You are on page 1of 1

NOVEL HIKMAH : TEMA DAN PERSOALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Hikmah karya Mohd. Faris
Ikmal. Tema bagi novel ini ialah konflik keluarga yang meninggalkan
kesan negatif terhadap ahli keluarga. Amri ialah seorang yang taat
dan sayang akan ibunya. Namun, sikap Amri berubah kerana
bapanya seorang kaki judi dan penagih dadah sering memukul dan
memeras wang daripada ibu Amri. Peristiwa inilah yang
menyebabkan Amri menjadi seorang kaki buli dan pemeras wang
pelajar junior di sekolah untuk melepaskan perasaannya.

Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini pula ialah


tugas dan tanggungjawab seorang pengawas yang mencabar. Hal ini
dibuktikan apabila Sapura seorang pengawas sekolah berani
melaporkan perbuatan Amri memeras wang daripada Saleh kepada
Cikgu Salman walaupin dia tahu yang Amri akan membalas
dendam.

Persoalan lain yang terdapat dalam novel Hikmah ialah kasih


sayang seorang anak terhadap ibunya. Contohnya, Amri sanggup
berbasikalke farmasi sejauh 10km di tengah-tengah panas semata-
mata untuk membeli ubat untuk ibunya yang sakit.

Satu lagi persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah setiap
perbuatan pasti ada balasannya. Ini dapat dilihat semasa Amri
dipukul oleh dua orang penyamun ketika pulang dari farmasi
barulah dia sedar begitulah rasanya pelajar junior yang telah
menjadi mangsa bulinya.

You might also like