You are on page 1of 8

Konsep Asas Pentaksiran Pembelajaran

 
Pembelajaran adalah proses interaktif yang mana pembelajar, penuntut atau murid cuba
mendapatkan kefahaman tentang sesuatu informasi atau maklumat dan mengintegrasikan
informasi dan maklumat tersebut kepada sesuatu perkara yang mereka sudah tahu atau
mengetahui . Pembelajar, penuntut atau murid biasanya akan sentiasa berfikir atau memikir akan
cabaran atau cara menyerap minda pemikiran terhadap ilmu yang diperolehi secara satu persatu.
 
Logiknya mengunakan kaedah pentaksiran bagi tujuan meningkatkan motivasi adalah mudah : 
 
• Pentaksiran membolehkan  sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta  
pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna
• Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah  kepada
pengajaran  dan pembelajaran
• Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap 
sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.
• Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami
dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .
• Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, 
pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih 
berkesan. (Klein, 2000)
 
Tumpuan dokumen ini adalah keatas tiga kategori yang berbeza tetapi berkait-rapat bagi tujuan
pentaksiran bilik darjah iaitu  pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) ,
pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran
(assessment of learning) .
 
a. Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)  adalah untuk pendidik dan guru
mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Ianya  memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan (idiosinkratik) pembelajaran
murid dan pelajar, dan mengenalpasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dan
pelajar ikuti. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari pendidik atau guru agar informasi hasilan
keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid dan pelajar tetapi turut
mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan samada pelajar dan murid boleh
mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari.
 
Pendidik dan guru boleh juga mengunakan informasi dan maklumat ini untuk menyalurkan dan
mensasarkan arahan dan sumber serta memberi maklumbalas kepada pelajar dan murid bagi
tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.
 
b. Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) adalah proses membentuk dan
menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar
dan murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap
peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan
pembelajaran. Apabila pelajar atau murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran, dan
berupaya menjadi pentaksir yang kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan
informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan
berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan
dalam meta-kognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau
pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat
pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka
fahami.
 
Ia memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar dan murid membina,
mempraktik atau mengamalkan dan berpuashati dengan hasilan refleksi serta analisa kritikal
yang dijalankan pelajar dan murid sendiri.
c. Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) adalah berbentuk sumatif
(summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa
yang pelajar dan murid boleh lakukan, mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan
atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana
mereka ditempatkan atau diletakkan  dan dihubungkaitkan dengan yang lain.
 
Pendidik dan guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka telah
menjalankan dan mengunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan
yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan pelajar dan murid. Ini juga akan memastikan  agar
penerima maklumat dan informasi boleh mengunakan makluman tersebut untuk menghasilkan
keputusan yang dapat memberi penjelasan dan kenyataan.
 
Tiga Tujuan Pentaksiran
 
Apabila menyebut tentang pentaksiran dari perspektif tujuan (dan bukannya kaedah), kita
memberi penekanan terhadap hasilan keputusan. Bahagian didalam seksyen ini menerangkan
secara terperinci tiga jenis tujuan pentaksiran yang berbeza :  pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning) ; pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan
pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning).  Turutan untuk, sebagai dan kepada
(for, as, of) adalah disengajakan, untuk menunjukkan turutan mengikut kepentingan bagi tujuan
mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan murid. Pentaksiran kepada pembelajaran digunakan
bagi membuat keputusan sumatif. Dalam perancangan, pembentukan dan pengunaan kaedah
pentaksiran yang “sesuai untuk tujuan tertentu”, pendidik dan guru selalunya memikirkan
mengenai kurikulum dan juga mengenai pelajar dan murid mereka apabila persoalan sebegini
timbul :
 
      bagaimanakah boleh saya mengunakan informasi yang terdapat dari pentaksiran ini ?;
bagaimanakah saya boleh memastikan kualiti dalam proses pentaksiran ini? ;
apakah kaedah pentaksiran yang sesuai yang patut saya gunakan? ;
apakah yang sebenarnya saya taksirkan ? ;
mengapakan saya membuat pentaksiran ini ?
 
Apakah Pentaksiran Untuk Pembelajaran
 
Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan, ianya dijalankan untuk
memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan
agar pendidik dan guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi
pelajar dan murid. Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak
mereka sendiri. Dalam masa yang sama akan terdapat perubahan pola yang dijangkakan. Prestasi
dan kebolehan pelajar dan murid akan dapat dilihat dan dikesan. Dengan kaedah pentaksiran
untuk pembelajaran, pendidik dan guru akan mengunakan pentaksiran sebagai alat untuk
memperolehi maklumat mengenai kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan
atau kekurangan yang dihadapi.
 
Maklumat dan informasi mengenai proses pembelajaran murid dan pelajar akan diperolehi oleh
pendidik dan guru. Ianya dijangkakan akan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu
dilakukan untuk membolehkan pelajar dan murid maju ketahap yang seterusnya. Hasilan
maklumbalas dari murid dan pelajar akan dapat  menentukan kumpulan, strategi arahan dan
sumber yang dikehendaki.
 
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran
 
Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan  dan merupakan satu
proses yang interaktif, dengan pendidik dan guru
 
• mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran
 • mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar
• memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran
• mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu
individu bergerak maju dalam pembelajaran
• menyediakan maklumbalas dan arahan segera
Pendidik dan guru juga mengunakan pentaksiran untuk pembelajaran untuk meningkatkan
motivasi dan komitmen untuk pembelajaran. Apabila pendidik atau guru memberi komitmen
terhadap pembelajaran sebagai fokus atau tumpuan kepada pentaksiran, secara tidak langsung,
mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan
pelajar dan murid. Pendidik dan guru akan mengunakan dan memaklumkan laporan prestasi
kemajuan pelajar dan murid bagi tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.
 
Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran
 
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan efektif
pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari


sesuatu

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam
bilik darjah

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi
guru

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-mana


pentaksiran memberi kesan impak

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi murid

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap


matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang ditaksir

Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar
mereka  boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri

Pentaksiran untuk pembelajaran  hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian


pembelajaran murid
Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh
meningkatkan pencapaian

Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti
berikut :

Mengapa Mentaksir? Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah berikut bagi meningkatkan pembelajaran
Apa yang ditaksir ? Setiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan dengan kehendak  kurikulum
Kaedah yang digunakan Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang mempamirkan kebolehan dan kefahaman
?
Memastikan Kehendak Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan penterjemahan pembelajaran
Kualiti Harapan pembelajaran yang jelas dan  terperinci
Maklumbalas terperinci yang tepat
Mengunakan Maklumat Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi menunjukan prestasi pembelajaran
Petunjuk yang berlainan  bagi menyatakan kedudukan pada tahap hasilan  kurikulum
Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa mengenai kedudukan pembelajaran dan memberi
panduan untuk memperbaiki prestasi
 
Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Sumber  Assessment Roles and Goals (Wilson, 1996).


                                                                                                                        
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah : 
• memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri
• membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka
• menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan
hasilan kurikulum
• bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas
• membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina 
mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta 
berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam mempelajari perkara baru
• menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid
menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten
• memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan
maklumbalas  yang terperinci
• menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang
pembelajaran dan  mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran
 
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran kepada Pembelajaran
 
Oleh kerana pentaksiran kepada pembelajaran merupakan sesuatu yang sukar untuk dicapai dan
menjejaskan pelajar dan murid secara serious, pendidik dan guru bertanggungjawab dalam
menyediakan laporan pembelajaran dengan tepat dan adil, berdasarkan maklumat dan bukti yang
diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi. Pentaksiran pembelajaran yang berkesan
memerlukan pendidik dan guru menyediakan :
 
• kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan
dengan betul pada masa yang tertentu
• kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan
• proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau
kompetensi
• kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama
• penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan
• kaedah yang telus bagi pentaksiran
• deskripsi mengenai proses pentaksiran
• strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan
 
Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan pentaksiran
kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan kompetensi atau kebolehan
dan juga halatuju persembahan pembelajaran.
Ciri Pentaksiran Pembelajaran

Pendekatan Tujuan Rujukan Pentaksir


       
Pentaksiran Kepada Penghakiman mengenai penempatan, Murid Guru
Pembelajaran peningkatan, penghargaan dan    
sebagainya
Pentaksiran Untuk Maklumat bagi hasilan pembelajaran Pentaksiran piawai Guru
Pembelajaran guru luar atau harapan    
Pentaksiran Sebagai Penilaian kendiri dan pembetulan Matalamat kendiri dan Murid
Pembelajaran sendiri piawai luaran  
 

Ciri Pentaksiran Pembelajaran


 

You might also like