You are on page 1of 7

Himpunan Pengalaman

Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara


dilihat pada jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di sini.
Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa suku kaum penduduk di
Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. Setelah sekian
lama kaum Cina, India dan Portugis menetap di Malaysia, tarian-tarian
tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan
dan budaya Malaysia.

Tarian

Mak Yong Melayu

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta
untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu
ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama
romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang
menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu

Kuda Kepang 

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa.
Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah
kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan
angklung.

Zapin

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat


dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di
negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari
Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang
bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

Joget

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang
meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan
oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai
usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di
Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.

Tarian Lilin 

Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang


lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan
memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.

Silat

Salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni
mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni yang boleh
dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang
penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik
dan mengasyikkan.

Tarian Singa 

Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun


Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan
menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang
boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang
negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru
Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa
diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan
keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-
penarinya.

Tarian Naga

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa,


kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina.
Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina,
dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian
ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan
persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak
tarian yang tepat.

India Bharata Natyam

Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.
Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India
purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.
Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai,
terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur
semuda lima tahun.

Bhangra

Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya


Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini
ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan
termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini
lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian
serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang
bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan.

Sabah & Sarawak

Ngajat
Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di
Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai
Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang
dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan
perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan
yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi
tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang
berukir.

Datun Julud

Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di


Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik
Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa
dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi
menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu
perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini
diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari
wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu
burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.

Sumazau

Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya


dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia
dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang
banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.
Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan
ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang
menngambarkan burung yang sedang terbang.

Tarian Buluh 

Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta


menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang
mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk
antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas
bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut
tanpa tersepit.
Orang Asli 

Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan


kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh
pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut
termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum
Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.

Portugis

Farapeira 
Farapeira adalah sebuah tarian pantas yang menghiburkan, seringkali
diiringi alat muzik sepert gitar dan tamborin, dan dipersembahkan
oleh pasangan penari yang memakai pakaian tradisional Portugis.

Branyo

Tarian Branyo, yang lebih perlahan dan bersopan daripada tarian


Farapeira, lebih diminati warga Portugis yang sudah berumur. Penari
lelaki yang berpakaian ala koboi dan penari perempuan yang berpakaian
baju kebaya tradisional dengan sarong batik, menari dengan perlahan
mengikut rentak gendang serta biola.
TARIAN SUMAZAU

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di
seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya
memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk
menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau
adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari
berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara
tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan
keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa
menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

TARIAN LIMBAI

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika
menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik
sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai
dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat
menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah.
Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan
mengucapkan selamat datang.
TARIAN SUMAYAU

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga
dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut
hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya
tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan
sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya
dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari
keturunan Monolian.

Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga
lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis
tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara
sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu
seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.

Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang
atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki
adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut
yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan
atau rangsangan daripada para penonton.

TARIAN MAGUNATIP

Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau).
Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika
menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap
mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh
itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang
menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.

TARIAN ADAI-ADAI

Adai-adai pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai pada
sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan sebarang alat muzik ketika
menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian
pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini
dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian masyarakat suku Berunai
yang mendiami pekan Weston, Sabah.

TARIAN DALING-DALING

Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa
oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan
Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau
yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan
Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu
yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.

You might also like