You are on page 1of 1

Kad Kredit Islam…sambungan (Siri 

2-perbezaan)
12 AUGUST 2010 BY KEDAI BUKU ONLINE 1 COMMENT

Pada siri 1, kita telah membincangkan berkenaan pengenalan kepada kad kredit Islam serta beberapa kontrak
Syariah yang digunakan di dalam menstruktur produk ini.
Dalam siri 2 ini, kita akan mengetengahkan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pengguna khususnya
orang Islam tentang perbezaan di antara kad kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam (slps ini baca
kad kredit Islam) dan kad kredit yang ditawarkan oleh institusi perbankan konvensional (slps ini baca kad kredit).
Rata-rata, ramai yang masih tidak tahu berkaitan perbezaan kedua-dua produk yang ditawarkan. Bahkan tidak
kurang juga masih ramai yang menganggap kedua-duanya sama dan tidak mempunyai perbezaan. Apa yang
mereka pasti, kegunaan kedua-dua produk yang ditawarkan ini mempunyai fungsi dan kegunaan yang sama.
Hal ini adalah disebabkan oleh dua faktor sahaja iaitu kejahilan pengguna dan kelalaian kakitangan institusi
perbankan Islam untuk menerangkan berkaitan perkara ini.
Kita tinggalkan faktor di atas dan terus kepada perbezaan kedua-dua produk di atas.
1) Kad kredit Islam bebas dari unsur riba
Perkara ini adalah perkara utama yang menyebabkan perbezaan di antara kad kredit Islam dan kad kredit
konvensional. Malah, ianya adalah sebab yang paling besar mengapa perlunya wujud institusi perbankan Islam.
Institusi perbankan Islam bukan sahaja bermatlamatkan mengaut keuntungan semata-mata, tetapi perlu
memastikan bahawa sumber keuntungan tersebut bebas daripada unsur-unsur larangan dalam muamalat Islam
seperti riba dan lain-lain lagi.
Bagaimana kad kredit Islam bebas dari unsur riba?
Kad kredit Islam bebas dari unsur riba kerana ianya distruktur dengan menggunakan kontrak-kontrak yang
dibenarkan syara’ serta mempunyai terma-terma yang juga patuh syariah. Sebagai contoh kontrak yang
digunakan ialah kontrak jual beli, kontrak upah dan lain-lain. Manakala kad kredit konvensional pula
menggunakan kontrak Qard (pinjam) tetapi tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Islam berkaitan
kontrak Qard. Di dalam Islam, syarat yang telah ditetapkan di dalam kontrak Qard ialah berapa banyak yang
dipinjam, banyak itu sahajalah yang akan dibayar semula. Sebarang lebihan (yang dinyatakan di awal kontrak
Qard) pada jumlah bayaran balik pinjaman adalah dikira sebagai riba.
Berbeza dengan kad kredit Islam yang menggunakan kontrak jual beli, lebihan bayaran adalah disebabkan oleh
keuntungan yang ditetapkan di dalam kontrak jual beli tersebut. Riba juga boleh berlaku dalam jual beli sekiranya
berlaku pertambahan bayaran terhadap jumlah harga jualan yang telah dikontrakkan.
Memang seolah-olah kedua-duanya kelihatan sama kerana end-result kedua-dua produk masih akan
menghasilkan jumlah bayaran yang lebih dari amaun yang digunakan pelanggan, tetapi sebenarnya kedua-
duanya adalah berbeza. Inilah yang telah dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran bilamana orang-orang
Yahudi menyatakan bahawa jual beli dan riba adalah sama. Tetapi Allah membalas pernyataan mereka ini yang
bermaksud “Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.
Banyak contoh lain yang boleh diberikan di sini berkaitan perkara ini. Seperti juga perbuatan zina dan hubungan
kelamin antara pasangan yang sudah berkahwin (secara sah mengikut Islam), makan daging ayam yang
disembelih dan daging ayam yang tidak disembelih dan lain-lain contoh. Secara mata kasarnya, perkara yang
dilakukan dan natijahnya adalah sama. Tetapi ia sebenarnya adalah berbeza. Beginilah cara Islam mendidik dan
menjaga manusia selaras dengan maqasid (objektif) Syariah itu sendiri; iaitu untuk menjaga agama, menjaga diri,
menjaga aqal, menjaga keturunan dan menjaga harta.
….bersambung lagi (untuk beberapa perbezaan yang lain)

You might also like