You are on page 1of 4

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru

perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf.


Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi
membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas
ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009).

Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej
atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir
melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan
yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap
penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini
terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap
boleh disimpulkan seperti berikut:

Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah
huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh
guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan
mengecam huruf abjad.
Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan
semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu.
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih
dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim
Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan
serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula
pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.
Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta
bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan.
Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan
cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan
dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan
suku kata itu. Misalnya untuk perkataan “buku”, mula-mula disebut nama huruf bi dan
yu diikuti penyebutan bunyi suku kata “bu”; kemudian disebut nama huruf ke dan yu
dikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan “buku”.
Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan
bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai,
umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata.
Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu
konsonan dengan satu vokal atau diftong. dengan satu vokal atau diftong.
Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah
dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata.
Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan.
Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku
kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya,
kaedah ini menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca.

Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang
banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah
ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan
kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada
mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini.

Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan
dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan.
(http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com, 2009).

Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan
membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan
kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf
secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain
untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’ tetapi
disebut ‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya.
Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri
daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan
mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan
baru.
Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah
perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam
perkataan-perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum
mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah
dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang
dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa,
mereka diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula
dengan huruf dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza.

Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman). Kaedah inijuga


dikenali dengan ‘kaedah perkataan’, ‘kaedah rangkai kata’, dan ‘kaedah ayat’.
Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan
bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan
bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu.
Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu
menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap
rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran
dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili
maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut.

Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsur-
unsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini
berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada
perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat murid-murid daripada perkataan.
Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang
mudah, contohnya:
Ini meja
Ini kerusi
Itu buku
Itu bola
Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah,
misalnya:
Ini meja saya
Ini kerusi guru
Itu buku saya
Itu bola Ahmad
Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat
peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah.
Dengan cara ini juga perkataan-perkataan yang baru dapat diperkenalkan.

Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan


kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan
menulis dan membaca satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian
murid-murid disuruh mengulangi membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian
murid-murid ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk kalimat itu.
Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam kalimat-kalimat
baru.
Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan diperkenalkan.
Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk membentuk
kemampuan mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.

You might also like