You are on page 1of 16

Bab 1

Objektif Pembelajaran Bab 1


Definisi dan Skop Analisis makroekonomi
Menerangkan konsep makroekonomi dan membezakan bidang kajian antara mikroekonomi
dengan makroekonomi.
Petunjuk / Pembolehubah Makroekonomi
Menerangkan secara ringkas pendapatan negara / keluaran negara, guna tenaga dan
pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, dan pertumbuhan ekonomi.

Menunjukkan kepentingan petunjuk di atas dengan data ekonomi Malaysia.


Dasar Makroekonomi
Matlamat Dasar Makroekonomi
Menghurai matlamat yang ingin dicapai :
Tingkat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat harga, membaiki imbangan pembayaran,
meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Bentuk Dasar Makroekonomi


Menghurai secara ringkas dasar-dasar yang berikut:

Dasar Sebelah Permintaan : Dasar Fiskal, Dasar Kewangan, Kawalan Langsung.

Dasar Sebelah Penawaran : Perubahan cukai pendapatan, penurunan cukai input yang diimport,
galakan fiskal / insentif pelaburan, galakan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan
(R&D).

Konsep Mikroekonomi
Mikroekonomi didefinisikan sebagai bidang ekonomi yang menumpukan kajian terhadap
aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil di dalam ekonomi.

Kajian mikroekonomi dibuat terhadap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh individu, firma, dan
kerajaan, misalnya kajian mengenai kesan kenaikan pendapatan individu terhadap permintaan
individu dan kenaikan harga barang terhadap penawaran firma.

Secara umum, bidang kajian mikroekonomi meliputi teori harga, teori permintaan dan
penawaran, teori pengeluaran, teori pasaran dan teori agihan.
Pendapatan Negara / Keluaran Negara
Pendapatan Negara

Pendapatan Negara ialah jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk
tempoh setahun. Ia meliputi sewa, bunga bersih, upah, untung, dan pendapatan perusahaan
persendirian.

Keluaran Negara

Keluaran Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi
kegiatan ekonomi negara.

Kepentingan Kajian Pendapatan Negara / Keluaran Negara

Petunjuk taraf hidup rakyat.

Petunjuk pertumbuhan ekonomi negara.

Petunjuk keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.

Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.

Memberikan gambaran tentang

 keadaan peluang pekerjaan


 cara penggunaan faktor-faktor pengeluaran
 kadar pengangguran
 tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat.

Membolehkan unit perancang ekonomi mengambil tindakan-tindakan susulan.


Guna Tenaga dan Pengangguran
Tenaga Buruh

Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari
pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka tidak aktif
bekerja atau aktif mencari kerja.

Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) x 100%

Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) / Tenaga Buruh
Asal] x 100%

Guna Tenaga

Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan
output negara.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat
kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.

Guna Tenaga = Tenaga Buruh − Jumlah Penganggur

Pertambahan guna tenaga bererti

1. Jumlah Penganggur menurun.


2. Pendapatan Negara / Keluaran Negara meningkat.
3. Taraf Hidup rakyat meningkat dll.

Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga Buruh) x 100%

Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru − Guna Tenaga Asal) / Guna Tenaga
Asal] x 100%

Pertambahan Kadar Guna Tenaga bererti

1. Kadar pengangguran menurun.


2. Pencapaian ekonomi semakin meningkat.

Pengangguran

Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum mendapat
pekerjaan.

Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tidak mendapatkan
pekerjaan.

Punca-punca pengangguran:

1. Penggantian buruh dengan mesin.


2. kemunduran industri.
3. kemelesetan ekonomi dll.

Jumlah Penganggur

Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat
pekerjaan.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat
pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang.

Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan
berbanding jumlah tenaga buruh.

Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta
orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.

Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100%

Penurunan kadar pengangguran bererti

1. kadar guna tenaga meningkat


2. pendapatan negara / keluaran negara meningkat
3. pencapaian ekonomi meningkat.

Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang.
Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk pengangguran geseran
sahaja.

Kepentingan Kajian Guna Tenaga / Pengangguran


1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran
negara sentiasa meningkat.
2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan
pertumbuhan ekonomi.
3. Meningkatkan pendapatan per kapita negara dan seterusnya meningkatkan kemakmuran
masyarakat dan kebajikan penduduk.

Matlamat Dasar Makroekonomi Malaysia


Terangkan tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia. [6]

Tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia ialah:

1. Mencapai tingkat guna tenaga penuh


o Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran kurang daripada
5%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran sahaja dalam ekonomi.
o Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana faktor pengeluaran
digunakan sepenuhnya.
o Keluaran negara meningkat dan berlaku peningkatan dalam pertumbuhan
ekonomi.
o Apabila guna tenaga penuh tercapai, KNK sebenar sama dengan KNK potensi.

2. Mencapai kestabilan tingkat harga umum


o Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi masalah
kenaikan harga atau kejatuhan harga kurang daripada 4%.
o Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil dan ini akan meningkatkan taraf hidup
dan kebajikan masyarakat.
o Kegiatan ekonomi semakin meningkat disebabkan inflasi yang terkawal dan
berlaku kestabilan kadar bunga di pasaran.

3. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi


o Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi semakin meningkat.
o Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.
o Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat turut meningkat

Matlamat Dasar Makroekonomi


Mencapai Tingkat Guna Tenaga Penuh
Guna tenaga penuh merujuk kepada :

1. keadaan di mana jumlah pengangguran adalah minimum dan jumlah pendapatan negara
adalah tinggi.
2. keadaan di mana kadar pengangguran berada pada paras yang sangat rendah, iaitu kurang
daripada 4%.
3. keadaan di mana semua faktor pengeluaran digunakan.

Pencapaian tingkat guna tenaga penuh bererti :

1. keluaran negara akan mencapai tahap maksimum.


2. kebajikan masyarakat akan mencapai tahap maksimum
3. Sumber ekonomi digunakan dengan cekap dan tiada pengangguran.

Mengekalkan Kestabilan Tingkat Harga Umum

Tingkat harga umum perlu berada pada paras stabil dan kadar inflasi kekal rendah dan terkawal.

Kenaikan harga atau inflasi :

1. mengurangkan pendapatan benar/ menjejaskan kuasa beli wang.


2. menjejaskan eksport negara.
3. menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
4. menurunkan tingkat kebajikan masyarakat.

Kejatuhan harga atau deflasi :

1. menjejaskan tingkat pelaburan.

Mencapai Pertumbuhan Ekonomi Berterusan

Pertumbuhan ekonomi menunjukkan kenaikan KDNK benar. Pertumbuhan ekonomi perlu


mencapai kadar yang memuaskan dari tahun ke tahun dengan mengekalkan pertumbuhan
ekonomi yang positif.

Kepentingannya:

 meningkatkan taraf kebajikan penduduk,


 mewujudkan banyak peluang pekerjaan,
 mengatasi masalah pengangguran,
 mencerminkan keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.

Membaiki Imbangan Pembayaran

Imbangan pembayaran diperbaiki dengan menambahkan jumlah eksport dan mengurangkan


jumlah import.

Imbangan pembayaran lebihan/ positif/ lebih baik :

1. menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.


2. meningkatkan rizab pertukaran asing sesebuah negara.

Imbangan pembayaran defisit/ negatif/ merosot :

1. mengurangkan pertumbuhan ekonomi negara.

Bentuk Dasar Makroekonomi


Dasar sebelah permintaan

Dasar kerajaan mempengaruhi permintaan agregat dalam negara melalui :

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)

Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur
pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.

Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu
meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan
perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal
mengembang, iaitu menambahkan perbelanjaan keajaan dan mengurangkan kadar cukai bagi
meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan.
Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan
menambahkan perbelanjaan kerajaan.

Dasar Kewangan (Monetary Policy)

Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh Bank Pusat untuk mengawal
penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat untuk
mencapai tingkat guna tenaga dan mengawal inflasi.

Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup, iaitu mengurangkan
penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk
mengatasi masalah inflasi.

Semasa kemelesetan ekonomi atau deflasi, kerajaan akan menjalankan dasar kewangan
mengembang, iaitu menambahkan penawaran wang dan mengurangkan kadar bunga dalam
pasaran bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

Dasar Kawalan Langsung

Dasar kawalan langsung merupakan langkah kawalan langsung kerajaan ke atas harga, kadar
upah, eksport dan import negara bagi memperbaiki imbangan pembayaran dan mengawal inflasi.

Contohnya, kerajaan boleh mengenakan kawalan harga maksimum ke atas barangan kawalan
tertentu bagi mengatasi masalah inflasi.

Dasar sebelah penawaran

Dasar sebelah penawaran ialah dasar kerajaan yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dari segi
penawaran dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran ekonomi.

Dasar sebelah penawaran bermaksud dasar kerajaan melalui pencukaian dan galakan pelaburan
yang cuba meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi bagi meningkatkan penawaran
agregat dan mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi. Sebagai contoh, pertumbuhan
ekonomi dapat ditingkatkan dengan menggalakkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti
pengeluaran tertentu.

Contoh dasar sebelah penawaran ialah insentif pengecualian cukai kepada pengeluar dan
penurunan cukai import bagi input pengeluaran. Kedua-dua dasar ini akan meningkatkan
penawaran agregat. Kesannya, harga menurun dan pendapatan bertambah.

Bab 1 Pengenalan (Objektif - Set1)

1) Antara berikut, yang manakah melibatkan kajian makroekonomi?


A Menghitung permintaan terhadap eksport.

B Menghitung pendapatan pengguna.

C Menghitung indeks harga umum.

D Menghitung keuntungan firma.

2) Antara berikut, yang manakah tidak benar berkenaan teori makroekonomi?


A Melibatkan konsep pendapatan negara, guna tenaga dan imbangan pembayaran.

B Bermatlamat utama untuk mencapai guna tenaga penuh tanpa inflasi.

C Melibatkan kajian ke atas unit-unit kecil ekonomi.

D Melibatkan kajian berbentuk agregat.

3) Manakah antara berikut berkaitan dengan pemboleh ubah makroekonomi yang utama?
A Agihan pendapatan.

B Kawalan harga.

C Kuota import.

D Inflasi.

4) Antara berikut, yang manakah tidak benar berkenaan pendapatan negara?


A Didefinisi sebagai jumlah nilai akhir barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh

faktor dalam negeri sesebuah negara dalam satu tahun.


B Didefinisi sebagai jumlah nilai akhir barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sesebuah

negara dalam satu tahun.


C Didefinisi sebagai jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh pemilik fakor sesebuah

negara dalam satu tahun.


D Biasanya dilaporkan dalam bentuk perangkaan Keluaran Negara Kasar.
5) Pengukuran dan penilaian prestasi kegiatan ekonomi sesebuah ekonomi diukur berasaskan alat
A indeks harga pengguna.

B imbangan pembayaran.

C pendapatan negara.

D guna tenaga.

6) Pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara paling baik dihitung berasaskan


A Keluaran Dalam Negara Kasar Nominal.

B Keluaran Negara Kasar benar.

C Pendapatan Per Kapita Benar.

D Keluaran Negara Bersih.

7) Sebuah ekonomi mengalami pengurangan pendapatan negara benar bagi satu tahun
berbanding tahun sebelumnya. Negara tersebut mengalami
A imbangan keluaran negatif.

B defisit pendapatan negara.

C pertumbuhan ekonomi.

D kemelesetan ekonomi.

8) Guna tenaga ialah


A jumlah penduduk ditolak jumlah penganggur

B jumlah tenaga buruh yang mendapat pekerjaan

C jumlah penduduk yang sanggup bekerja

D jumlah tenaga buruh


9) Antara berikut, yang manakah tidak benar berkenaan sesebuah negara yang mencapai guna
tenaga penuh?
A Terdapat pengangguran struktur dalam ekonomi.

B Kadar penggunaan faktor buruh ialah 100%.

C Kadar pengangguran ialah 3%.

D Kadar guna tenaga ialah 98%.

10) Konsep pengangguran paling tepat dikaitkan dengan


A penduduk yang tidak bekerja.

B penduduk yang tidak sanggup bekerja.

C pengangguran geseran dalam ekonomi.

D sejumlah faktor ekonomi yang tidak digunakan dalam ekonomi.

11) Inflasi berkaitan dengan


A kenaikan harga sebahagian kecil barang yang berlaku secara terus-menerus.

B kenaikan tingkat harga umum yang berterusan.

C kenaikan indeks harga pada tahun asas.

D kenaikan harga barang keperluan.

12) Kenaikan kadar inflasi menyebabkan kesan berikut kecuali


A kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

B penurunan taraf hidup masyarakat.


C kenaikan nilai wang benar.

D kenaikan kos sara hidup.

13) Imbangan pembayaran defisit dikaitkan dengan


A penerimaan wang dari luar negeri yang melebihi pembayaran wang ke luar negeri.

B pembayaran wang ke luar negeri yang melebihi penerimaan wang dari luar negeri.

C kesan positif terhadap ekonomi negara.

D peningkatan rizab asing negara.

14) Dalam keadaan sesebuah negara mengalami imbangan pembayaran lebihan,


A pendapatan negara akan meningkat.

B tingkat harga umum akan meningkat.

C rizab mata wang asing akan meningkat.

D kadar pertukaran asing negara akan turun.

15) Berikut merupakan matlamat dasar makroekonomi kecuali


A mencapai kadar guna tenaga yang tinggi.

B mencapai imbangan pembayaran defisit.

C mencapai kestabilan tingkat harga umum.

D mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi.

16) Dasar makroekonomi yang dijalankan untuk mengurangkan kadar pengangguran adalah
seperti berikut kecuali
A meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

B menambah perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kadar cukai.

C meningkatkan kapasiti pengeluaran.

D meningkatkan penawaran wang.

17) Dasar kawalan langsung tidak melibatkan


A dasar kawalan terhadap import dan eksport.

B dasar kawalan terhadap upah.

C dasar kawalan kadar faedah.

D dasar kawalan harga.

18) Dasar kewangan yang sesuai dilaksanakan dalam keadaan ekonomi mengalami inflasi ialah
A mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

B meningkatkan kadar faedah.

C mengurangkan kadar cukai.

D meningkatkan kadar cukai.

19) Dasar fiskal berkaitan dengan


A kawalan perbelanjaan dan cukai kerajaan.

B kawalan penawaran wang dan kadar bunga.

C kawalan penawaran agregat.

D kawalan kadar bunga.

20) Contoh dasar kawalan langsung kerajaan terhadap ekonomi ialah


A dasar kewangan kuantitatif.

B dasar sebelah penawaran.

C dasar upah minimum.

D dasar fiskal automatik.

21) Antara berikut, yang manakah bukan pemboleh ubah makroekonomi?


A Kadar inflasi.

B Kadar pengangguran.

C Pertumbuhan ekonomi.

D Corak agihan pendapatan.

22) Polisi dasar fiskal cuba mempengaruhi aktiviti ekonomi dengan mengubah
A jumlah bekalan wang.

B tingkat kadar bunga.

C kadar cukai.

D tingkat harga umum.

23) Makroekonomi ialah kajian tentang


A operasi keseluruhan ekonomi negara.

B kejayaan dan kegagalan dasar kerajaan dalam sesebuah negara.

C masalah ekonomi negara.

D kebajikan masyarakat.
24) Tingkat guna tenaga sebuah ekonomi dapat dipertingkatkan melalui
A peningkatan tabungan negara.

B pengurangan bekalan wang dalam negara.

C penambahan perbelanjaan kerajaan.

D penambahan cukai pendapatan.

25) Bentuk dasar makroekonomi yang dijalankan di Malaysia meliputi semua di bawah kecuali
A dasar fiskal.

B dasar kewangan.

C dasar sebelah penawaran.

D dasar diskriminasi harga.

26) Polisi dasar belanjawan cuba mempengaruhi aktiviti ekonomi dengan mengubah
A bekalan wang.

B tingkat harga umum.

C kadar cukai dalam pasaran.

D tingkat kadar bunga.

27) Masalah inflasi dalam ekonomi dapat diatasi dengan


A menurunkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.

B menambahkan cukai dan perbelanjaan kerajaan secara sama banyak.


C menambahkan cukai dan menurunkan perbelanjaan kerajaan.

D menambahkan cukai dengan lebih banyak berbanding dengan penambahan perbelanjaan

kerajaan.

28) Antara berikut, yang manakah bukan konsep makroekonomi?


A Teori wang.

B Teori agihan.

C Teori inflasi.

D Teori pengangguran.

29) Pemboleh ubah yang dapat digunakan untuk mengukur taraf hidup penduduk sesebuah
negara ialah
A Keluaran Negara Kasar benar.

B Keluaran Negara Kasar potensi.

C pendapatan per kapita benar.

D Keluaran Negara Kasar pada harga semasa.

30) Antara berikut, yang manakah benar mengenai keadaan sebuah negara yang telah mencapai
tingkat guna tenaga penuh?
A Pengangguran masih wujud.

B Keluaran negara boleh terus ditambah.

C Pendapatan negara mencapai tingkat maksimum.

D Wujud stagflasi dalam ekonomi.

You might also like