You are on page 1of 2

REFLEKSI

Subjek Pendidikan Murid dan Alam Belajar pada semester kali ini
merangkumi pembelajaran teori-teori daripada pelopor dari seluruh dunia. Terdapat
lima teori yang telah diajar di dalam subjek Pendidikan Murid dan Alam Belajar.
Antaranya ialah teori pembelajaran Behavioris, teori pembelajaran Kognitif, teori
pembelajaran Sosial dan teori pendekatan Humanis. Kerja kursus mengenai subjek
ini dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada empat orang satu
kumpulan.

Kelas saya iaitu G 2.10 telah dipecahkan kepada lima kumpulan berdasarkan
lima teori yang dipelajari dalam Subjek Pendidikan Murid dan Alam Belajar. Selepas
mengundi kumpulan saya memperolehi teori pembelajaran Kognitif dan Konstruktivis
yang dipelopori oleh David Ausubel. Kumpulan saya terdiri daripada Ahmed Nur
Fadzruluddin, Syazwan Syafiqri dan Farhat Uzair.

Tugasan kerja kursus pendek mengenai Murid dan Alam Belajar ini telah
diserahkan kepada kelas saya oleh En. Roslan. Tugasan pada kali ini menarik
kerana soalan-soalan yang dikenhendaki itu tidak memeningkan saya. Dengan ini ia
akan melatih dan memantapkan diri saya untuk menjadi seorang guru yang
cemerlang, gemilang dan terbilang dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan kali ini meminta saya untuk menyediakan satu perancangan aktiviti
pembelajaran yang menunjukkan pengaplikasian unsur daripada lima teori yang
terdapat dalam subjek Murid dan Alam Belajar. Tugasan ini agak mencabar kerana
ia memerlukan setiap pelajar melakukan `microteaching`. Bagi kami sekumpulan ia
dianggap sebagai satu persediaan yang positif bagi menempuhi alam mengajar di
sekolah kelak.

Setelah memahami semua perkara yang perlu dilakukan pada tugasan Murid
dan Alam Belajar pada kali ini, kumpulan kami telah duduk berbincang bagaimana
idea daripada setiap ahli kumpulan bagi mendapatkan penilaian yang bagus
daripada pensyarah yang menilai. Terlebih dahulu kami telah mendalami secara
lebih mendalam tentang teori yang ingin diterapkan. Teori ini mengenai
pembelajaran bermakna.
Teori ini dikaitkan dengan pembelajaran bermakna dan david Ausubel kurang
bersetuju dengan pembelajaran hafalan. Bagi memastikan kita akan menyampaikan
bhana baru dengan berkesan terlebih dahulu kita perlu meningkatkan stability dan
kejelasan struktur kognitif murid-murid kita. Ini adalah satu prinsip yang diterapkan
oleh David Ausubel. Satu lagi prinsip ialah kurikulum biasanya disusun mengikut
urutan di mana setiap unit pembelajaran yang berikutan adalah berhubungkait
dengan yang sebelumnya. Dua proses yang dipelajari semasa pembelajaran
bermakna ialah derivative subsumption dan correlative subsumption.

Semasa pembentangan dijalankan, persembahan saya agak tidak


memuaskan. Banyak lagi yang saya perlu baiki dan pelajari. Semasa pembentangan
tersebut saya telah melakukan kesilapan seperti menayangkan gambar bentuk-
bentuk yang saya sendiri tidak ketahui. Perkara sebegitu sepatutnya dielakkan. Saya
juga dilihat kurang berkeyakinan semasa melakukan pembentangan tersebut. Tetapi
semasa pembentangan dijalankan saya telah mengeluarkan arahan dan suara
dengan jelas. Pelajar-pelajar juga dapat mengikuti proses pembelajaran tersebut.

Terdapat beberapa strategi bagi memantapkan proses pengajaran dan


pembelajaran. Antaranya ialah persembahan media hendaklah lebih menarik dan
berinovatif. Ini akan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dengan lebih
bersemanat.

You might also like