You are on page 1of 16

Rumusan HBAE1403 PSV

MENGGAMBAR
- Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi
dan kemahiran murid.
- Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap
aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
- Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.
- Kegiatan yang dicadangkan untuk membuat gambar ialah seperti lukisan, catan,
cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek.
- Aktiviti menggambar dapat memberi kesedaran terhadap Asas Senireka dalam hasil
kerja.
- Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
- Menggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.
- Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata.
- Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej
mental seseorang.
- Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan
hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
- Bidang menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap
umur murid.
- Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
- Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat
penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.
- Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi
dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari
aspek estetik.

LUKISAN
- Lukisan didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran
dengan menggunakan berbagai jenis media kering. Ianya dilakukan di atas permukaan
yang rata.
- Lukisan dihasilkan dengan menggunakan berbagai media kering.
- Setiap alat, media dan bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai kesan
garisan, ton yang tertentu.
- Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan tertentu adalah amat penting dan
perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan sesebuah lukisan.
- Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan
pelbagai teknik.
- Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan bergantung kepada
kesan jalinan sesuatu permukaan.
- Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah amat penting supaya
pengajaran dan pembelajaran lebih teratur.
- Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira dalam sesebuah lukisan yang
bermutu.
- Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna.
- Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan
menghasilkan lukisan yang terbaik.
- Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting dijalankan setelah selesai
mengadakan aktiviti lukisan.
- Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkah-langkah yang
tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar.

KEGIATAN MEMBUAT CATAN


- Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata.
- Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata.
- Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D.
- Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna
sebagai bahan untuk menghasilkan gambar.
- Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan
campuran warna dan air.
- Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal.
- Warna air bersifat lutsinar dan lembut.
- Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas.
- Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di
permukaan kanvas.
- Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas.
- Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan
dinding/mural.
- Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan.
- Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri.
- Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan.
- Warna asas terdiri daripada tiga warna.
- Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas.
- Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder.
- Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam.
- Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna.
- Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda
warna.
- Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada
sesuatu objek.
- Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti
yang berbeza.
- Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna
asas, sekunder atau tertier.
- Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya
setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol.
- Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ


• Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.
• Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal,
menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
• Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan
terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
• Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai
kegunaannya yang tersendiri.
• Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung
kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.
• Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada
setiap kolaj yang dihasilkan.
• Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih
dahulu.
• Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
• Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk
mendapatkan idea atau tema.
• Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan
dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj.
• Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan
kejadian sebenar.
• Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan
individu.
• Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti
kolaj yang hendak dijalankan.
• Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif,
tahap simbolik, dan tahap realistik.
• Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan
mendapatkan keseronokan.
• Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan
suka terhadap sesuatu benda.
• Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh
meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ


- Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari
berbagai sumber atau sumber yang sama.
- Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.
- Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti
montaj.
- Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
- Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan
komputer dalam menghasilkan montaj.
- George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna basah (seni halus) dan elemen-
elemen fotografi superimpose dalam karya montajnya.
- Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj
dalam seni rupa moden.
- Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah diadakan di German pada 1931.
- Murid-murid di tahap dua perlu didedahkan dengan membuat penerokaan
berdasarkan pemerhatian dengan menggunakan komputer dalam aktiviti seni.
- Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan
kemudahan yang ada.
- Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.
- Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap,
alam benda, figura dan corak huruf.
- Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan
dalam hasil kerja.
- Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan
keseragaman.
- Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk
menarik perhatian pemerhati.
- Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk
mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.
- Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid
menghasilkan montaj.

KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN


• Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi
dengan menggunakan dakwat.
• Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
• Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan
dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
• Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata.
• Chew Teng Beng dan Long Thien Shih adalah di antara pakar seni grafik tanahair.
• Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam
semulajadi, alam benda dan bahan terbuang.
• Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan,
pertengahan dan tahap lanjutan.
• Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih
adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan.
• Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
• Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira
terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.
• Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
• Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah
dihasilkan.
• Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian
masalah.
• Aktiviti cetakan di tahap lanjutan merujuk kepada pendekatan Âopen minded
problemÊ.
• Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu
sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN


• Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu
permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang
hendak dipindahkan.
• Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar,
meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
• Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh
dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari
benda buatan manusia.
• Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.
• Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal
lama.
• Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.
• Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah
rosak.
• Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan
semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.
• Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik.
• Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk
menghasilkan kerja yang baik.
• Gabungan beberapa kegiatan menggambar adalah satu hasil kerja yang unik.
• Cadangan-cadangan positif dan negatif yang dikemukakan sekurangkurangnya dapat
memberi perubahan dan mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di
antara guru dan murid di masa akan datang.

KEGIATAN MEMBUAT RESIS


• Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-
warna basah dan contengan lilin.
• Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau
terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
• Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas
permukaan kertas.
• Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis.
• Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan
bahan dalam kegiatan menggambar.
• Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai
menggantikan alatan biasa yang digunakan.
• Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis.
• Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis.
• Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke
permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
• Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas.
• Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis.
• Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses
menghasilkan resis.
• Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin
pada corak batik.
• Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang
terdapat pada kain tersebut.
• Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat
pada permukaan kain tersebut.
• Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan
induktif, deduktif, empati dan interaktif.

KEGIATAN MEMBUAT PERCIKAN


• Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana
sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
• Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan
memercik.
• Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai
jenis, warna-warna basah dan kertas.
• Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang
menarik.
• Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas.
• Percikan dan titikan atau ÂstipplingÊ adalah dua kaedah yang berlainan.
• Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas.
• Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan
warna basah terlebih dahulu.
• Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna.
• Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama.
• Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan.
• Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal.
• Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata.
• Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan.
• Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan
percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini.
• Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-
tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.
• Apresiasi seni yang dijalankan di sekolah rendah haruslah dijalankan secara konkrit
dan skop yang terhad.
• Perbincangan yang hendak dijalankan oleh guru dan murid-murid haruslah menarik
minat murid.
• Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada
hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting.
• Guru patut menggalakkan murid memberi komen secara Âopen endedÊ.
• Guru perlu menggunakan soalan-soalan yang positif kepada murid apabila membuat
perbincangan.
• Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut
perspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik.
• Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal
dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna.
• Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan
sikap yang positif.
• Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu
hasilkerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan,
tujuan dan objektif.
• Guru memainkan peranan yang penting dalam menjalankan apresiasi seni.
• Perkara-perkara yang perlu diambilkira apabila menjalani proses menganalisa kerja
seni ialah dari aspek tokoh, tajuk/tema, masa, Âsubjek matterÊ, alatan, media, teknik,
asas senireka, sejarah dan kejayaan sesuatu konsep atau idea.
• Penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk skala dari satu (lemah) hingga
sepuluh (terbaik).
• Pelukis barat yang banyak mengaplikasikan hasil karyanya dalam aktiviti percikan
ialah Jackson Pollock.

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK


• Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan
tertentu di atas permukaan rata.
• Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat
tetapi masih meninggalkan ruang latar.
• Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia
mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
• Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik
mozek.
• Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam
sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.
• Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methodÊ, Âindirect
methodÊ dan Âdouble direct methodÊ.
• Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan,
bahan dan media.
• Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada
satu bentuk sahaja.
• Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan
sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.
• Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan
prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
• Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.
• Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih
menarik.
• Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.
• Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk
menampal.
• Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja
seni.
• Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.
• Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara Âstudio aktiviti centred methodÊ.
• Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada Âteacher centredÊ dan
terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, Âanecdotal accountsÊ dan artis
terkenal sahaja.
• Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian, pemerhatian, cara
berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang lebih
meluas, perbincangan tentang isu-isu social dan kritikan membina. • Apresiasi seni
boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi
dan penilaian.

Topik 1 Membentuk dan membuat binaan


• Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan jisim atau isi padu objek, reka bentuk dari setiap posisi dan lokasi serta
fungsinya.
• Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu
penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.
• Menstruktur objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan tidak
boleh diambil remeh. Ia mesti diolah dengan sebegitu teliti dan rapi kerana kekuatan
struktur akan mempengaruhi terhadap keteguhan dan ketepatan hasil dapatan.
• Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri
kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan topik binaan.
• Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa elektrik seperti pengisar kertas untuk
membuat paper mashe, mesin untuk menggaul paper mashe, mesin perata dan mesin
penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan
bermakna.
• Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan.
Mobail perlu digantung, stabil statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama
dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami perlukan penampilan
ruang hias yang bertutup seperti almari cermin.
• Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan
kelihatan cantik dan menarik.

KATA KUNCI
Asemblaj
Papier Mache
Mobail
Perspek
Origami
Topeng Serkup
Tumbnail-print

Topik 2 Arca
• Dari aspek sejarah kewujudan arca dikaitkan dengan ritual.
• Setelah berlakunya proses pemodenan, arca tidak semata-mata untuk ritual tetapi ia
juga digunakan sebagai hiasan dan gunaan.
• Arca seterusnya berkembang luas kerana penerimaan masyarakat dan penggunaan
pelbagai media mengikut pengaruh aliran atau isme.
• Sebuah arca yang menarik perlu menekankan unsur seni, prinsip rekaan dan struktur
rekaan.
• Penghasilan sebuah arca perlu mengikut urutan proses.

KATA KUNCI
Abstrak
Asemblaj
Konotasi
Konseptual
Magis
Mobail
Papier Mashe
Representasi
Stailisasi
Tumbnail-print

Topik 3 Origami
• Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang berasaskan kertas, plastik dan
kain.
• Untuk menghasilkan origami yang baik, tip-tip dalam melipat dan membentuk kertas
perlu diikuti dan diperhalusi.
• Kelainan kualiti kertas, warna kertas dan cara melipat kertas mempengaruhi terhadap
hasil origami.
• Peragakan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan. Origami yang
berasaskan kain lebih sesuai untuk penampilan di meja makan dan barangan hantaran
perkahwinan manakala origami kertas lebih kepada hiasan.

KATA KUNCI
Adhesive
Dandelion
Elegan
Kertas Ingres
Miniature
Peraga
Tessellation

Topik 4 Asemblaj
• Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam aliran “abstrak-ekperssionisme”.
• Asemblaj dinukilkan secara dua dimensi , tiga dimensi atau kedua-duanya sekali.
• Dibentuk melalui gabungan pelbagai bahan terutamanya bahan terbuang yang bersifat
pejal dan tahan lama.
• Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka bentuk semula
bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan estetik.
• Objek digabung melalui teknik kimpalan, skru, bol dan nat, gam, tanggam dan ikatan.
• Komposisi objek membentuk cerita, konotasi makna dan rentetan peristiwa. Ini
bermakna semakin besar gabungan objek yang dibina, semakin besar makna dan
cerita.
• Di Malaysia asemblaj mula mendapat perhatian secara lebih mendalam selepas 1990-
an.
• Asemblaj memerlukan ruang, kesepaduan bentuk dan paksi simetri yang stabil.
Biarpun begitu, asemblaj boleh digabungkan dengan arca kinetik dan mobail.

KATA KUNCI
Anggun
Ciplak
Gagasan
Kimpal
Konotasi
Proto-taip

Topik 5 Stabil

• Stabil berbentuk realis dan abstrak. Kebanyakan stabil realis mengambil imej daripada
bentuk alam semula jadi seperti buah-buahan, alat senjata, barang-barang domestik
rumah, figura manusia dan binatang.
• Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan
formal di Philadelphia, Amerika Syarikat.
• Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930.
Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak
membuat arca daripada besi. Kebanyakan arca Calder bersaiz besar dan
menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil.
• Stabil perlukan simetri yang baik. Justeru itu stabil boleh bersifat simetri tulen dan
tidak tulen.
• Pedestal diperlukan untuk membentuk konsep stabil yang lebih mantap.
• Stabil boleh dihasilkan menggunakan pelbagai alat dan bahan yang hampir sama
dengan arca-arca yang lain.
• Struktur diperlukan sebagai kerangka stabil. Seterusnya dilengkapkan dengan bahan
yang sesuai dengan konsep arca.
• Kemasan stabil berkaitan dengan kesesuaian peragaan. Contohnya: arca di luar
bangunan menggunakan kemasan cat alas, cat kilat dan krom.
• Peragaan stabil lebih banyak dibuat di luar. Stabil perlukan ruang dan persekitaran.

KATA KUNCI
Abstrak
Mobail
Naratif
Pedestal
Realis
Satah
Simetri

Topik 6 Mobail

• Mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan
jurutera Amerika Syarikat.
• Konsep mobail dikaitkan dengan objek apungan di udara tetapi mempunyai konsep
simetri yang menarik.
• Simetri mobail boleh bersifat tulen atau tidak tulen.

• Alat dan bahan mempengaruhi bentuk mobail. Bagaimanapun apungan yang baik
berkaitan dengan bahan yang ringan, tipis dan tahan lama.
• Cantuman komponen mobail dibuat secara pateri/ kimpalan, gam plastik, skrew,
jahitan dan tanggam.
• Kemasan mobail boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti
syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.
• Peragaan mobail boleh dilakukan di tempat terbuka seperti di padang, tanah lapang,
puncak gunung, puncak bangunan dan puncak pokok. Manakala peragaan di tempat
tertutup mungkin dilakukan di dalam bangunan, dalam dewan, antara bangunan dan
bilik darjah.

KATA KUNCI

Adaptasi
Ambient
Fancy
Futuristik
Gergaji jig
Kekangan
Klise
Konstruktivisme
Luluhawa
Manual
Monumen
Plagiarism
Ragum

Topik 7 Model

Proses membentuk dan membuat model merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian bentuk model tersebut. Perancangan rapi
dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-
benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pereka. Pengetahuan mengenai alat
dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian
terhadap bentuk model yang akan dipersembahkan. Penampilan model yang
kontemporari akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan bentuk-
bentuk model yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

KATA KUNCI
Apresiasi
Ekspresi
Imaginasi
Inovatif
Kontemporari
Warna Tempera

Topik 8 Boneka
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan
mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar
relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan
bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian
terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan
menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang
bersesuaian dengan jalan cerita.

KATA KUNCI
Apresiasi
Ekspresi
Imaginasi
Inovatif
Kontemporari
Warna Tempera

Topik 9 Aplikasi alat, media dan teknik


Proses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan
mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar
relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan
bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian
terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan watak-watak
topeng akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak
yang bersesuaian dengan jalan cerita.

KATA KUNCI
Apresiasi
Ekspresi
Imaginasi
Inovatif
Kontemporari
Papier Macher
Warna Tempera

Topik 10 Diorama
• Diorama mula mendapat perhatian umum dalam dunia seni pada abad ke sembilan
belas.
• Konsep diorama dikaitkan dengan catan yang besifat dua dimensi dan figura yang
bersifat tiga dimensi.
• Diorama banyak mengesahkan mengenai sejarah, sains, alam sekitar dan sastera
rakyat.
• Diorama menggabungkan objek-objek yang berbagai: dibentuk, dimodel, dicetak dan
bahan semulajadi yang diperagakan semula. Sifat objek telah melalui proses adaptasi
ruang dan bentuk serta konsep ambient.
• Komponen objek diorama dibuat secara pateri atau kimpalan, gam plastik, skrew,
jahitan dan ikatan.
• Kemasan diorama boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti
syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.
• Peragaan diorama di tempat tertutup. Untuk mengelakkan daripada gangguan
sipemerhati terhadap objek-objek yang dipamer, cermin diaplikasikan di bahagian
hadapan untuk menghindar daripada kerosakkan diorama.

KATA KUNCI
Artistik
Figura
Fiksyen
Idealistik
Imaginasi
Imej
Kemasan
Kontekstual
Kontemporari
Naratif
Nukil
Real
Simple

Dicatat oleh imann di 8/28/2010 1

Khamis, 2009 November 26

Contoh Soalan HBAE1403 - PSV

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

1. Terdapat berbagai-bagai jenis alat, media dan bahan yang digunakan untuk kegiatan
membuat lukisan.
Nyatakan EMPAT faktor yang mempengaruhi kesan lorekan pensil dan garisan yang dihasilkan.

2. Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan
sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggunakan bahan tertentu.
Apakah DUA manfaat yang diperolehi oleh pelajar dari kegiatan ini?

3. ‘Dalam aktiviti mewarna, penggunaan warna yang dicampur lebih dari satu warna akan
menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan hanya penggunaan satu warna sahaja.’
Jelaskan kenyataan di atas.

4. Resis boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah
dan contengan lilin.
Senaraikan EMPAT contoh teknik resis yang boleh dijalankan kepada murid-murid.

5. ‘Ia adalah satu hasil catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus
yang akan menghasilkan kesan a speckaled granite.’
Namakan aktiviti kegiatan menggambar tersebut serta jelaskan DUA kesan yang menentukan
kesan warnanya pada permukaan.

Bahagian B

ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna
sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Proses mencatan memerlukan pengkaryanya
memahami jenis alat dan media yang digunakan serta kemahiran mewarna dengan betul bagi
menghasilkan catan yang menarik.

(a) Nyatakan TIGA jenis teknik mewarna.


(b) Dengan menggunakan jadual, buat perbandingan di antara KETIGA-TIGA teknik mewarna
yang dinyatakan di atas.
2. Arang merupakan media melukis tertua didunia yang digunakan pada abad ke-17 dan ke-18
pada dinding gua. Ia dihasilkan dari batang kayu yang dibakar.

(a) Apakah perbezaan antara kesan pensil dan arang?


(b) Huraikan kelebihan-kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan.

3. Cetakan merupakan satu proses ulangan imej dari satu permukaan yang disediakan ke atas
satu permukaan lain.

(a) Berikan maksud Cetakan Duo.


(b) Huraikan cara bagaimana menghasilkan Cetakan Duo beserta contoh.

4. Di dalam kehidupan ini manusia menggunakan warna bagi mengekspreskan sesuatu tujuan.

(a) Nyatakan faktor-faktor bagaimana manusia menterjemahkan warna dalam kehidupan.


(b) Huraikan faktor-faktor di atas dengan besertakan contoh yang sesuai.

5. Dalam proses menganalisis sesuatu hasil kerja seni, guru memainkan peranan penting
sebagai pembimbing kepada murid-murid dalam sesi apresiasi.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan apresiasi?


(b) Apakah konsep apresiasi.
(c) Huraikan LIMA BELAS perkara yang perlu diambil kira dalam proses tersebut.

BAHAGIAN C

ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

Gambar 1

Gambar 2
Berdasarkan kedua-dua karya di atas;

(a) Buatkan perbandingan dari segi tema, teknik, alat, media dan bahan.
(b) Nilaikan prinsip rekaan yang terdiri daripada imbangan, penegasan dan harmoni yang
terdapat dalam karya tersebut.

2. Dalam mempersembahkan sesuatu hasil karya seni, faktor-faktor seperti membuat penilaian,
membuat kritikan, berkomunikasi, ekspresi diri, luahan perasaan, diskusi serta bersoal jawab
seringkali dikaitkan.
Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai. Bincang LIMA unsur penilaian hasil
kerja seni.

You might also like