Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ombudsman

Ombudsman

Ratings: (0)|Views: 1,852|Likes:
Published by yasin_088974

More info:

Published by: yasin_088974 on Oct 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/16/2013

pdf

text

original

 
PENGENALAN
Pentadbiran awam sebagai satu bentuk aspek kegiatan dan institusi pemerintahan yangtelah lama bertapak dalam kehidupan manusia. Pentadbiran awam telah berfungsi untuk mencapai matlamat kesejahteraan sepeti yang digariskan oleh pemimpin politik yangdiamanahkan oleh pengikut-pengikutnya untuk untuk membuat keputusan tentangkehidupan harian mereka. Selain itu juga, pentadbiran awam ialah alat kerajaan yang penting secara langsung memberi keberkesanan terhadap mana-mana sistem pemerintahan ( Ramanathan 1993 ).Sememangnya institusi pentadbiran termasuk pegawai-pegawainya terlibat secaralangsung dalam menjayakan semua dasar awam yang diluluskan terlebih dahulu oleh badan perundangan. Sukar untuk dinyatakan di mana dan bila pentadbiran awam mula-mula diperkenalkan. Menurut ( Ramanathan 1993 ), negara-negara di benua Eropah telahmendahului negara-negara lain di dunia dari segi memberi tumpuan terhadap perlunya pentadbiran negara yang diuruskan oleh sekumpulan pegawai-pegawai khususnya yangdiamanahkan oleh kepimpinan negara. Menurutnya lagi, dalam hal ini kerajaan Prussia( Jerman) merupakan kerajaan yang pertama sedar betapa perlunya satu badan yangmerangkumi pegawai-pegawai yang professional untuk mengendalikan tugas pentadbiran. Kejayaan pemimpin negara terutamanya dalam mengadakan satu badan pentadbiran yang professional nyata sekali telah dicontohi oleh kerajaan Austria-Hungary, Perancis, dan British serta negara-negara lain di Eropah barat.Seiring dengan kejadiaan di Eropah, kerajaan Amerika syarikat yang telah berjayamembebaskan diri dari belenggu penjajahan British pada tahun 1776 telah cubamenganjurkan jentera pentadbirannya berdasarkan keadaan tempatan untuk mengendalikan urusan pentadbirannya ( Ramanathan, 1993: 1-3 ). Pentabdiram awamsememangnya beroperasi dalam susunan politik. Memandangkan hakikat ini seorang pentadbir awam terpaksa bertindak sebagai pengurus organisasi yang agak kompleksyang diasakan untuk mencapai matlamat yang sudah pun digariskan oleh pemerintah.Selain itu, seorang pentadbir awam tidak bebas bertindak sesuka hatinya kerana semuamatlamat serta tindak-tanduknya adalah terkawal oleh peraturan-peraturan undang-1
 
undang. Dasar yang dilaksanakan oleh pentadbir awam jika dibandingkan dengan sektor swasta, dapat dilihat beberapa perbezaan. Seorang pentadbiran awam tidak bertugasmengaut keuntungan, ia tidak sama sekali boleh menukar matlamatnya sesuka hati.Manakala semua tindak-tanduknya diawasi dan diperhatikan oleh orang awam yang tidak teragak-agak menunjukkan rasa tidak puas hati mereka sama ada dengan cara protes atau pun mengunakan institusi ombudsman yang wujud dalam sesebuah Negara.Di sini institusi ombudsman menjadi kawalan terhadap pegawai dalam pentadbiran awam. Oleh sebab itu, melalui kawalan ini akan memastikan seorang pentadbir awam bertindak secara berhati-hati. ( Ahmad Atory Hussain 2001 ),menjelaskan pentadbiran atau pengurusan awam telah dikenali oleh umum sama ada dikalangan ahli akademik mahu pun orang biasa. Ada yang menganggap pentadbiran yangmenjalankan dasar awam sebagai satu organisasi kerajaan ataupun birokarasi awam. Adayang mentafsirkan pentadbiran awam sebagai satu aspek kerjasama manusia atau proseskeseluruhan konsep kerjasama manusia. Namun bagi pengkaji antropologi, ekonomi, atau undang-undang, merekamengaitkan pentadbir yang menjalankan dasar awam sebagai kerjasama manusia(
 Human
 
Cooperation
). Pentadbiran yang menjalankan dasar awam, ialah merujukepada organisasi dan pengurusan manusia untuk mencapai tujuan kerajaan. Ia jugadianggap sebagai satu “ seni dan sains pengurusan ” sebagaimana yang dikaitkan denganhal ehwal sesebuah negeri atau negara. Ahmad Atory Hussain (2001) menjelaskan lagi bahawa secara anologi pentadbiran yang menguruskan dasar awam, ialah satu kumpulanunsur yang dilengkapi dengan pentadbiran yang dapat dikaitkan dengan satu keluargayang dipanggil
Cooperative Human Action
. Selain itu juga, pentadbiran awam adalahsatu jenis kerjasama manusia yang menpunyai darjah kerasionalan yang tinggi.Pentadbir yang menjalankan dasar awam juga merujuk kepada sesuatu yangterperinci dan satu proses pelaksanaan undang-undang awam yang sistematik (AhmadAtory Hussain, 2001: 2-5 ). Berdasarkan penyataan di atas, pentadbiran awam merupakansebuah organisasi yang menpunyai struktur dan fungsi-fungsi tertentu. Walaubagaimana2
 
 pun, dalam pentadbiran awam, pegawai-pegawai yang tidak menjalankan amanah ataumembuat salahlaku bukan tidak boleh dihukumi Tetapi terdapat sebuah badan atauinstitusi yang bertindak mengawal tinkahlaku pegawai-pegawai pelaksana pentadbir dasar awam yang dikenali sebagai Ombudsman.(Abdullah Sanusi Ahmad 1970 ), berpendapat dengan adanya satu perkhimatan pentadbiran yang tetap, maka perjalanan perkhidmatan sosial untuk rakyat terpelihara.Tetapi dari semasa ke semasa, pentadbiran kerajaan telah berkembang meluas danmeresap lebih dalam lagi dalam semua kegiatan rakyat. Dan rakyat pula dari semasa kesemasa yang terpaksa berdampingan lebih rapat dengan pentadbiran akan menyebabkantimbulnya lebih banyak persoalan yang baru berkaitan dengan ketidakpuashatian rakyatterhadap pentadbir yang melaksanakan dasar awam tersebut. Oleh sebab itu, institusiombudsman ditubuhkan terutamanya di negara-negara Scandinavia untuk mengatasimasalah yang berkaitan debgan pentadbiran awam.
DEFINISI OMBUDSMAN
Ombudsman dirujuk sebagai penyiasatan pensendirian bagi segala rungutan masyarakatterhadap agensi-agensi awam ( Caiden, Gerald E. 1983 ). Ombudsman berasal dari perkataan Scandinavia yang bermaksud pesuruhjaya. Menurut ( Abdul Rashid Moten danEl-Fatih A.Abdel Salem, 2005 ), ombudsman bertujuan untuk menyiasat dan seterusnyamengumunkan mana-mana institusi pentadbiran awam yang menyalahgunakan kuasa dangagal menjalankan tugas mereka berdasarkan polisi yang ditetapkan. Sesiapa sahaja dikalangan masyarakat boleh membuat aduan yang berkaitan kepada Ombudsman.Mengikut kamus Oxford Ombudsman ialah pegawai yang dilantik secara rasmi untuk menyiasat aduan orang ramai terhadap salahlaku dalam pentadbiran terutama pihak  berkuasa awam. Ini bermaksud institusi ombudsman mempunyai peranan yang pentingsama ada untuk menerima aduan rakyat dan bertindak dengan telus bagi menangani permasalahan yang timbul.3

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nur Faezah liked this
Yaa Azwanie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->