You are on page 1of 8

2.

0 AKTIVITI PRABACAAN

Aktiviti prabacaan terbahagi kepada tiga iaitu melaksanakan aktiviti


pengamatan penglihatan aktiviti pengamatan pendengaran dan juga aktiviti mata
dan tangan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam
prabacaan.Antaranya ialah:

2.1 Aktiviti Pengamatan Pendengaran

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1:


Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi
dan mengecam perbezaan bunyinya.

Bahan:
Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.

Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi
seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid
mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan
sama ada bunyi benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru
nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian
guru sendiri.

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2:


Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti
bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu,
petir, hujan lebat, dan ombak.
Bahan:
Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik,
angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.
Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-
bunyi yang diperdengarkan.

Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.
2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid
menyatakan jenis bunyi itu.
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi
yang dinyatakan.

2.2 Aktiviti Pengamatan Penglihatan

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1:


Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan
saiz.

Bahan:
Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.

Aktiviti Murid:
Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh
guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 :


Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut
tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas.
Bahan:
Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh
dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-
menulis.

Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda
bukan
hidup.
2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup”
sebagai
respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu
di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup,
pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku
skrap
mengikut tajuk tertentu.

. 2.3 Aktiviti Pergerakan Tangan Dan Mata

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 :


Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas
dan lain-lain.

Bahan:
Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.
Aktiviti Guru/Murid:

1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai
contoh.
2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk
benda atau model yang disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2:


Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri
dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf.

Bahan:
Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok,
model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang
mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan
putus-putus.

Aktiviti Murid:
1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri
ke kanan dan sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan
tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka
ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan
dipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke
tiang bendera.
3.0 AKTIVITI PRATULISAN

3.1 Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata

3.2 Aktiviti Membuat Corak, Menyambung Titik, Memadamkan Bentuk.

3.3 Aktiviti Membentuk Huruf

4. dengan air dengan


tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka
ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan
dipelbagaikan.
5. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke
tiang bendera.
4.0 AKTIVITI PEMULIHAN MEMBACA

Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran


fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan
konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat
sebutan bunyi seperti bibir, gigi, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, lidah,
rongga tekak dan juga rongga mulut.
5.0 AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah


berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis
memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam
fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah
amat sukar. Oleh sebab itu, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan
biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk
huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari
ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun
setengah.Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan
pensil, atau krayon. Antara langkah-langkah yang dibuat untuk mengajar
mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:

1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi


pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya
membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka
patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan
seluruh anggota tangan harus dihayun.
2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid
ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang
pensil. Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan
menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari
yang lain berada di keadaan senang dan selesa.
4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk
hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di
kedudukannya.
5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu
jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari
tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.

You might also like