You are on page 1of 5

PENYAMPAI : KETUA PENGARAH JABATANKATEGORI: UCAPAN ALUAN

PERANCANG BANDAR DAN


DESA
TARIKH : 27-Mar-2003 HARI : Khamis
MAJLIS : SISTEM PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB)
TEMPAT : HOTEL CROWN PRINCESS,KUALA LUMPUR
ISU : PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

TEKS UCAPAN PENUH :


Terima kasih Pengacara Majlis.

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati


sekelian,

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa shukur kehadrat Ilahi


kerana atas limpah kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul
di pagi ini menghadiri satu lagi program pentig iaitu sesi
Taklimat Sistem Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB).

Sebagaimana yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui
Jabatan telah mula mengkaji Sistem Pembangunan Tanah
Bersepakat (PTB) ini sejak tahun 1987 dengan tujuan untuk
memperkenalkan ia sebagai salah satu alternatif kepada
kaedah pembangunan semasa untuk manangani masalah-
masalah pembangunan bandar yang kian meruncing khususnya
untuk membangun dan menyediakan kemudahan di kawasan-
kawasan yang bermasalah seperti kawasan pinggir bandar,
kawasan terbiar serta kawasan-kawasan yang terhimpit antara
pembangunan terancang lain. Lazimnya kawasan-kawasan ini
merupakan kawasan tanah milik yang telah berpenghuni dan
mempunyai masalah dari segi pemilikan tanah dan akan
dihindari oleh pemaju-pemaju swasta.

Penggunaan sistem PTB untuk menangani masalah


pembangunan di kawasan-kawasan ini akan dapat mencapai
pembangunan terancang yang terselaras ke arah pencapaian
dan pelaksanaan dibawah Akta 172 di samping mengelakkan
pengambilan balik tanah dan mengekalkan tuan-tuan tanah di
kawasan projek.

Kajian ke atas Sistem ini telah dimulakan sejak tahun 1987


bersama bantuan pihak Japan International Cooperation Agency
(JICA). Sejak itu sehingga kini sejumlah 6 orang pakar JICA
telah ditempatkan di Jabatan untuk membantu dan memberi
panduan kepada Jabatan dalam mengkaji dan melaksanakan
sistem ini. Berbagai fasa atau peringkat kajian telah kita lalui di
dalam program PTB ini. Pada asalnya istilah’penyusunan semula
lot’ telah digunakan.

Selepas Kajian Kemungkinan Pengenalan Sistem Penyususnan


Semual Lot di Malaysia disiapkan pada tahun 1995, iaitu kajian
yang melibatkan pasukan pengkaji kira-kira 10 orang pakar
Jepun bersama perunding tempatan, cadangan sistem ini telah
dibawa untuk kelulusan di berbagai peringkat Kerajaan dan
akhirnya peringkat Jemaah Menteri. Pada 23 Jun 1999,
Jemaah Menteri telah memberi kelulusan ke atas
pelaksanaan Sistem ini di Malaysia dan kelulusan untuk
menjalankan Kajian Persediaan Projek Perintis PTB di
Rezab Melayu Puchong, Selangor.

Kajian Persediaan tersebut telah disiapkan dan kini persiapan ke


arah pelaksanaan Projek Perintis tersebut sedang dijalankan.
Hasil Kajian Persediaan dan cadangan pelaksanaan Projek
Perintis telah dihantar ke KPKT untuk diangkat ke Jemaah
Menteri untuk kelulusan pelaksanaan. Pada peringkat ini
berbagai perbincangan sedang dijalankan dengan
berbagai pihak terutamanya dengan pihak Majlis Daerah
Sepang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS) untuk membincangkan isu-isu pelaksanaan Projek
Perintis.

Sebagaimana yang diketahui pelaksanaan Projek Perintis PTB ini


bukan hanya melibatkan agensi perancangan seperti JPBD
Semenanjung Malaysia dan JPBD Negeri, malahan akan
turut melibatkan agensi-agensi pelaksana bidangkuasa
masing-masing seperti KPKT, Perbendaharaan, Pihak Berkuasa
Tempatan, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Ketua Pengarah
Tanah dan Galian, JKR, JPS serta Pejabat Tanah dan Galian
Negeri. Ia juga memerlukan penglibatan dari tuan-tuan tanah.
Saya bagi pihak Jabatan amat berpuashati kerana mendapat
kerjasama yang diperlukan dari jabatan-jabatan berkenaan
untuk mencapai kata sepakat dan komitmen ke arah
melaksanakan Projek Perintis dan Sistem PTB secara
keseluruhan di negar ini. Pelaksanaan Projek Perintis ini
akan merupakan langkah pertama ke arah melaksanakan
tindakan-tindakan lain yang lebih besar dalam program
pelaksanaan sistem ini secara menyeluruh.

Saya amat bersukacita kerana bagi tempoh Rancangan


Malaysia Kelapan (RMK8), peruntukan awal sejumlah RM5
juta telah diperolehi untuk pelaksanaan Projek Perintis
ini. Dalam tempoh RMK8 ini juga pelaksanaan (4) lagi projek di
negeri-negeri lain sedang dirancangkan, berkemungkinan di
negeri-negeri Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Dengan perluasan aktiviti PTB ini, peranan Jabatan sebagai


agensi penggerak akan bertambah di masa-masa akan
datang. Oleh itu, persediaan sewajarnya perlu kita lakukan
untuk membina kekuatan dalaman Jabatan dalam
pelaksanaan program PTB ini. Unit atau pasukan PTB yang kini
sedang melaksanakan tanggungjawab program PTB di bawah
Bahagian Rancangan Fizikal Negara perlu diperkukuhkan semula
Jabatan.

Di samping agensi-agensi kerajaan di peringkat


persekutuan maupun negeri, pada masa yang sama, pihak
perunding perlu diberi pendedahan dan pemahaman
sewajarnya berkenaan konsep, prinsip, kaedah dan mekanisme
pelaksanaan PTB supaya dapat melengkapkan diri dengan
pengetahuan berkenaan PTB. Taklimat ini merupakan
sebahagian dari program promosi dan publisiti PTB di
Jabatan ini yang dirancangkan. Siri-siri taklimat ini diteruskan
pada tahun ini dan tahun hadapan supaya proses pemahaman
ini dapat diperluaskan kepada lebih ramai (masses). Sebanyak 5
kertas kerja akan dibentangkan yang antar lainnya meliputi
pengenalan dan program Jabatan, konsep asas dan faedah
Sistem PTB, Kajian Persediaan dan Pelan Implementasi Projek
Perintis, Pelan Plotan Semula (Replotting Plan), seta aspek
perundangan dalam pelaksanaan PTB (serta isu-isu
pelaksanaan Projek PTB).
Saya berharap semua peserta akan memanfaatkan program
taklimat ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan
mengenai PTB dan pelaksanaannya.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrrahim saya dengan segala


sukacitanya merasmikan taklimat ini. Sekian, wabillahi taufik
w.b.t.

F/n: kata aluan Menteri/KP-seminar PTB

Rujukan
http://pdfdatabase.com/index.php?q=contoh+teks+taklimat
Semasa saya menyiapkan tugas ini saya memperolehi pengetahuan dari pelbagai aspek.
Mengarang sebuah teks pengacaraan majlis merupakan suatu tugas yang rumit tetapi dengan
mempelajari teknik-teknik yang sesuai membolehkan ianya dikarang dengan mudah dan tepat.
Saya dapat memperbandingkan teks pengacaraan majlis yang mengikut format dan tidak
mengikut format.

Saya juga sedikit sebanyak mempelajari laras bahasa yang sesuai digunakan
semasamengarang. Apabila menganalisis contoh-contoh teks pengacaraan majlis yang
berlainan membolehkan saya membezakan teks pengacaraan majlis tersebut walaupun ketiga-
tiga minit itu mengunakan format yang lebih kurang sama.

Bahan-bahan rujukan yang saya perolehi dari laman web, buku dan majalah membantu
menghasilkan teks pengacaraan majlis. Saya memperolehi pengetahuan cara-cara melayari
internet untuk memperolehi bahan rujukan ilmiah dan ianya membantu saya memperolehi
maklumat sebanyak mungkin. Saya turut mengetahui kata pinjaman, kata serapan, konsonan
rangkap, diftong, pola keselarasan huruf vokal. Akhir kata saya berasa puas hati kerana dapat
mempelajari cara-cara menulis teks pengacaraan majlis.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Pn
HAJAH RAFIAH BINTI DAUD kerana membantu saya menghasilkan sebuah kerja kursus
yang berkualiti. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakan sekelas saya kerana
membantu saya apabila mengalami kerumitan semasa mengarang teks pengacaraan majlis ini.

You might also like