You are on page 1of 12

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Disediakan oleh:
Nur Adilah bt Hamzah
Penilaian aktiviti bahasa boleh dilakukan pelbagai bentuk iaitu
bentuk seperti:

Forum
Syarahan

Debat

Ceramah

Pidato

Sajak
Pantun
Forum
Forum merupakan sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli
panel untuk melahirkan fikiran dan mengemukakan pendapat tentang
sesuatu tajuk.
Aktiviti seperti forum ini dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
Pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung.
Meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas
objektif, kreatif dan rasional.
Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar
selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk
mendapatkan ulasan selanjutnya .
Debat
Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang
sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-
masing sama ada pihak pertama yang terdiri daripada penyokong
tajuk dan pihak kedua pula membangkang tajuk itu.
Huraian yang dilontarkan atau yang diberi mestilah berpandukan
kepada fakta.
Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
Pihak pemnbangkang pula boleh mengangkat tangan dan meminta
izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan
sebaliknya.Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah
selesainya perdebatan. masa yang diberikan untuk sesi berdebat
akan ditetapkan.
Pidato
Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip
berdasarkan tajuk yang diberikan.
Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-
hujahnya di depan penonton.
Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi
interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan
fakta yang diketengahkan oleh pemidato.
Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kuat dan
kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan
ketika berhujah.
Isi pemidato : 40 markah
Markah bonus : huraian bersifat kedewasaan ( 4 markah)
Bahasa:
- melihat dari tatabahasa, gaya bahasa ( bahasa-bahasa yang
indah,laras bahasa, sebutan,intonasi,nada dan jeda ) pemidato.
- 30 markah
Penyampaian
- Kepetahan, kelancaran, keyakinan, gaya persembahan, isi,
ketertiban
- 30 markah
Adab
- Ucapan, tanda hormat
- 5 markah
Keistimewaan
- Perawakan peserta (tema)
- Isi-isi berkaitan dengan isu-isu terkini.
Pantun
Pantun merupakan satu bentuk puisi tradisional yang bersifat
peribumi.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk
kias ibarat, usik mengusik, dan puji-memuji.
Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud
“umpama” dan “ibarat”.
Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan Dari
perumpamaan atau bidalan menjadikan rangkap pantun
berkembang.
Pantun pada mulanya dua baris, kemudian empat baris dan
seterusnya lapan baris.
Sajak
Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden
yang lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti
pantun dan syair.
Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas. Baris
dan rentak dalam sajak juga tidak terhad.
Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk
hasilkan sajak.
Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait rapat
dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
Ceramah
Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu
disampaikan oleh orang yang pakar.
Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi
perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada
penonton.
Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
- Ceramah agama
- Ceramah pendidikan
- Ceramah kesihatan
- Ceramah kesedaran dan sebagainya
Syarahan
Aktiviti jenis ini mempunyai bentuk format yang khusus. Setiap syarahan

mestilah mempunyai :
- Kata alu-aluan atau pendahuluan
- Kata-kata penghadapan
- Isi atau perkara yang diketengahkan
- Penutup
Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan
secara teratur, mantap, dan berkesan.
Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-
contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
Sebagai langkah awal syarahan, penyediaan suatu rangka penulisan untuk
dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan.
Peringkat atau Langkah Kemahiran :
Persediaan
- Memahami tajuk dan kehendak soalan.
- Mengumpulkan idea dan isi-isi penting tentang tajuk syarahan
yang dterima. Menyusun idea-idea dan isi-isi dan membuat rangka
syarahan
Penulisan
- Menulis perenggan pendahuluan
- Mengembangkan isi-isi secara tersusun
- Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
Penyemakan
- Menyemak ejaan dan tanda baca
- Menyemak tatabahasa
- Menyemak jumlah perkataan
TAMAT SUDAH…. BYE..BYE…

HEHE..

You might also like