You are on page 1of 12

Falsafah Pendidikan Barat

(Moden)
Terdiri daripada beberapa mazhab –
1. Pragmatisme
2. Progresivisme
3. Eksistentialisme
4. Rekonstruksionisme
Progresivisme

Berkembang daripada mazhab pragmatisme (berfikir


mengenai penyelesaian masalah dengan cara praktikal
dan munasabah)
Kebenaran adalah relatif dan tentatif
Manusia semulajadinya adalah baik – kanak2 memilih
apa yang terbaik untuk mereka
Pandangan Progressivisme
a) Kurikulum
- Minat murid
- Isi kandungan yang interdisiplin
- Melibatkan implikasi masalah manusia
- Menggalakkan pelbagai alternatif yang berkait
b) Peranan guru
- sebagai pembimbing kepada penyelesaian
masalah dan inkuiri saintifik
c) Peranan Sekolah
- Menggalakkan kolaborasi
- Pereka cipta dan pelaksana prosedur yang demokratik
• Berasaskan naturalisme Rousseu dan mazhab
humanis iaitu mengutamakan pembelajaran
kendiri dan bukan ilmu pengetahuan.
• Pelajar tidak patut mengorbankan
individualiti mereka untuk memperolehi ilmu
pengetahuan.
• Berdasarkan ilmu pengetahuan dan
kefahamannya, pelajar bertindak didalam situasi
mengikut masa dan keadaan yang sesuai.
Pandangan Eksistensialisme
Peranan pelajar
- menentukan bahan pembelajaran, cara belajar,
kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya.
- Penentuan tersebut samaada salah atau betul
adalah tanggungjawab pelajar sediri.
Peranan guru
- menghormati pendangan dan pemilihan pelajar
dan tidak boleh memaksa pelajar menerima
nilainya.
Rekonstruksionalisme
Peranan kukurikulum
- menekankan sains sosial dan kaedah sosial.
- berfokuskan infomasi terkini dan ramalan masa depan
merangkumi isu-isu kebangsaan dan antarabangsa.
- menggalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang
diajar – mengenalpasti dan menyelesaikan
masalah masyarakat.
- menggalakkan pembelajaran aktif dengan
mengambil kira mengenai masyarakat masa kini dan
juga hadapan.
Rekonstruksionalisme (Samb.)
Hasil pertumbuhan daripada progressivisme.
Membaiki dan membangunkan semula masyarakat.
Sekolah sebagai penggerak untuk memajukan
kehidupan manusia melalui pendidikan dan reformasi
sosial.
Fungsi utama sekolah :
- mengenal pasti mesalah masyarakat yang
utama yang menyebabkan krisis budaya.
- untuk memupuk sikap dan kemahiran yang boleh
menyelesaikan masalah tersebut.
Falsafah Pendidikan Islam
Definasi :
• falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al- Quran dan As-
Sunnah
•Al-quran – wahyu dari Allah
•As-Sunnah – pelbagai perkara yang telah dilakukan oleh
Rasullallah SAW di dalam kehidupan.
•Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan
hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat.
Fungsi
• Perkara yang menjadi dasar :-
1. Keesaan tuhan (tauhid)
2. Kepercayaan pesuruh-pesuruhnya
3. Kepercayaan kepada wahyu-wahyu tuhan kepada nabi-nabi
4. Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan
kerohanian.
• Fungsinya –
1. untuk menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar
setiap muslim itu kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta
mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah
2. Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan
Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan,
Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan
Kepimpinan
3. Melahirkan insan yang soleh dan solehah
Tujuan Pendidikan Islam

• Al-Syaibani (1991), dengan memetik beberapa tujuan pendidikan


Islam seperti yang dijelaskan oleh beberapa orang pemikir Islam,
merumuskan bahawa antara tujuan Pendidikan Islam ialah:
i) Untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia
ii) Persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.
iii) Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan segi-segi
kemanfaatan
iv) Menumbuhkan roh ilmiah (scientific spirit) pada pelajar dan
memuaskan keinginan erti untuk mengetahui (curiosity).
v) Menyiapkan pelajar dari segi profesional, teknik dan perusahaan
supaya ia dapat menguasai profession tertentu, supaya ia dapat
mencari rezeki dalam hidup dan hidup dengan mulia di samping
memelihara dari segi kerohanian dan keagamaan.
Tujuan Pendidikan Islam
• Al-Qardawi (1980), seorang tokoh pemikir Islam kontemporari,
menyatakan bahawa aspek amali dan penghayatan merupakan
antara asas utama dalam pendidikan Islam. Menurut beliau,
pendidikan atau pembelajaran yang dilakukan melalui latihan dan
aplikasi secara langsung mempunyai hubungan atau memberi kesan
yang baik kepada pelajar dan seterusnya dapat memantapkan lagi
ilmu dan kemahiran yang dipelajari.
• Hasan Langgulung (1991) menjelaskan bahawa fungsi utama
pendidikan untuk memindahkan nilai-nilai, ilmu dan kemahiran dari
satu generasi ke satu generasi menerusi proses pengajaran dan
pembelajaran bukanlah satu perkara yang mudah. Menurut beliau
lagi proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai
kaedah dan teknik yang betul dan berkesan.
Falsafah Pendidikan Islam
• Kesimpulannya - Tokoh-Tokoh Islam
- Proses pendidikan merupakan penyatuan
semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran
yang menjadi teras pendidikan.
- Pendidikan memainkan peranan ke arah
mewujudkan keseimbangan antara potensi
fizikal, intelek dan rohani manusia.

You might also like