Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tips Exam N27

Tips Exam N27

Ratings: (0)|Views: 1,076|Likes:
Tips menghadapi exam undang-undang N27
Tips menghadapi exam undang-undang N27

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on Sep 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/01/2013

pdf

text

original

PANDUAN PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN
BAGI PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
2.
Panduan Am
2.1
Persediaan Awal
(i).
Pastikan tarikh peperiksaan dan tarikh tutup permohonan daripada portal
kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#
(ii).

Isi borang permohonan secara online dan kemukakan permohonan anda dengan segera pada awal tahun bagi peperiksaan April dan pertengahan tahun bagi peperiksaan Oktober. Jangan sekali-kali menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk mengemukakan permohonan anda.

(iii).

Dapatkan semua buku-buku rujukan yang berkenaan sebagaimana yang tertera dalam sukatan peperiksaan, dan juga Pekeliling/Surat Pekeliling berkaitan yang terkini. Baca bahan-bahan ini dan biasakan dengannya, tidak sehingga menghafal isi kandungannya kerana anda boleh merujuk kepadanya dalam dewan peperiksaan. Memadai dengan mengetahui dan memahami konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam bahan-bahan berkenaan.

2.2
Memilih Soalan
(i).

Daripada jumlah soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan, pilih bilangan soalan yang perlu anda jawab dengan teliti dan dalam keadaan berhati-hati dan tenteram.

(ii).

Baca dengan teliti kesemua soalan sekurang-kurangnya dua kali. Pada bacaan pertama dapatkan gambaran kasar keperluan tiap-tiap soalan dan ini dapat membantu anda memilih soalan-soalan yang anda lebih yakin untuk menjawabnya. Tandakan soalan-soalan pilihan anda. Bagi bacaan kedua, tumpukan perhatian anda kepada soalan-soalan yang telah anda pilih itu sahaja. Semasa membaca soalan-soalan tersebut gariskan perkataan atau rangkaikata penunjuk yang akan memandukan anda menjurus kepada rujukan seksyen yang tepat dalam bahan rujukan.

2.3
Cara Membuat Rujukan
(i).
Kenalpasti bahan rujukan yang mana satu, di antara rujukan-rujukan bagi bahagian
kertas berkenaan, yang perlu dirujuk.
(ii).
Setelah ditentukan bahan rujukan berkenaan, lihat pula muka surat kandungannya
dan tumpukan perhatian kepada tajuk-tajuk kecil yang disenaraikan itu.
(iii).
Pilih tajuk kecil yang tepat dengan maksud dan kehendak soalan dan tandakan
seksyennya.
(iv).

Buka kepada muka surat di aman terdapat seksyen berkenaan dan teliti isi kandungannya termasuk seksyen lain yang berkaitan. Baca keseluruhan isi kandungan seksyen tersebut dan pilih ayat-ayat yang menjawab dengan tepat kehendak soalan. Tandakan ayat-ayat tersebut sebagai ayat-ayat pilihan anda, untuk diturunkan sebagai jawapan.

2.4
Cara Menentukan Asas-Asas Kes Serta Mempertimbangkannya
(i).

Lihat semula perkataan, rangkaikata, dan ayat-ayat yang telah anda gariskan dalam
kertas soalan, semasa anda membaca, dengan teliti dan kritikal, soalan bagi kali
yang kedua itu.

(ii).

Bagi perkataan-perkataan penunjuk yang telah digariskan itu, fikirkan maksud yang tersembunyi dan tersirat di dalamnya untuk mendapatkan fakta dan turunkan fakta itu.

(iii).
Catitkan fakta-fakta jelas yang terdapat dalam kes.
(iv).
Turunkan fakta-fakta tersirat dalam kes, setelah dikesan fakta-fakta itu.
(v).
Rumuskan semua fakta-fakta tersebut dan hubungkaitkannya dengan seksyen-
seksyen berkenaan yang telah anda kenalpasti itu.
(vi).

Bahaskan sama ada terdapat atau tidak hubungkait antara fakta-fakta itu dengan kandungan peraturan dalam seksyen yang disemak itu dan juga seksyen-seksyen lain yang relevan yang dibaca bersamanya (‘cros-reference’).

(vii).
Tentukan keputusan berasaskan fakta, kandungan peraturan yang dirujuk serta
hujah-hujah yang kukuh.
2.5
Cara Menurunkan Jawapan
(i).

Catatkan nombor jawapan anda mengikut nombor asal soalan dan pecahannya, sebagaimana yang tercatat dalam kertas soalan. Soalan asal tidak perlu disalin semula.

(ii).

Salinkan atau ditulis dalam bahasa anda sendiri ayat-ayat yang dipetik daripada seksyen yang telah anda pastikan itu. Hanya turunkan ayat-ayat yang menepati tafsiran, maksud dan kehendak soalan sahaja. Tidak semestinya kesemua ayat dalam seksyen itu merupakan jawapan yang tepat.

(iii).

Di hujung jawapan anda nyatakan dalam kurungan nombor seksyen (termasuk sub- seksyen jika perlu dan ada kaitan) serta nama bahan rujukan sama ada Perintah Am Bab B ataupun Arahan Keselamatan dan sebagainya, untuk menyokong petikan dalam jawapan anda.

(iv).

Jawapan yang anda turunkan itu, hendaklah berasas dengan ertikata ianya bukanlah pemikiran secara logik, tetapi sebaliknya adalah berasaskan tafsiran yang mantap dan disokong pula oleh petikan daripada bahan rujukan yang dikenalpasti dengan tepat. Sertakan juga hujah-hujah yang menyokong jawapan anda.

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Wahidah Mistam added this note
salam hormat saya dah lulus exam kpsl dulu utk dpt jawatan n27 tapi bila saya dah menjawat jawatan ini sekarang perlu ke saya ambil sekali lagi utk pengesahan jawatn.
Aimeeza Iza liked this
sengulun taramai liked this
Anis Nurhuda liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->