You are on page 1of 37

LARAS BAHASA MELAYU:

ANALISIS LARAS IKLAN DAN


LARAS BURSA SAHAM
Ciri-ciri Keperihalan

Situasi Luaran
 Kedua-dua laras ini adalah bersifat sinkronik.
 Iklan dihasilkan oleh golongan yang terlibat
dalam lapangan perniagaan.
 Bursa saham diuruskan oleh badan-badan
yang tertentu.
 Kedua-dua laras dihasilkan oleh masyarakat
terbuka.
 Laras iklan bertujuan  mendapat keuntungan
semaksimum mungkin.
 Laras iklan juga bertujuan  melariskan serta
memberitahu masyarakat tentang sesuatu
barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat.

 Laras bursa saham bertujuan  mendorong


pihak-pihak tertentu melibatkan diri dalam
kegiatan ekonomi asalkan mempunyai modal
untuk melabur dan sanggup menerima risiko.
Situasi Persekitaran
a) Cara Penyampaian

 Laras iklan disampaikan melalui saluran media massa


seperti televisyen, akhbar dan majalah.
 Saluran maklumat penting untuk mendapatkan
keuntungan semaksimum yang mungkin.

 Laras bursa saham disampaikan melalui media seperti


akhbar-akhbar tempatan atau majalah-majalah tertentu.
 Laporan harian di akhbar penting bagi pelabur untuk
mengetahui keuntungan atau kerugian yang dialami
dalam pelaburan.
b) Hubungan Sosial

o Laras iklan menunjukkan hubungan sosial yang formal


iaitu antara peniaga dengan pengguna.
o Peniaga tidak dikenali dan pengguna hanya mengetahui
barangan yang diiklankan.

 Laras bursa saham menunjukkan hubungan sosial yang


formal iaitu antara orang yang menjalankan urusan
saham dengan pelabur.
 Pelabur tidak mengenali penulis manakala penulis
hanya menyampaikan segala fakta yang ingin diketahui
oleh pembaca.
c) Fungsi Sosial Perlakuan Bahasa

 Laras iklan dan laras bursa saham


 tidak mempunyai fungsi sosial perlakuan
bahasa kerana hubungan antara mereka adalah
terlalu formal dan tidak terdapat hubungan
peribadi.
d) Bahan yang Diperkatakan

 Laras iklan mempunyai nama barangan yang hendak


diiklankan untuk maklumat pengguna.
 Contoh  Forest’s Secret.
 Terdapat unsur pujukan kepada pengguna dan pujian
untuk barang yang diiklankan.

 Laras bahan ekonomi memperkatakan tentang urus


niaga dalam bursa saham.
 Berbentuk laras ilmiah kerana dirujuk dan digunakan
oleh golongan tertentu sahaja .
Ciri-ciri
Linguistik
Aspek Sintaksis :

Penyongsangan ayat
a) Menyedari kepentingan air terhadap penjagaan kelembapan
kulit, Shu Uemura memperkenalkan rangkaian produk
kecantikan muka.
b) Dirumuskan dengan Depsea Water TM dan Vitasea Ferment
TM, Depsea Hydrability menggabungkan kuasa semula jadi
dengan kebijaksanaan sains untuk menghasilkan penyelesaian
kelembapan yang hebat dan membuatkan kulit mendapat
kelembapan selama 24 jam dan terasa licin, lembut dan halus.
c) Dengan menggunakan FTE, ia membantu melembapkan kulit
dan mempertingkatkannya kembali supaya ia menjadi lembut.

Ayat (a) dan (b) telah mengalami pendepanan frasa kerja manakala
ayat (c) telah mengalami pendepanan frasa sendi nama.
Pengguguran
Subjek
Ayat Tunggal

Ingin memenangi sebuah proton Saga


edisi baru?

Dalam ayat di atas, kita sedia maklum bahawa


subjek ayat adalah ‘anda’ walaupun subjek ayat
tidak dinyatakan.
Ayat Majmuk
a) Jangan lepaskan peluang mengunjungi Sembilan cawangan Forest’s
Secret yang mengambil bahagian.
1) Anda jangan melepaskan peluang mengunjungi Sembilan cawangan
Forest’s Secret.
2) Sembilan cawangan Forest’s Secret mengambil bahagian.

Anda jangan melepaskan peluang mengunjungi Sembilan

Ø cawangan Forest’s Secret. 

Subjek ayat (a) telah digugurkan dan ayat yang digunakan hanya
terdiri daripada predikat ayat. Dalam ayat yang terhasil, imbuhan
meN- dalam ayat ini telah digugurkan dan ayat yang paling lengkap
sebelum peleburan telah dihasilkan.
a) Jadikan gaya hidup yang sihat teman anda di samping merebut
peluang memenangi hadiah terkumpul yang ditawarkan.
1) Anda menjadikan gaya hidup yang sihat teman anda.
2) Anda merebut peluang memenangi hadiah terkumpul.
3) Hadiah terkumpul ditawarkan.
Anda menjadikan gaya hidup yang sihat teman anda.

Ø
Anda merebut peluang memenangi hadiah terkumpul.

Ø
Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan relatif yang tidak
dinyatakan subjek ayat tetapi kita sedia maklum daripada
iklan ini bahawa subjek ayat ialah ‘anda’. Apabila subjek ayat
ini diselitkan, ayat majmuk yang lengkap dengan predikat
akan terhasil.
Ayat Majmuk
Gabungan
a) Forest’s Secret turut memasarkan produk
kesihatan seperti makanan, kesihatan, kosmetik
dan minyak kelapa dara.
1) Forest’s Secret turut memasarkan produk
makanan.
2) Forest’s Secret turut memasarkan produk
kesihatan.
3) Forest’s Secret turut memasarkan produk
kosmetik.
4) Forest’s Secret turut memasarkan produk minyak
kelapa dara.
[Forest’s Secret] + [turut memasarkan produk makanan] +

Tanda koma
Forest’s Secret turut memasarkan produk makanan
 
[Forest’s Secret] + [turut memasarkan produk kesihatan] +

Tanda koma
Ø turut memasarkan produk kesihatan
 
[Forest’s Secret] + [turut memasarkan produk kosmetik] +

Tanda koma
Ø turut memasarkan produk kosmetik
 
[Forest’s Secret] + [turut memasarkan produk minyak kelapa dara.]

dan
Ø turut memasarkan produk minyak kelapa dara 
 Dalam ayat 1,2,3 dan 4, ketiga-tiganya
mempunyai subjek yang sama iaitu frasa nama
Forest’s Secret manakala sebahagian
predikatnya, iaitu kata kerja memasarkan juga
sama.
 Oleh itu, subjek dan kata kerja dalam ayat 2, 3
dan 4 digugurkan untuk membentuk ayat
majmuk gabungan.
Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan dahi, hidung, dagu, luar sudut mata, pipi,
sekitar mulut dan rahang.

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan dahi. ] +


Tanda koma

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan dahi.

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan hidung] +

Tanda koma

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan hidung.

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan dagu. ] +

Tanda koma

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan dagu


[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan luar sudut mata. ] +
Tanda koma

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan luar sudut mata.


[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan pipi. ] +

Tanda koma

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan pipi.

[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan sekitar mulut. ] +

Tanda koma

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan sekitar mulut.


[Tujuh zon kulit itu] + [merangkumi kawasan rahang. ] +

Tanda koma

Tujuh zon kulit itu merangkumi kawasan rahang.


Ayat Majmuk
Pancangan
a) Misalnya, apabila zon kulit pipi mengalami
kekeringan, FTE meningkatkan tahap kelembapan di
samping mengawal tahap sebum di zon dahi.
1) Zon kulit pipi mengalami kekeringan.
2) FTE meningkatkan tahap kelembapan.
3) FTE mengawal tahap sebum di zon dahi.

Ketiga-tiga ayat ini bergabung untuk menghasilkan


ayat majmuk pancangan keterangan dengan
penggunaan kata keterangan ‘apabila’ .
b) Peraduan yang julung kali diadakan jenama itu
terbuka kepada orang ramai selama empat bulan.
1) Peraduan jenama itu diadakan julung kali.
2) Peraduan jenama itu terbuka kepada orang ramai
selama empat bulan.

Penggunaan kata relatif ‘yang’ telah dalam ayat ini


telah membentuk ayat majmuk pancangan relatif.
Ayat Campuran
a) Keadaan ini secara tidak langsung menjejaskan keseimbangan
mikro iklim pada tujuh zon kulit muka sehingga menyumbang
kepada masalah kulit termasuk berminyak, kekeringan serta
wujud garis halus.
1) Keadaan ini secara tidak langsung menjejaskan
keseimbangan mikro iklim pada tujuh zon kulit muka.
2) Keadaan ini menyumbang kepada masalah kulit
berminyak.
3) Keadaan ini menyumbang kepada masalah kulit
kekeringan.
4) Keadaan ini menyumbang kepada masalah kulit wujud
garis halus.

Penggunaan kata keterangan akibat ‘sehingga’ dan kata


hubung ‘serta’ telah membentuk ayat majmuk campuran.
b) Kajian menunjukkan air di dasar laut dalam mengandungi
Vitasea Ferment TM, sejenis enzim keupayaan melembap
yang disaring daripada organisma hidupan spesies pertama di
muka bumi ini dan boleh didapati di kolam air panas 2,000
meter(m) pada permukaan laut.
1) Kajian menunjukkan air di dasar laut dalam mengandungi
Vitasea Ferment TM.
2) TM, sejenis enzim keupayaan melembap.
3) TM disaring daripada organisma hidupan spesies pertama di
muka bumi ini.
4) TM boleh didapati di kolam air panas 2,000 meter(m) pada
permukaan laut.

Penggunaan kata relatif ‘yang’ dan kata hubung ‘dan’ telah


membentuk ayat campuran.
Unsur Pujukan kepada Pembeli
a) Mudah saja, beli barangan Forest’s Secret bernilai
RM50 minimum, anda mungkin antara peserta yang
bakal membawa pulang pelbagai hadiah menarik
peraduan Beli dan Menang Forest’s Secret yang
dilancarkan bermula 12 Januari yang lalu.
b) Penghidap diabetes sesuai menggunakan gula itu
berikutan kuantiti yang sedikit sudah mampu
menghasilkan 1001 rasa kerana dengan secubit gula
daripada daun Stevia, anda boleh mengadun secawan
kopi mahu minuman kegemaran untuk dinikmati
segera.
Unsur Pujian terhadap Barangan

a) Kulit akan terasa lembap, lega serta lembut


dengan serta-merta.

b) Tekstur yang lembut membolehkan urutan dapat


dilakukan dan kulit berasa segar manakala
haruman uniknya membuatkan anda berasa
rehat.
 Kebanyakan ayat dalam laras bursa saham
memaparkan penggunaan ayat majmuk
campuran.

 Hal ini disebabkan banyak fakta yang


diperkatakan dan perlu dijelaskan secara
mendalam dan terperinci.
a) Pada bulan Oktober 2009, Indeks Komposit Kuala
Lumpur FBM masih bertahan pada paras 1200 mata dan
terus meningkat hingga mencecah paras 1267.10 mata
pada 23 Oktober 2009.
1) Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM masih
bertahan pada paras 1200 mata pada bulan 23
Oktober 2009.
2) Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM terus
meningkat.
3) Peningkatan ini mencecah paras 1267.10 mata pada
23 Oktober 2009.
 
Ketiga-tiga ayat tunggal ini bergabung untuk
membentuk ayat majmuk campuran dengan
menggunakan kata hubung ‘dan’ dan ‘hingga’.
Aspek Leksikal
Iklan Bursa Saham
Tidak terdapat istilah Penggunaan istilah khusus
• Keuntungan bersih
khusus • Dividen
Terdapat unsur pujukan dan • Rizab
pujian terhadap pembeli • Faedah
• Kaedah tukaran
dan juga barangan
• Dana
 Hadiah lumayan
Penggunaan angka-angka
 Licin tertentu yang mempunyai
 Lembut pengertian tertentu.
• 10755 juta unit saham
 Halus • 27.57 mata
• 7.49 peratus
Ketenunan
 Kedua-dua petikan memperlihatkan unsur
ketenunan yang berlainan walaupun kedua-duanya
mempunyai unsur ini.
 Dalam petikan laras iklan, unsur ketenunan yang
digunakan ialah dengan mengulang nama barangan
yang diiklankan.
 Perkataan ‘Forest’s Secret’ diulang-ulang untuk
memperlihatkan jenama barangan tersebut yang
diiklankan kepada bakal pembeli.
 Dalam petikan laras bursa saham pula, unsur
ketenunan yang digunakan ialah bentuk pengulangan
beberapa kata penting seperti ‘indeks’, ‘pasaran’ dan
‘pasaran hadapan’.
 “Di pasaran saham global, Indeks Dow Jones naik
sebanyak 377.27 mata (empat peratus ) kepada
9864.94 mata jika dibandingkan dengan indeks pada
akhir minggu sebelumnya. ”
 Dalam contoh di atas, kata ‘indeks’ diulang dalam
ayat yang sama untuk menunjukkan bahawa aspek
yang diperkatakan mempunyai kepentingan dalam
urusan bursa saham yang dilakukan.
Kesimpulan

 Oleh itu, jelaslah bahawa kedua-dua laras ini


mempunyai perbezaan yang amat ketara dari
segi ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik
terutamanya dari aspek sintaksis dan leksikal.

You might also like