You are on page 1of 12

Apakah globalisasi?

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit
yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah
negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan
dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki
oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media
komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber.
Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara
dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan
dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang


menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat
mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan
infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi
yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-
galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang
asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan
sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita
telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat
yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi


menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik
dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi.


Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan
ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam
menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk
wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog,
seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis
institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan
serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir &
gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi
yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan.
Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi
diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang
yang melanda dunia.

Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai:

"... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It
is accelerated by technology, which is driven by only a few hundred
multinational corporations and may be harmful to the environment. There in
lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of
these few corporations, or might it not make more sense to seek greater
involvement from the global community.

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap:

(A) Ekonomi

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan


perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan
berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam
aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui
perluasan perusahaan melampaui sempadan negara .

Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap.

* Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar


sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan mentah.
* Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan
aktivitinya di berbagai negara.
* Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu.
Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara
global.
Di samping perdagangan bebas, globalisasi ekonomi juga boleh dikaitkan
Telekom Malaysia Berhad juga mempunyai matlamat ke era globalisasi iaitu
menjadi Syarikat bertaraf dunia "world class telecommunications"

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap

(B) Teknologi

Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi.


Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada
hari ini yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era
globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan
dan perubahan yang lebih ketara dalam bidang teknologi.

Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi
maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang
terkenal, dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia .
Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia
memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi
latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan
sebagainya.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer
dan teknologi di era globalisasi hari ini

Pembangunan sumber manusia menjelang tahun 2000 akan mencapai nisbah


tenaga manusia saintifik dan teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang iaitu
kira-kira 1000 bagi setiap sejuta penduduk di Malaysia .

Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin


teknikal, statistik dan berasaskan komputer. Gabungan disiplin ini akan
melengkapkan tenaga manusia masa hadapan untuk mengendalikan teknologi
baru dan yang akan muncul seperti teknologi pembuatan berautomasi, bahan-
bahan terbaru, bio-teknologi, elektronik dan teknologi maklumat.

Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan ke


arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi
komputer. Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media ,
Universiti Multi Media dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita
telah maklum sekarang adalah langkah yang bijak untuk persediaan tenaga
manusia yang akan menggunakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas harian
dan juga dalam kehidupan seharian nanti di dalam era globalisasi.

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap

(C) Kebudayaan sebuah negara

Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah


masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah
masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup
mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara
hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.

Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada


dalam bentuk globalisasi.

Budaya Makan

Makanan Jepun sudah ada di Amerika. Makanan Amerika pula semakin


popular di JepunMc Donald mempunyai 10,500 restoran di 50 buah negara di
dunia Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58
buah negara.

Budaya Fesyen

Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti :
seluar Jean Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves Saint Laurent,
pakaian sukan Esprit dan pakaian Laura Ashley.

Budaya Kerja

Syarikat pengeluaran di era globalasasi juga terdiri daripada berbilang kaum


dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Esprit - di mana ketua
grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan
Itali.

Budaya Muzik dan Hiburan

Muzik Jazz dan disco telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti
Disneyland juga diadakan di negara di luar Amerika , seperti di Jepun dengan
panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-la-Valle di Paris dengan
panggilan Euro Disneyland (1992).

Budaya Bahasa

Pada masa ini, bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan
secara global. Sekarang terdapat satu bilion manusia yang bercakap dalam
bahasa Inggeris dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada 1.5
bilion.

Kesimpulan

Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang


berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek
globalisasi yang telah dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini
atau di abad ke-21 sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat
hebat yang belum pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan
implikasi terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai
kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah
difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan
diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.
 
Hero Subyek: Re: Apakah Itu Globalisasi?    Sun May 06, 2007 1:47
Senget am

CABARAN GLOBALISASI: KESANNYA KEPADA


Jumlah REMAJA
posting: 36
Registration DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua perkataan
date: yang dapat menggambarkan situasi yang kini sedang berkembang
06.05.07 dalam dunia dewasa ini adalah "kekeliruann dan "kepalsuan".

Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka


dalam suatu keadaan sedang menyaksikan kehidupan manusia yang
berada di dalam kekaburan dan kesamaran untuk menentukan
destinasi hidup yang sebenar? Di suatu waktu golongan muda kita
diperdengarkan mengenai slogan keadilan dan kebenaran tetapi di
waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan yang zalim dan
pemalsuan di atas nama keadilan dan kebenaran itu sendiri.

Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap


erti kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah membawa kepada
krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar kepada
kemanusiaan di waktu ini. Komplot dikelirukan di atas nama
kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan
ekonomi, dominasi budaya di atas nama liberalisasi, penindasan
golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama
kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan
penjajahan di atas nama pasaran bebas.

Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam


jangka masa panjang yang palsu jika diulangi dan diperkukuhkan
dengan kenyataan yang tidak disanggah, akhirnya akan menjadi
persepsi yang dianggap benar dan terus dilanjutkan serta
kadangkala dipertahankan tanpa soal.

Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami


tetapi akibat dari sogokan yang bertubi-tubi melalui pelbagai media
ia sudahnya diterima. Di zaman ini tidak ada ungkapan dan laungan
yang paling tertonjol dan didengari dan dianggap sebagai benar
oleh hampir semua pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan
Globalisasi.

Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa


fenomena globalisasi adalah suatu realiti yang perlu diakui. Sejauh
mana dan ke mana arah sebenarnya globalisasi akan membawa kita
hampir tidak dapat diteliti dengan waras dan saksama oleh pelbagai
pemikir dan perancang.

Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana


proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat
dari apa yang dikatakan globalisasi, kita sudah hampir pasti
mengatakan kepelbagaian adalah satu ketidaksempurnaan. Oleh
yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa globalisasi
adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas
membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan
perhatikan bahawa hampir semua aspek kehidupan kita sedang
menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk
mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di
seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses


globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah
negara yang sepi dari sentuhan glabalisasi. Namun begitu kita tidak
pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal terhadap proses ini.
Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari
budaya dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak
disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua
sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan
proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus
membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

Murni

Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses


penyeragaman dan penyamarataan "semua untuk satu dan satu
untuk semua". Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di
dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni
dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang
dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan
hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai
mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima.
Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu
disamaratakan. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh
pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak
kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan
dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti
berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat
perhubungan antarabangsa.

Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu


badan-badan konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan
berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada hakikatnya
tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada
hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan
keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan
proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan
penyembunyian hakikat sebenar.

Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara.
Hampir jelas globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan
yang lama tidak lagi dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan
kritikal.

Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui


globalisasi sebagai satu kenyataan yang diterima dan perlu
dijadikan premis yang benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi.
Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk
menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan
antarabangsa di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan.
Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa fenomena
wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang perlu
diterima oleh semua negara.

Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh


perancang-perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak
wujud lagi rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang dijana dan
dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat.
Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini
akhirnya akan mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa
tidak perlu diwujudkan lagi kerana mereka terus beranggapan
bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah
kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk
menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang
mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi
membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan
sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu
kemestian.

Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan


pemimpin sudah membuat komitmen untuk menyertai proses
globalisasi ini. Apakah makna, ke arah manakah tujuan dan apakah
implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang
diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan
diri untuk menjadi lebih global.

Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan


mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia,
kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak
menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena
dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok
kuasa iaitu blok barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan
konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan tetapi
sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang kini menjadi
agenda barat.

Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan


globalisasi ke atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak
lewat untuk membuat suatu penilaian kritikal bagi mempersiapkan
golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan
globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa
besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat
dan konglomerat teknologi.

Cabaran
Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di
agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya.
Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana
sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok
masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk
menerobos bidang — bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam


proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan
belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi
yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan
transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem
sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga
segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan
yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan


di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari
akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan
untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri
kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah
tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup
barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai
bentuk kehidupan golongan belia.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh


disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut:

* Pakaian jenama barat.


* Makanan segera keluaran barat.
* Minuman global yang ditaja oleh barat.
* Hiburan yang menonjolkan budaya barat.
* Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.
* Rekreasi yang meniru ala barat.
* Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat
* Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat.
* Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Kesimpulan Akhir

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang


mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada
dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan
nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya
hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara


kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak
terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah
arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak
akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian
dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan
dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam
mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi
akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai
dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.
 
admin Subyek: Re: Apakah Itu Globalisasi?    Wed Dec 02, 2009 1:46
Admin pm

forum mfrstudio pindah ke Rindu.Org:


http://mfrstudio.board-realtors.com/pengumuman-f8/forum-
mfrstudio-pindah-ke-rinduorg-t132.htm
 
       
\\

You might also like