You are on page 1of 5

SEJARAH EVOLUSI

KOMPUTER

SEBELUM TAHUN 1940

1) Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada  tahun 1642. Mesin ini
kemudiannya dimajukan oleh William Leibnitz

2) Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'.  Mesin ini
menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan,
melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam
bentuk cetakan pada kertas.

3) Idea Babbage didapati amat berguna kepada  pembentukan komputer moden pada hari
ini.Semua komputer  pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang
dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

4) Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin
penenunan otomatik  ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801.

5)  Herman Hollerith  mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. 


Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci
penduduk Amerika  Syarikat pada tahun 1887.  

6) Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil


Mark I pada tahun 1937.

Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal waktu ini adalah terlalu
besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu
banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

SELEPAS TAHUN 1940

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi:

Generasi Pertama
1) Komputer-komputer generasi pertama menggunakan  tiub-tiub vakum untuk memproses
dan menyimpan maklumat.Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil.  Ia
menjadi cepat panas dan mudah terbakar.

2) Komputer ini juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang
menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.

3) Komputer jenis ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk  membantu ahli sains
menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat.

4) Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh
komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And
Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.

 5) Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di
dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept).  Konsep
yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor
binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.

Genarasi Kedua

1) Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk


menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah.

2) Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika
dibandingkan dengan tiub vakum.

3) Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik.  Teras magnetik
menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik.
 
4) Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah.Ini menjadi
komputer lebih pantas menjalankan tugas.

5) Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam
famili komputer.  Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama.

6) Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi
memproses data-data perniagaan.

Generasi Ketiga
1) Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer.  Saiz cip yang kecil
menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih
murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

2) Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini.  
Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular  seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC
dan Sinclair.

3) Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana


saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. 

Generasi Keempat

1) Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan.Ia lebih maju,
mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. 

2) Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. 
Ingatan utama komputer menjadi lebih besar.

3) Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil supercomputer.

Generasi Kelima

1) Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia
merupakan komputer impian masa depan.

2) Rekabentuknya adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit


pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam
satu masa.

3) Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar. Unit pemprosesan
pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia.

4) Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan


sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada
kawalan manusia.  Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".
                       

EVOLUSI PERISIAN KOMPUTER

 Evolusi Komputer Elektronik 1940.

-Bidang perkomputeran tertumpu kepada perkakasan yang memerlukan kemahiran


yang tinggi.

-Amat sukar. Pada masa ini sistem pengoperasian (OS) belum wujud lagi.

-Kebanyakan aturcara komputer adalah tertanam (embbeded) di dalam litar atau tape.
Juru aturcara perlu mengetahui secara detail mengenai mesin.

 Evolusi Generasi-Mesin Kedua 1950

-Konsep single-user OS.

-Bahasa paras tinggi seperti FORTRAN dan COBOL berserta dengan pengkompil.

-Juru aturcara boleh tumpu kepada penyelesaian masalah menggunakan komputer.

 Era Tahun 1960

-OS semakin canggih dan melibatkan multiprogramming OS.

-Harga perkakasan semakin murah dan kesedaran terhadap kepentingan komputer


semakin meningkat.

 Krisis Perisian 1960

-Teknik cara menulis aturcara yang mudah tidak boleh dijadi ukuran membina untuk
pembangunan perisian sistem.

-Konference NATO pada 1960 membincang secara detail krisis ini. Istilah software
engineering telah ditemui dalam konference ini.
 Era 90an

- Penggunaan komputer semakin meningkat. Komputer digunakan di dalam pelbagai


bidang.

- Pembangunan perisian semakin kompleks untuk memberi kemudahan kepada


pengguna.Walau bagaimanapun krisis perisian belum tamat.

BY: SUN COMPANY

:Tan Kim Sun, Ch'ng Choon Suan, Lee Ai Lin,   Lee Kok Keat, Lee Sze Yee,

Loh Han,Ying, Ng Wan Pin, Yeoh Lay Choo.

YEAR: 2004

SOURCE: http://leocamp.tripod.com

You might also like