P. 1
Sejarah Silat Seni Gayong

Sejarah Silat Seni Gayong

Ratings: (0)|Views: 1,014 |Likes:
Published by HidayahYusuf

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: HidayahYusuf on Oct 01, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/21/2013

pdf

text

original

 
1.0 PENGENALANSeni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Perguruan seni silat adalah satu institusi pendidikan dimana manusia dibentuk dan dididik untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yangmaksimum. Dulu, hanya segelintir sahaja yang dapat menamatkan pengajian seni silatmereka dengan sempurna kerana mereka ini memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yangtinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakankepentingan diri sendiri. Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan seni silat. Padaumumnya, asas seni silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan.Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskanlawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah,contohnya seperti Seni silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapilawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah beradaseinci dua dari badan. Setiap perguruan mempunyai sejarah dan perkembangannya yangtersendiri. Silat Seni Gayong mempunyai kronologi penubuhan yang tiada tolak bandingnyadengan seni silat yang lain.2.0 MAKSUD GAYONGFalsafah pendidikan Silat Seni Gayong telah dirangka sejak dahulu lagi supaya dapatmelahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucianagama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai AllahS.W.T. Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah ditunjukkan dalam kalimahGayong itu sendiri. Huruf yang pertama iaitu ‘gabermaksud genggam yakni berpegangkepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia danamanat yang diberikan. Kemudian huruf ‘alifpula membawa maksud angkat yaknimeletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.
1
 
Manakala huruf ‘ya’ bermaksud yakin iaitu yakin kepada kebolehan diri sendiri. Seterusnyahuruf ‘wau’ iaitu waras dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.Akhir sekali ialah huruf ‘nga’ iaitu ngeri di mana menunjukkan bersungguh-sungguh dalamsegala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkandalam kengerian orang lain yang menyaksikannya. Lima huruf tersebut juga melambangkanlima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimahSyahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkanzakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu jugamenekankan seorang murid Gayong itu hendaklah menjaga kewajipan mereka sebagaiseorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu limakali sehari semalam. Justeru, kekuatan seorang murid Gayong jelas kelihatan daripadakeupayaannya dalam melaksana segala perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segalalaranganNya. Apabila wujud kesemua sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yangdisebutkan tadi barulah boleh dianggap seorang murid Gayong itu benar-benar menuntut danmendalami ilmu Seni silat Gayong dengan sebaiknya3.0 CITA-CITA DAN DASAR Penekanan pembelajaran seni seni silat dalam masyarakat Melayu adalah selari denganseruan Allah S.W.T. dalam Surah Ar-Ra'd supaya umat Islam bersiap sedia dalammenghadapi musuh dengan kadar kekuatan yang termampu. Ini menunjukkan cita-cita dandasar utama Seni silat Gayong meletakkan agama di tempat yang Maha Tinggi. Seni silatGayong telah terbukti mampu untuk mempertahankan akidah dan maruah umat Islam. Hal initelah terbukti melalui sejarah negara kita ketika dijajah oleh kuasa asing. Pergerakan para pahlawan Seni silat Gayong seperti allahyarham Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tuk Zainal,Dato' Maharaja Lela dan ramai lagi pejuang kemerdekaan tanahair telah berjaya membataskan penguasaan pihak penjajah dalam politik dan sosio-budaya penduduk tempatan. Pejuangkemerdekaan tersebut merupakan pemimpin agama yang lazimnya menjadi teras kepimpinantradisi masyarakat Melayu zaman dahulu. Seni silat Gayong kini ialah salah satu warisan bangsa yang diajar kepada generasi pelapis sebagai alat pendidikan dan pembentukan disiplindalam menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara. Ia mestilah dipelihara dengansebaiknya agar bangsa kita dapat menghargai warisan nenek moyang dan seterusnyamenghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan.
2
 
4.0
SILAT SENI GAYONG“Kata Bersahut, Gayong Bersambut”Motto ini bermkasud sekiranya musuh berseni silat menggunakan kata-kata, maka hikmatkebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan. Juga sekiranya seseorangmusuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal, maka serangan tersebut disambut dengan pencak.seni silat.atau.bergayong. Penuntut Gayong tidak mencari musuh tetapi sekiranyamusuh melakukan serangan berpantang berundur walau selangkah. Seperti pepatah Melayu“Membujur lalu Melintang patah”, “Daka daki Ku daki juga”, “Patah sayap Bertongkat paruh”,“Berpantang.maut.Sebelum.ajal”.5.0FALSAFAH
 
SILAT SENI GAYONGFalsafah etika yang membicarakan kaedah pembentukan akhlak terpuji adalah falsafah Senisilat Gayong. Falsafah ini memupuk peningkatan nilai peribadi dalam pelbagai aspek dari segikualiti, matlamat dan sentiasa bergerak dalam lingkungan pedoman yang diberikan. Malah,falsafah ini juga terdapat dalam setiap amalan adat istiadat, peristiwa sejarah, puisi, amanatdan pelajaran Seni silat Gayong. Kalimah Seni silat Gayong itu sendiri memberikan pengertian tersirat yang menjelaskan falsafah utama Seni silat Gayong. Falsafah yang menjadi perbezaan Seni silat Gayong dengan seni silat yang lain. Seni silat Gayong mempunyaisegala teknik, kaedah dan langkah pencak yang digunakan untuk membela diri ataumelakukan serangan balas. Seni dalam konteks Seni silat Gayong pula ialah satu unsur dalaman yang menekankan konsep kerohanian dan pembersihan diri. Seni mendidik danmembentuk pertahanan dan ketahanan jiwa yang sentiasa perlu dibaja dengan makanankerohanian dan dihiasi adab kesopanan serta akhlak yang terpuji. Manakala Gayong ialahsuatu kalimah yang menggariskan sifat peribadi, sifat yang membina unsur seni silat danunsur seni dalam jiwa dan jasad seorang penuntut Gayong.Dengan itu, falsafah etika ini berkait rapat dengan pelajaran, adat istiadat dan pendidikanyang berteraskan ajaran agama Islam. Falsafah Seni silat Gayong daripada sudut global akanhanya dapat dikupas melalui skop kajian integrasi pemikiran yang luas meliputi aspek sejarah,adat istiadat, pelajaran dan perkembangan Seni silat Gayong itu sendiri. Hanya mereka yangmendalami ilmu Seni silat Gayong secara praktikal dan menghayati setiap unsur daripadanyaakan dapat menghuraikan Falsafah Seni silat Gayong dengan tepat, mendalam, terperinci danlengkap.
3

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
sitiartikah liked this
j-bond liked this
pretender liked this
Farhah Ismail liked this
Hidayu Afzal liked this
pretender liked this
Khadijah Ijah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->