You are on page 1of 5

NOAH DARHAM_PJM3118

http://sainssukan.forumotion.com/sains-sukan-stpm-f28/pengurusan-kecederaan-sukan-
1tugasan-kumpulan-t115.htm

PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN

Pengenalan Asas Bantu Mula

Definisi :

Bantuan permulaan dan rawatan yang pertama diberikan kepada seseorang yang
tercedera atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan
ambulan, doktor, atau pakar perubatan.

Peranan Pengasas Bantu Mula

 Menilai sesuatu keadaan dengan pantas dan selamat dan meminta bantuan
 Mengenalpasti:

- kecederaan

- bentuk kesakitan

3. Memberi rawatan awal yang sesuai

4. Memastikan mangsa dihantar ke hospital

5. Membuat laporan

Kaedah menghadapi Kecemasan

1. Kawal perasaan anda

2. Ambil sedikit masa untuk berfikir

3. Jangan letakkan diri anda dalam bahaya

4. Mengunakan fikiran anda secara waras

5. Jangan cuba bertindak secara sendiri

Prinsip Perkhidmatan Kecemasan Perubatan

1.Menilai sesuatu keadaan dengan pantas dan selamat, kemudian meminta


bantuan yang sewajarnya

2. Mengenal pasti secepat mungkin kecederaan atau bentuk kesakitan yang


mengakibatkan kecederaan

1
NOAH DARHAM_PJM3118

3. Memberi rawatan awal yang sesuai mengikut keutamaan

4. Memastikan mangsa dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan doktor

5. Menunggu mangsa kecederaan sehingga diserahkan kepada pihak yang


bertanggungjawab

Prinsip Penilaian Awal Kecederaan

Penilaian salur pernafasan:

-Condongkan kepala dan mengangkat dagunya untuk membuka salur udara.

Penilaian sistem paru-paru:

-Beri pernafasan bantuan sekiranya mangsa tidak bernafas.

Penilaian peredaran darah:

- Jika jantung telah terhenti pemampatan

dada hendaklah dilakukan untu memaksa

darah beredar menerusi jantung dan ke

seluruh anggota badan .

-Digabungkan dengan pernafasan bantuan

Penilaian Tahap Pertama

Tahap Pertama:

- D- danger

- R- respons

- A- airway

- B- breathing

- C- circulations

2
NOAH DARHAM_PJM3118

Penilaian Tahap Kedua

T- talk

O- observe

T- touch

A- active movement

P- passive movement

S- skill

Pitam Dan Pengsan

Definisi pengsan dan pitam:-

- pengsan kehilangan daya kesedaran yang disebabkan oleh penyusutan sementara

pengaliran darah ke otak.

- pitam satu gejala yang tidak normal akibat gangguan kegiatan normal otak

Punca:

1. Kecederaan kepala

2. Strok, serangan sakit jantung,renjatan

3. Darah beroksigen yang rendah (hipoksia), keracunan yang dibekalkan ke otak.

4. Gula darah rendah (hipoglisemia)

Luka
Definisi :

Sebarang kecederaan normal pada kulit permukaan badan dinamakan luka yang
menyebabkan darah dan cecair lain mengalir keluar dari badan

Jenis- jenis Luka

- - Terguris

- - Melecet

3
NOAH DARHAM_PJM3118

- - Calar-balar

- - Tercucuk

- -Tembakan

Ciri-ciri Luka Terbuka

Terguris – Luka lurus

- Benda tajam seperti pisau

Melecet – Kesat dan kasar

- Tidak mengalirkan darah

Calar-balar - Lapisan atas kulit terkikis

- Meninggalkan bekas yang lembut

Tercucuk – Disebabkan tercucuk benda yang tajam

- Menyebabkan kerosakan dalaman

Tembakan – disebabkan tembakan peluru atau lain-lain pelontar

- Luka pada titik kemasukan peluru dan biasanya cedera para pada bahagian dalam
berbanding luaran

Rawatan Awal Kes Pendarahan

- Mengawal kehilangan darah dengan mengangkat anggota yang tercedera dan


memberi tekanan ke atas luka tersebut

- Meminimumkan renjatan yang mungkin menyebabkan kehilangan banyak darah.

- Melindungi luka dari jangkitan dengan membalut luka tersebut

- Berikan perhatian terhadap kebersihan

- Bahagian yg cedera perlu ditinggikan dari aras dada.

Komplikasi Pendarahan

- Jangkitan kuman mudah berlaku kerana kuman terdapat dalam cecair badan

- Jika tidak dikawal dengan cepat boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak

4
NOAH DARHAM_PJM3118

- Boleh menyebabkan penyakit yang lain seperti Tetanus

Tanda:

- kehilangan daya kesedaran yang singkat, mangsa kecederaan akan jatuh

- denyutan nadi akan perlahan

- warna kulit yang pucat

Gejalah Renjatan

- kerisauan dan kebimbangan


- bintik-bintik merah timul pada keseluruhan kulit
- muka dan leher menjadi bengkak
- sembab pada sekeliling mata
- pernafasan yang perlahan, daripada pada keadaan dada yang ketat sehinggalah
kesesakan mangsa mungkin tercungap-cungkap untuk menyedut udara

Rawatan

Pengsan:-

- Baringkan mangsa, angkat dan ampu kakinya

- Pastikan mangsa itu mendapat bekalan udara yang bersih dan banyak. Bukalah
tingkap jika perlu

- Apabila mangsa telah sedar berilah keyakinan dan bantulah dia duduk dengan
perlahan-lahan

- Periksa badan mangsa jika terdapat sebarang kecederaan akibat terjatuh dan beri
rawatan

You might also like