Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BM SPM 2010 Percubaan SMJK Chung Hwa - ganos

BM SPM 2010 Percubaan SMJK Chung Hwa - ganos

Ratings: (0)|Views: 232 |Likes:
Published by ganos
BM CEMERLANG SPM GEMILANG
BM CEMERLANG SPM GEMILANG

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: ganos on Oct 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/10/2014

pdf

text

original

 
SULIT
PEPERIKSAAN PERCUBAANSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 1103/2
BAHASA MELAYUKertas 2Ogos2 ½ jam
 
Dua jam tiga puluh minitJANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
 Kertas soalan ini mengandungi
empat
 soalan
.2.
 Jawab
semua
soalan
.3.
 Jawapan bagi
Soalan 2
(
b
),
 
Soalan 2
(
c
),
Soalan 2
(
)
dan
 
Soalan 4
 
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 danTingkatan 5
.4.
 Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahandaripada pengawas peperiksaan.
5.
 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak 
Lihat sebelah
1103/2
 
©
2010 Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu
SULIT
 
UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAANSMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU,KELANTAN DARUL NAIM
 
SULIT
 
1103/2
Soalan 1 : Rumusan
[30
markah
]
Baca
 petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang 
keburukan menontonrancangan televisyen terhadap kanak-kanak dan usaha untuk mengatasinya
. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan
.
Dewasa ini banyak rancangan televisyen disiarkan bagi memenuhi cita rasasemua golongan masyarakat. Sejajar dengan perkembangan media massa di Malaysia, rancangantelevisyen yang kebanyakannya terdiri daripada genre aksi, komedi, cinta dan seram ditingkatkankeluarannya. Tanpa disedari, masyarakat terutamanya kanak-kanak mula terpengaruh olehrancangan televisyen. Mereka dikatakan menonton kerana inginkan ketenangan jiwa dan sudahketagihan pada rancangan tertentu. Ada juga yang memberikan alasan dangkal seperti bosantinggal di rumah seorang diri atau tidak ada kerja lain yang harus dilakukan selain menontontelevisyen. Biar apa pun alasannya, mereka ini kelihatan tidak menyedari keburukan disebaliknya.Kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan bahawa rancangan televisyen telah mempengaruhi kanak-kanak dalam pelbagai aspek. Salahsatu keburukannya ialah penerapan budaya barat yang turut dikenali sebagai ‘ budaya kuning’.Belakangan ini rancangan televisyen yang dibawa masuk dari luar negara melebihi penerbitantempatan . Rancangan televisyen ini kebanyakannya mengandungi unsur keganasan yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak kerana mampu membawa keruntuhan akhlak.Penggunaan bahasa kesat dan bahasa rojak secara berlebihan yang terdapat dalam rancangantelevisyen turut membawa keburukan kepada kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian keranakanak-kanak tidak dapat membezakan antara perkara yang baik daripada yang buruk. Akibatnya,kanak-kanak tidak akan dapat mempelajari bahasa yang betul. Hal ini juga bertentangan denganhasrat kerajaan untuk mewujudkan golongan masyarakat yang celik bahasa. Pelbagai kempenkerajaan untuk memperkasakan bahasa kebangsaan kita seperti “Budi Bahasa Budaya Kita” dan“Bahasa Jiwa Bangsa” sudah pasti tidak akan kesampaian.Menurut Dr. Kasmini Kassim, Pakar Perunding Psikiatri Keluarga dan Kanak-kanak,Hospital Pakar Damansara, kanak-kanak suka menonton televisyen , khususnya filem dankartun kerana terpengaruh oleh aksi watak wira dalam filem atau rancangan kartun itu. Yangmenjadi kebimbangannya ialah mereka akan meniru watak wira sehingga menjadi agresif danganas, terutamanya ketika menonton aksi watak wira menewaskan watak jahat. Sebenarnya,menonton rancangan televisyen seperti kartun yang terlalu banyak menyebabkan minda kanak-kanak mungkin
terperangkap antara dunia realiti dengan dunia fantasi 
. Sebagai contohnya,walaupun pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung dalam kelas, kanak-kanak akan berkhayal tentang rancangan televisyen tersebut. Kesannya, fokus kanak-kanak dalam kelassemakin berkurangan.Ketagihan pada rancangan televisyen akan menyebabkan kanak-kanak leka dan alpauntuk menyelesaikan kerja sekolah mereka. Kanak-kanak juga tiada lagi masa untuk menelaah pelajaran sehingga keputusan peperiksaan yang diduduki semakin menurun. Hal ini bertambahserius sekiranya kanak-kanak tidak insaf dan meneruskan perbuatan mereka menontonrancangan televisyen tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah. Secara tidak langsung,hal ini memberikan kesan terhadap pembentukan sahsiah, rohani, intelek , emosi dan sosialkanak-kanak. Sementara itu, rancangan televisyen juga menjejaskan kesihatan kanak-kanak seperti kekurangan tidur yang seterusnya mengakibatkan mereka mengantuk dan pening kepala.
©
2010 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu
SULIT
2
 
SULIT
 
1103/2
Menonton rancangan televisyen yang terlalu banyak juga merosakkan penglihatan akibat matatidak mendapat rehat yang secukupnya. Secara keseluruhannya, kesihatan fizikal dan mentalkanak-kanak akan terjejas jika menonton televisyen secara berlebihan.Segala keburukan televisyen terhadap kanak-kanak patut dikhuatiri, apatah lagi apabilamereka tidak dapat menikmati keseronokan semula jadi yang dialami pada peringkat umur iniserta akan berfikiran dan berkelakuan pasif. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan penting agar tabiat buruk anak-anak mereka tersebut dapat dijauhi sebelum mendatangkan kesanyang buruk, bak kata pepatah,
 sediakan payung sebelum hujan
. Kanak-kanak juga haruslahmenyedari bahawa bukan semua rancangan televisyen mendatangkan kebaikan.
(Disesuaikan daripada artikel “Keburukan Televisyen kepadaKanak-Kanak oleh Alysha Jaykant,
Dewan Siswa
, April 2008)
Soalan 2 : Pemahaman
[35
markah
]
Soalan 2(a)
 — 
Petikan Umum
 Berdasarkan petikan
 
Soalan 1
,
 jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)Berikan maksud rangkai kata
terperangkap antara dunia realiti dengan dunia fantasi”
.[2
markah
](ii) Kenapakah kanak-kanak mudah terpengaruh oleh pelbagai rancangan yang disiarkan dalamtelevisyen?[3
markah
](iii) Tidak semua ciptaan teknologi moden itu mendatangkan keburukan kepada masyarakat.Pada pandangan anda, apakah kebaikan-kebaikan ciptaan teknologi moden sepertitelevisyen kepada masyarakat?[4
markah
] 
©
2010 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu
SULIT
3

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
zaidifarhannah liked this
moonxxzz liked this
Jin Ming liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->