You are on page 1of 9

Laras Bahasa Undang-Undang

• Teks bersabit dengan perundangan yang


mengandung prinsip undang-undang tertentu
dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen).
Contoh: Perlembagaan Persekutuan
BAHAGIAN II
Kebebasan Asasi
5. (1) Tiada seseorang pun boleh diambil
nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya
kecuali menurut undang-undang.
Laras Bahasa Undang-Undang
• Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya
dipinjam daripada bahasa Inggeris atau Latin.

• Alimony = Alimoni
• Defendant = Defendan
• Plaintiff = Plaintif
• Statutory rape = Rogol statutori
• Makna kosa kata berdasarkan intepretasi.

Contoh:
Prima facie:
bermaksud "atas kemunculan pertama(on its first
appearance)", atau "oleh contoh pertama(by first
instance)". Ianya digunakan oleh undang-undang
moden Inggeris yang menunjukkan bahawa pada
pemeriksaan yang pertama, satu bahan nampak
menandakan buktinya sendiri daripada fakta-fakta.
• Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat.

Contoh: Akta Kerajaan Tempatan 1976

97. Mengeluarkan mayat dari kubur.

(1) Tiada seorang pun boleh mengeluarkan sesuatu mayat


atau sesuatu bahagian dari sesuatu mayat dari kubur
dalam kawasan pihak berkuasa tempatan melainkan –
a) dengan perintah Mahkamah Majistret bagi maksud
penyiasatan kehakiman; atau……
• Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan
kejelasan dipentingkan.

Contoh: Akta Kerajaan Tempatan 1976

76. Memusnahkan tikus.


Jika Pegawai Kerajaan berpendapat bahawa sesuatu premis
adalah diharu oleh sebegitu banyak tikus, burung atau lain-lain
vermin hingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang-
orang dalam rumah itu atau kesihatan masyarakat, dia boleh
menyampaikan notis kepada pemunya atau penduduk premis
itu meminta dia mengambil apa-apa langkah sebagaimana
yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa tempatan itu untuk
memusnahkan tikus, burung atau lain-lain vermin itu dan……
Laras Bahasa Undang-Undang
• Tiada graf, jadual atau gambar dan sebagainya.
• Binaan ayat adalah panjang.
Laras Bahasa Media Massa
• Berita disampaikan dengan bahasa yang paling mudah diterima
pendengar dan pembaca.

Contoh:
SOSILAWATI TIDAK DIROGOL
KUALA LUMPUR: Sosilawati tidak dirogol! tegas Pengarah Siasatan
Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan
laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis
menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh
dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.

(Berita Harian, 25 September 2010)


Laras Bahasa Media Massa
• Laras media massa tidak mementingkan
tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung.

Contoh:
Hakim terima rasuah RM165j
Tak Boleh Sorok Lagi
Keputusan bekas polis bunuh budak 5 Oktober
Laras Bahasa Media Massa
• Jarang mengandungi istilah teknikal dan khusus.

• Contoh:
WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA),
Amerika Syarikat (AS) menimbang untuk meningkatkan amaran
bahawa katil untuk menggelapkan kulit yang digunakan jutaan
rakyat Amerika Syarikat (AS) boleh meningkatkan risiko mendapat
penyakit kanser, lapor sebuah akhbar semalam.

Semakin ramai saintis yang berpendapat bahawa alat berkenaan


boleh menyebabkan penggunanya mendapat kanser kulit
termasuk melanoma.

You might also like