1.0 PendahuluanPerumpamaan merupakan satu bahagian daripada koleksi yang terkandung dalam peribahasa Melayu. Penggunaan perumpamaan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakatMelayu kerana perumpamaan merupakan satu warisan seni kiasan yang telah diwarisi olehmasyarakat Melayu sejak berkurun lamanya. Masyarakat dahulu kerap menggunakan perumpamaan dalam perbualan mereka seharian mereka dan menyebabkan bahasa perumpamaantidak luput dek zaman. Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakat terdahulukerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakan begitu halus dan sopan bagi membuat perbandingan dengan sesuatu perkara.Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan perkara yang berada di sekeliling kita. Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana,seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan. Sebagai contoh perkataan bagaiaur dengan tebing membawa maksud bermuafakat atau tolong-menolong. Oleh sebab itu,masyarakat dapat membezakan antara perumpamaan dengan penggunaan kata peribahasaMelayu yang lain kerana dibezakan dengan perkataan yang mengambarkan satu perbandinganyang berada di pangkal ayat tersebut. Namun demikaian, terdapat juga sesetengah perumpamaanyang tidak menggunakan perkataan-perkataan yang melambangkan perbandingan di pangkalayat contohnya seperti kata perumpamaan di sangka langit rendah, di pandang dekat dicapaitidak dapat (http://ms.wikipedia.org/wiki/Perumpamaan, 2010).Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkan bahawa masyarakat melayuterdahulu memiliki satu ketajaman minda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yangtinggi. Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akan mempunyai hubung-kaitnya dengan alam sekeliling. Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telahmenggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaan ini. Oleh sebab itu, dapatditegaskan disini bahawa perumpamaan yang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyaikaitan dengan kebijaksaan dan alam sekeliling.