cabang dalam ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang
berfungsi serta memberikan makna dalam sesuatu bahasa manakala
fonetik pula ialah salah satu cabang fonologi yang membincangkan tentang
bidang yang mengkaji segala jenis bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan lambang kepada bunyi-
bunyi tersebut dan bagi fonemik pula, ianya merupakan cabang fonologi
yang menganalisa sistem sesuatu bahasa yang dikaji secara sinkronik.
Selain daripada itu, kita dapat mengetahui bahawa dalam bahasa Melayu
terdapat sebahagian huruf-hurufnya adalah pinjaman dan ada sebahagian
huruf digabungkan untuk menghasilkan satu bunyi yang dipanggil diftong.
53
BAB 4: PENUTUP
4.0 Pengenalan
Dalam bab ini kita akan membuat kesimpulan secara keseluruhan mengenai
penghasilan kerja kursus bahasa Melayu ini. Kesimpulan dibuat berdasarkan
keseluruhan penghasilan kerja kursus bahasa Melayu ini.
54
4.1 Penutup (Keseluruhan)
Melalui kerja kursus ini terdapat banyak yang kita dapat pelajari daripada bahasa
Melayu itu sendiri dimana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang
bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada
2 iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan kajian yang berkaitan dengan
organ pertuturan,sifat bunyi bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik
berkaitan kajian tentang fungsi dan struktur bunyi bahasa.
Di samping itu saya juga mengkaji bagaimana penghasilan vokal, konsonan dan
diftong. Setelah mengkaji,vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak
halangan semasa udara keluar dari peparu.Lidah dan bibir memainkan peranan
yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan
mempunyai bunyi yang bersuara dan bunyi yang tidak bersuara. Bunyi konsonan
terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari peparu
dan dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga
hidung amat penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu saya juga
membuat kajian tentang diftong. Ia merupakan hasil daripada penggabungan
dua vokal. Antaranya ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ].
Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan
dearah-daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang
terlibat dalam penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi organ
yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk
memahami dengan lebih mendalam,carta vokal,konsonan dan diftong
dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini
55
Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah
diamanahkani. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah
saya pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang
membuat kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu
kumpulan pengajian dan menaip hampir 10000 patah perkataan.
Tambahan lagi saya telah banyak mempelajari tentang bahasa Melayu ini. Saya
pada mulanya memikirkan bahasa Melayu ini hanya direka secara tidak sengaja
sahaja, tetapi setelah kajian demi kajian dilakukan akhirnya saya menyedari
bahawa bahasa Melayu mempunyai cara-cara penghasilannya tersendiri.
Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau
dikaji mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Sepanjang penghasilan
kerja kursus ini banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya
dapat ini terus berada didalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan
sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang
dan terbilang.
BIBLIOGRAFI
1. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu
STPM. Ipoh: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
56
3. Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ). Fonologi,
Bahasa Melayu Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
4. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik
57