You are on page 1of 4

RUMUSAN:

1. PANITIA MATAPELAJARAN KHSR

`Setelah saya membuat kajian, mengumpul maklumat dan menemubual guru –


guru yang terlibat dalam Panatia Kemahiran Hidup, dapat saya membuat kesimpulan
bahawa untuk merancang sesuatu organisasi dalam mana-mana panItia pendidkan
memerlukan gabungan bahagian-bahagian yang penting.

Berdasarkan makumat yang diperolehi, Panitia Kemahiran Hidup Sekolah


Kebangsaan Taman Bukit Rambai ini amat menitikberatkan keberkesanan dalam
menjayakan matapelajaran kemahiran hidup. Dengan menghasilkan satu carta
organisasi, kita dapat lihat guru-guru yang pakar dan berpengalaman memegang
jawatan seperti Ketua Panitia, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa. Dengan
adanya guru-guru seperti mereka, sesuatu organisasi Panitia Kemahiran Hidup dapat
dijayakan dengan baik.

Dalam sesuatu organisasi, membuat perbincangan atau mesyuarat seharusnya


dilakukan. Ini kerana apabila ada sesuatu cadangan, penambahbaikan, ketidakpuasan
dan lain-lain boleh dikemukakan ketika guru-guru dan ahli jawatankuasa berkumpul.
Berdasarkan maklumat yang diberi, sekolah ini melakukan mesyuarat sebanyak 4 kali
setahun. Ketika mesyuarat dilakukan, tanggungjawab yang diberikan kepada
setiausaha perlulah memainkan perananya dengan membuat surat jemputan
menghadiri mesyuarat, mencatit isi-isi mesyuarat dan akhirnya membuat minit
mesyuarat.

Dalam menjayakan sesuatu panitia Kemahiran Hidup, ketua dan ahli


jawatankuasa perlu memikirkan cara yang sesuai untuk menarik minat murid-murid
terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup. Sesetengah sekolah yang aktif dalam
matapelajaran ini, mereka tidak lekang dengan menyertai apa-apa aktiviti yang
melibatkan penyertaan guru-guru Kemahiran Hidup dan murid-murid. Dari peringkat
zon, daerah dan Negeri setiap peringkat ini amat penting dalam memperkenalkan
matapelajaran Kemahiran Hidup dalam pendidikan di sekolah rendah. Selain itu juga,
nama dan kualiti sesuatu sekolah boleh dinilai berdasarkan prestasi dan penglibatan
organisasi KH di sekolah mereka.

Panitia Kemahiran Hidup yang berjaya dan berkembang boleh dinilai dengan
cara mereka mengurus kewangan. Ini penting kerana setiap tahun pasti ada kerosakan
dan kehilangan barang-barang dan alatan-alatan di dalam bengkel. Setiap sekolah
akan diberi peruntukan 2 kali setahun oleh Menteri Pelajaran Malaysia Melaka
sebanyak RM 8,500 untuk membuat perbelanjaan tahunan. Sebagai ketua panitia,
seharusnya memainkan peranan dengan mengarahkan ahli-ahli jawatankuasa
bahagian peralatan dan kesalamatan bengkel untuk membuat semakan terhadap alat-
alat di dalam bengkel. Ini penting kerana ketua akan dapat mengenal pasti dan
membuat senarai barang-barang dan alat-alat yang perlu diganti atau ditambahbaikan
unutk memastikan bengkel Kemahiran Hidup sentiasa kondusif dengan alatan-alatan
yang baru, boleh digunakan dan selamat digunakan.

Dalam pengurusan bengkel, suasana yang bersih dan ceria amat penting untuk
memastikan guru dan murid selesa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Penyusunan meja dan kerusi yang teratur, alat-alat bengkel di susun kemas mengikut
bahagian tertentu, kata-kata hikmah di dinding, sudut matapelajaran dalam Kemahiran
Hidup, warna cat yang terang untuk menampakkan bengkel luas dan sistem
pengudaraan yang baik. Keselamatan ketika berada di dalam kelas amat penting diberi
perhatian . oleh itu, setiap bengkel seharunsya meletakkan peraturan keselamatan
bengkel dengan melekatkan di pintu masuk bengkel. Murid-murid akan disuruh
mengikut setiap arahan yang diberikan oleh guru untuk memastikan tiada kejadian
buruk atau kemalangan kecil berlaku semasa proses P&P dijalankan.
2. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN KHSR

Sesuatu organisasi Kemahiran Hidup, dalam menjayakan matapelajaran ini guru-


guru panitia seharusnya membuat perancangan yang teratur sebelum menjalankan
proses P&P. Sebahagian guru-guru yang cemerlang, mereka akan membuat
Rancangan Pengajaran Harian atau Rancangan Pengajaran Tahunan untuk
memastikan mereka tidak tersasar daripada apa yang dirancang. Ini penting kerana
apabila sesuatu matapelajaran itu dirancang terlebih dahulu, guru-guru tidak akan
bersusah payah memikirkan apa yang perlu diajar keesokan harinya. Mereka akan lebih
yakin dan bersedia untuk mengajar dengan membawa Bahan Bantu Mengajar yang
sesuai dengan matapelajaran dan murid-murid.

Maklumat Rancangan Pengajaran Harian yang saya perolehi mungkin ringkas,


tetapi guru-guru di sekolah itu menerangkan bahawa mereka mudah untuk memahami
apa yang dirancang dan apa bahan bantu mengajar yang sesuai untuk dibawa untuk
mengajar.

Mengikut tahap-tahap tertentu, setiap guru-guru Kemahiran Hidup akan membuat


RPH mereka mengikut tajuk-tajuk kecil yang hendak diajar. Daripada murid-murid
TAHUN 4, TAHUN 5 sehingga TAHUN 6, kesemua peringkat perlu dirancang untuk
mengajar. Semakin naik peringkatnya, semakin kurang tajuk-tajuk kecil yang perlu
dititikberatkan. Ini kerana murid-murid TAHUN 6 akan menghadapi peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolagh Rendah ( UPSR). Mereka lebih aktif dalam mengikuti program
motivasi, bengkel 5A’s, ujian Pra- UPSR, dan lain-lain aktiviti dalam menduduki
peperiksaan.
3. KEMUDAHAN DARI SEGI ALATAN DAN BAHAN SERTA BENGKEL

Bengkel yang kondusif adalah bengkel yang memilki barang-barang atau alat-alat
bengkel yang mencukupi. Di samping keceriaan dan kebersihan bengkel yang baik,
alat-alat bengkel yang sempurna sifatnya penting untuk memastikan keselamatan
murid-murid terjamin ketika hendak menggunkannya. Ini penting kerana peralatan yang
mengalami kerosakan kecil boleh menyebabkan kemalangan yang serius kepada
pelajar. Guru-guru Kemahiran Hidup seeloknya memeriksa terlibih dahulu peralatan
yang hendak digunakan sebelum memberI kepada murid-murid untuk proses P&P.
Peraturan Keselamatan Bengkel perlulah diletakkan atau di lekatkan di kawasan dalam
bengkel atau di pintu masuk untuk memastikan murid-murid membacanya dan
mengikut arahan yang ditulis. Guru-guru juga boleh memberi nasihat sebelum masuk
ke dalam bengkel untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bengkel KH yang bagus dapat menghasilkan suasana belajar yang selesa. Ini
sudah sedia maklum dengan adanya guru-guru KH yang kreatif, mereka boleh
menceriakan kawasan dalam bengkel dengan baik. Sudut matapelajaran KH, peralatan
bengkel disusun dengan kemas, kata-kata hikmah atau mural di dinding, hiasan langsir,
cat dinding yang terang dan sebagainya.

You might also like