You are on page 1of 13

KERTAS 2 - BAHAGIAN D NOVEL – ZON 4

1. Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masing-
masing.
ZON NOVEL MENGIKUT ZON
Selangor, Wilayah Persekutuan, Meniti Kaca, Pahlawan Pasir Salak, Panas Salju
Negeri Sembilan, Perlis
Melaka, Johor, Kelantan Anak Din Biola, Tragedi Empat Disember, Kanang:
Cerita Seorang Pahlawan
Kedah, Perak, Pulau Pinang Aku Anak Timur, Kapten Hassan Wira Bangsa,
Merdeka! Merdeka!
Sabah, Sarawak, Pahang, Limpahan Darah di Sungai Semur, Timulak Kapal
Terengganu Perang, Ekspedisi
2. Pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis,
tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
3. Markah untuk bahagian ini ialah 10 markah.
4. Anda harus mengemukakan sekurang-kurangnya 5 isi berserta contoh yang sesuai bagi
memperkukuhkan jawapan anda.

TIP MENJAWAB
- Semasa menjawab soalan KOMSAS, anda diwajibkan menulis dalm bentuk esei /
karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual. Jika tidak,
markah anda akan dipotong.
- Selain itu, anda juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan
dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam
soalan ini.
- Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan
ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.

NOVEL : AKU ANAK TIMUR


BIODATA PENULIS
- Siti Aminah Haji Yusof
- Nama pena : S. Aminah HY
- Tempat lahir : Temerloh, Pahang Darul Makmur
- Hasil penulisan : (novel) Biarlah Ia Berlalu, Masih Sayang, Di Hujung Perjalanan, Jalur
Senja

1 www.andrewchoo.edu.my
SINOPSIS
Novel Aku Anak Timur mengisahkan pengembaraan Zarina bersama-aama dengan
ibunya, Ros dan adiknya, Rizal ke Belanda. Mereka ke sana untuk mengunjungi ayahnya, Ali
yang bertugas di perpustakaan Universiti Leiden. Perjalanan mereka menempuh pelbagai
halangan.
Semasa berada di Belanda, Zarina sekeluarga melawat beberapa tempat yang menarik.
Antaranya Amsterdam, Delft, Rotterdam, kawasan bunga, kawasan pertanian, dan sebagainya.
Mereka juga berpeluang untuk melawat negara Eropah yang lain seperti England, Perancis,
dan Jerman.
Zarina telah berkenalan dengan seorang pemuda kacukan Indonesia - Belanda yang
bernama Niek Van Hoeve semasa berada di Belanda. Kepetahan Niek berbahasa Melayu dan
sikapnya . yang berbudi bahasa serta memahami nilai-nilai ketimuran telah memikat hati
Zarina. Walau bagaimanapun, ibu dan ayah Zarina tidak begitu suka Niek dan anak gadis
mereka menjalinkan hubungan yang mesra kerana mereka berbeza dari segi agama dan
budaya.
Pada suatu hari, sewaktu Zarina menghadiri majlis hari jadi kawan Niek, Zarina terasa
ada orang memeluknya. Dia yakin bahawa orang itu bukan Niek. Zarina meronta dan berjaya
melepaskan diri. Dengan keadaan tidak menentu, dia mencari jalan pulang. Dia bersyukur
kepada Allah kerana terjumpa rumah kawan ayahnya. Kawan ayahnya menghantar Zarina
pulang. Peristiwa hitam itu menyedarkan Zarina bahawa terdapat perbezaan yang nyata antara
budaya Timur dengan Barat.

PLOT
Permulaan cerita
- Zarina dan keluarganya menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Dubai dan seterusnya
ke Amsterdam, Belanda.

Perkembangan cerita
- Ibu Zarina berasa cemas kerana suaminya, Encik Ali tidak menunggu mereka seperti yang
dijanjikan. Dia membeli tiket kereta api untuk pergi ke rumah sewa suaminya sendiri
berdasarkan panduan jalan yang ada tercatat dalam surat. Beberapa minit kemudian,
suaminya sampai.

Perumitan cerita (Koflik)


- Hubungan intim antara Zarina dengan Niek mendapat tentangan daripada ibu bapanya.

Puncak cerita (Klimaks)


- Sesuatu yang tidak diduga terjadi kepada Zarina, iaitu Zarina hampir diperkosa oleh rakan
Niek ketika menghadiri majlis hari jadi raan Niek.

2 www.andrewchoo.edu.my
Peleraian
- Zarina insaf dan memohon rnaaf daripada ibu dan ayahnya. Zarina juga memaafkan Neik
kerana peristiwa dalam majlis hari jadi kawannya itu. Zarina memahami bahawa banyak
terdapat perbezaan antara budaya Timur dengan Barat.

TEKNIK PLOT
1. Pemerian
Apabila kami sampai ke atas berhampiran dengan pintu keluar, kami nampak ada penjual
surat khabar dan barang-barang lain seperti peta, coklat, biskut, buku dan majalah serta
rokok.

2. Dialog
- “Macam mana nak masak ni bang, mana ada kelapa?” tanya ibu.
- “Ni santannya dan cili. Rempah ka nada Ros bawa?”
- “Mana santan bah, taknampak kelapa pun?” aku menyampuk.

GAYA BAHASA

Bahasa Inggeris Belanda tu. Sudah! Aku tak mahu engkau


Homework, nothing to declare, thank you, berkawan dengan Neik lagi.
enjoy your holiday, nice kids, steak
Penggunaan peribahasa
Bahasa Belanda - hujan emas di negeri orang, hujan batu di
Nee (bukan / tidak), bedankt (terima kasih), negeri sendiri, baik juga negeri sendiri.
daag (selamat jalan) - lain padang, lain belalang

Bahasa Arab Simile


Syukran, Masya-Allah - Keadaannya seolah-olah seperti dalam
rumah.
Bahasa Perancis - Ketika itu rasa badanku melambung-
Yes…..mesdames, messieurs lambung seperti dilambung ombak.
- Kami senyap seperti tikus ketakutan
Bahasa Indonesia dikejar kucing.
Selamat sore bu, kaget, berpakansi

Personifikasi
Kedinginan malam terus menusuk tubuhku

Sinkof
"Engkau betul tak berfiklr, Za. Engkau ni
dah lupa daratan bila bertemu budak
3 www.andrewchoo.edu.my
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
1. Cinta akan negara
Setelah menghadapi pelbagai peristiwa suka dan duka, Zarina berasa dia amat mencintai
Malaysia. Zarina sedar bahawa tidak ada tempat yang lebih sesuai baginya melainkan
tanah airnya sendiri. Begitu juga sikap yang ditunjukkan oleh orang Belanda dan Jerman
yang sangat menghormati bahasa ibunda mereka sendiri.

2. Saling menghormati
Mevrouw De Vries amat memahami dan menghormati agama Islam dan adat Timur.
Buktinya dia telah membeli pinggan mangkuk baru untuk keluarga Zarina yang beragama
Islam.

3. Bantu-membantu
Seorang pemuda berambut panjang telah menumbuk seorang pemuda lain yang cuba
memasukkan dadah ke dalam beg Zarina. Pemuda yang berambut panjang itu bertindak
demikian kerana tidak mahu orang yang tidak membuat salah teraniaya.

Pengajaran
1. Kita hendaklah mencintai tanah air kita sendiri walaupun berada di negara orang.
2. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan budaya dan cara hidup orang Timur yang lebih
mementingkan tatasusila dan kemuliaan.
3. Setiap orang mesti memikul tanggungjawab terutama untuk menjaga keselamatan ahli
keluarga.
4. Kita hendaklah mengikut nasihat orang yang lebih tua kerana mereka lebih
berpengalaman dan tahu akan baik atau buruknya sesuatu perkara itu.
5. Kita perlu menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza dari segi agama dan
budaya.
6. Kita perlu mencontohi nilai-nilai baik walaupun nilai tersebut dari luar negara manakala
nilai-nilai yang negatif ditinggalkan.
7. Kita hendaklah memohon maaf jika ada membuat kesilapan.
8. Kita menjalinkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.
9. Kita hendaklah menjalinkan persahabatan tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit.
10. Perlunya kesedaran dan semangat cinta akan tanah air di kalangan rakyat.

NOVEL : KAPTEN HASSAN WIRA BANGSA

BIODATA PENULIS
- Harun Johari
- Tarikh dan tempat lahir : 9 November 1948, di Kampung Sungai Raya, Ulu Kelawang dan
Government English School Kuala Kelawang.
- Hasil penulisan : Perajurit 709, Menggong, Pemburu dan Sarawak, Ahmad Khalid – Dalam
4 www.andrewchoo.edu.my
Memoir Seorang Pelukis, Mohamad Hashim Amir Hamzah – Dalam Kenangan Silam
Seorang Penyair.

SINOPSIS
Hassan bin Haji Osman dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Seremban, Negeri
Sembilan pada Julai 1927. Hassan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Ibunya telah
meninggal dunia ketika beliau berusia tujuh tahun. Oleh itu, dia tinggal dengan datuk sebelah
ibunya. Dia belajar hingga darjah lima di Sekolah Melayu Kampung Pantai, kemudian
menyambung pelajaran di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau,
Negeri Sembilan. Pengajiannya tergendala apabila tercetusnya perang pada Disember 1941.
Hassan bernikah dengan Siti Zabedah pada tahun 1944. Ketika Hassan menziarahi
bapanya di Salak, Sepang, isteri, ibu mentua, nenek mentua, dan anak buah isterinya telah
dibunuh dengan kejam kerana mahu mempertahankan wang ringgit dan harta benda daripada
dirampas oleh komunis.
Setelah peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, kerajaan Jepun
menyerah kalah. Dalam tempoh 14 hari sebelum pentadbiran Tentera British (BMA) sampai
di Tanah Melayu, Kumpulan Bintang Tiga telah mengganas. Penghulu Ismail, iaitu datuk
Hassan telah ditangkap oleh komunis kemudian dihantar ke Ulu Terip. Semenjak itu Hassan
bertekad hendak membalas dendam. Dia mempelajari ilmu mempertahankan diri dan ilmu
kebatinan.
Pada penghujung tahun 1946, Hassan menceburi Kor Rejimen Askar Melayu dan
menjalani latihan selama enam bulan di Pusat Latihan Rekrut, Port Dickson. Beberapa siri
pertempuran dengan pasukan Bintang Tiga telah berlaku. Pasukan Hassan telah banyak
mencapai kejayaan. Hassan sendiri telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang. Oleh itu,
Hassan telah dinaikkan pangkat dan mendapat pelbagai anugerah. Antaranya ialah Pingat
Perkhidmatan Cemerlang . (MID), Bintang Penghormatan Tentera (MID), dan pangkat sarjan.
Berita kejayaan Hassan telah menakutkan pihak komunis sehingga mereka
menggunakan seorang komunis wanita yang bernama Ah Moi untuk mempengaruhinya.
Hassan tidak dapat diperdayakan, sebaliknya Ah Moi yang termakan akan pujukan Hassan.
Riwayat hidup Hassan juga telah difilemkan oleh P. Ramlee. Hassan sendiri yang menulis
skrip filem tersebut.
Pada 20 Ogos 1957, anggota Kompeni Batalion Kelima Askar Melayu Diraja yang
diketuai oleh Hassan teiah berjaya menghalang rancangan pengganas komunis untuk
menggagalkan sambutan Hari Kemerdekaan. Peristiwa tersebut berlaku di Ladang Getah
Waterfall. Setelah itu Hassan dinaikkan pangkat sebagai Leftenan. Setelah itu Hassan gagal
dalam ujian kenaikan pangkat seterusnya kerana terlalu sibuk.
Pada 5 Ogos 1962, perkhidmatan Hassan sebagai anggota tentera ditamatkan. Dia tidak
mendapat pencen kerana perkhidmatannya kurang daripada 16 tahun. Permohonannya untuk
menyambung perkhidmatan dalam tentera ditolak kerana ketuanya mahu membalas dendam.
Oleh itu, Hassan merayu secara rasmi kepada Tun Abdul Razak. Akhirnya, beliau diterima
untuk berkhidmat sepenuh masa dalam pasukan Askar Wataniah di Kem Rasah, Seremban
dengan pangkat kapten.

5 www.andrewchoo.edu.my
Setelah 21 tahun berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan negara, Hassan
bersara, iaitu pada 30 Ogos 1967. Kemudian, Hassan aktif dalam dunia perniagaan dan poiitik
tanah air. Pada 30 April 1991, Kapten Hassan meninggal dunia di Hospital Besar Seremban
kerana serangan sakit jantung.

PLOT
Permulaan cerita
- Kelahiran Haasan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan.
- Beliau terpaksa berhenti sekolah kerana kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun
1941

Perkembangan cerita
- Kerana takut menjadi buruh paksa Hassan dikahwinkan dengan Siti Zabedah pada usia 17
tahun.
- Setelah isteri dan keluarga isterinya dibunuh, Hassan belajar ilmu mempertahankan diri dan
ilmu batin.
- Beliau menyertai Pasukan Kor Rejimen Askar Melayu pada penghujung tahun 1946.

Perumitan cerita (Koflik)


- Hassan bertempur dengan pihak Komunis di Sungai Kawang, Port Dickson.
- Pertempuran pasukan pimpinan Sarjan Hassan dengan pengganas Komunis di hutan
Pahang.
- Pertempuran pasukan pimpinan Sarjan Hassan dengan kumpulan Komunis di Ladang Getah
Waterfall, Rawang, Selangor.

Puncak cerita (Klimaks)


- Kejayaan Leftenan Hassan mematahkan rancangan pihak komunis bagi menggagalkan
sambutan Hari Kemerdekaan dan kemudiannya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957.
Peleraian
- Atas persetujuan Tun Abdul Razak, Hassan menyandang pangkat Kapten dalam Askar
Wataniah.
- Kapten Hassan meletak jawatan pada September 1967 dan meneruskan hidup sebagai ahli
perniagaan.
- 1991 Kapten Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung

TEKNIK PLOT
1. Imbas kembali
Abdul Razak menceritakan pertembungan ayahnya dengan Rashid Maidin dan Shamsiah
Fakih ketika hendak menunaikan sembahyang di dalam hutan

6 www.andrewchoo.edu.my
2. Imbas muka
Rancangan pihak Komunis untuk menghantar Ah Moi menggoda Hassan

GAYA BAHASA

Bahasa Inggeris Simile


Home Guard, stengun, stand to, retraining - Bagi mereka, orang-orang kampung
mukim Pantai pada ketika itu ibarat
Bahasa Arab harimau yang tidak bertaring dan tidak
zikirullah, aliahyarham, roh,jenazah berkuku, yang boleh mendengus sahaja.
- "Bahawa gugur kamu ibarat gugurnya
Bahasa Jepun kuntum-kuntu melati yang mengharumkan
aiho, oabang, kabotai nama nusa dan bangsa.”

Personifikasi
Bayang maut datang menerjah dari segenap
penjuru.

Metafora
hujan tembakan

Peribahasa
- Alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan
- Hanya jauhari yang mengenal manikam

NILAI DAN PENGAJARAN


Nilai
1. Kasih sayang
Kapten Hassan sangat menyayangi isteri dan ahli keluarganya.

2. Berdisiplin dan tegas dalam menjalankan tugas


Leftenan Hassan melaporkan perilaku ketua kompeninya yang telah melanggar disiplin
dan peraturan ketenteraan kepada pihak pegawai atasan.
3. Ketabahan menghadapi dugaan
Haasan berazam hendak membalas dendam terhadap orang yang telah membunuh isteri
dan keluarga isterinya. Dia mendalami ilmu kebatinan dan ilmu kepahlawanan supaya
dapat menunaikan niatnya itu.

7 www.andrewchoo.edu.my
4. Taat akan perintah agama serta berjiwa ikhlas
Kapten Hassan menunaikan amal ibadat walaupun sedang menjalankan tugas.
Pengajaran
1. Kita hendaklah gigih berusaha terutama jika hendak mencapai cita-cita yang tinggi.
2. Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran serta percaya dan yakin akan merupakan
kunci kejayaan.
3. Kita hendaklah bekerjasama terutama apabila bekerja dalam pasukan supaya segala yang
dirancang mencapai kejayaan.
4. Kita perlu patuh kepada ketua tanpa menaruh prasangka yang buruk kerana biasanya
ketua lebih mengetahui sesuatu perkara.
5. Kita hendaklah jujur dan bertanggungjawab ketika menjalankan tugas kerana orang yang
jujur dan ikhlas akan mendapat balasan yang baik.
6. Kita hendaklah mempelajari pelajaran agama supaya tidak mudah terlibat dalam gejala
maksiat.
7. Kita mestilah berani berjuang menentang musuh yang mengancam ketenteraman negara.
8. Setiap orang harus mempunyai disiplin yang tinggi semasa menjalankan tugas.
9. Jangan mudah terpedaya oleh godaan yang boleh menghancurkan kita.
10. Setiap orang harus mengamalkan sikap sabar dalam menjalankan tugas.
11. Kita mestilah menunaikan perintah Tuhan dan tidak melakukan perbuatan yang dilarang
oleh agama.
12. Jangan mudah putus asa apabila gagal pada percubaan pertama; sepatutnya cuba dan cuba
lagi sehingga berjaya.

NOVEL : MERDEKA! MERDEKA!

BIODATA PENULIS – Abdul Rahman Hanafiah


1 Lahir pada 9 Oktober 1946 di Bagan Serai, Perak.
2 Terkenal dengan nam samarannya, iaitu Mana Sikana.
3 Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Chandan,Kuala Kangsar dan
Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan
Bahasa,KualaLumpur.
4 Pernah bertugas sebagai guru kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan
Malaysia sehingga mendapat Sarjana Muda Persuratan, Sarjana Sastera dan doktor falsafah.
5 Karya-karya beliau berbentuk novel kanak-kanak dan skrip drama,cerpen dan esei.
6 Antara penghargaan yang pernah beliau menangi dalam bidang ini ialah peraduan penulisan
drama pentas, drama Radio dan drama TV, termasuklah beberapa hadiah sastera.
7 Antara karya beliau yaag telah terbit tennasuklah "Api di Lembah Ketibung" (1978), "Api
di Lembah Kecubung”(1981), “Merdeka! Merdeka!” (1981),”ABZYX”(1986),
“Klimaks” (1990) dan “Syajar” (1996).

8 www.andrewchoo.edu.my
SINOPSIS
Kudin merupakan seorang remaja yang gigih memperjuangkan kemerdekaan daripada
cengkaman penjajah.Berbekalkan sokongan daripada ayahnya, Kudin bersama kawan-kawan
sanggup bergadai nyawa untuk menghapuskan musuh bangsa yang kian mencengkam
kehidupan mereka. Usaha Kudin dalam memperjuangkan kebebasan itu telah mendapat
perhatian khusus daripada tokoh negara, iaitu Datuk Onn.
Perhatian itu menyebabkan Kudin semakin bersemangat untuk mencapai kejayaan. Kematian
ayahnya di tangan musuh tidak melemahkan. semangat perjuangan tersebut, Kudin dijadikan
contoh kepada para remaja untuk menegakkan maruah bangsa. Dia diberi penghormatan
untuk berucap dalam Persidangan Kongres Kebangsaan. Berkat kegigihan dan semangat
perjuangan yang padu, barisan perjuangan itu berjaya menghalang penubuhan Malayan Union
yang dicadangkan oleh pihak Inggeris. Kejayaan ini merupakan jaminan kesejahteraan bangsa
Melayu pada kemudian hari.

PLOT
Permulaan cerita
- Kudin diberitahu oleh Bustam bahawa dia telah dilantik untuk memberi ucapan dalam majlis
Persidangan Kongres Kebangsaan yang akan diaiiakan di Kuala Lumpur.

Perkembangan cerita
- Kudin bersama kawan-kawannya memperketatkan kawalan di kampung mereka
- Mesyuarat bersama Tuk Ketua tentang majlis persidangan agung yang akan diadakan dan
juga kesalamatan kampung meraka
- Kudin dan Ibrahim pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Encik Hasmun dan
Datuk Onn

Perumitan cerita (Koflik)


- Kudin betasa sedih apabila mendapat berita tentang penculikan kawannya, Bustam oleh
pengganas komunis
- Rombongan yang berusaha mencari Bustam termasuk ayah Kudin tidak pulang ke kampung
- Kudin sedih dengan beritakematian ayahnya tetapi tetap bersemangat ketika berucap dalam
Persidangan Kangres Kebangsaan tersebut
- Kudin serba salah meninggalkan kampung dan ibunya serta menurut ajakan Encik Hasmun
untuk meneruskan perjuangannya di bandar

Puncak cerita (Klimaks)


- Ramai bangsa Melayu berarak dan berkumpul di stesen kereta api kerana membantah
penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleb pihak Inggeris
- Mereka berjaya menghalang raja-raia Melayu daripada menghadiri majlis perasmian
Malayan Union

9 www.andrewchoo.edu.my
Peleraian
- Orang ramai yang berasa gembira dengan kejayaan mereka mula mengundur diri dari sekitar
Padang Kelab Sulaiman
- Tuk Ketua dan penduduk Kampung Teras Jernang mengucapkan selamat tinggal kepada
Kudin sebelum puiang ke kampung
- Kudin rneneruskan perjuangannya di kota besar itu

TEKNIK PLOT
1. Imbas kembali
Kudin teringat bagaimana cita-cita untuk belajar lebih tinggi tidak tercapai kerana zaman
Jepun memaksa dia berhenti sekolah. Dia juga dapat belajar bahasa Jepun dan mampu
menguasai bahasa itu.

2. Imbas muka
Jika musuh dapat menguasai jambatan dan mematahkan pertahanan serta memusnahkan
kubu-kubu, bererti Kampung Teras Jernang akan jatuh ke tangan musuh,

3. Monolog
“Tentulah Ujang berasa serba salah dan sedih,” kata Kudin sendirian.

GAYA BAHASA

Bahasa Inggeris Taring kekuatan, lautan manusia


Meeting, Down with the British, Down with
Malayan Union Simile
- Perutnya melebar macam kuali
Bahasa Arab - Gamatnya bagaikan gunung berapi akan
Alllllaaaahhhhuakbaaaar! meletus

Personifikasi Hiperbola
Ucapan itu menusuk-nusuk jantung - Jantung kalbunya bagai tercabut dari
kalbunya dadanya.
- ...bercakap berapi-api dan penuh semangat.
Metafora

10 www.andrewchoo.edu.my
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
1. Semangat patriotik dan keberanian
Kesanggupan seseorang menghadapi cabaran untuk mempertahankan negara daripada
musuh seperti Kudin, walaupun baru berusia lima belas tahun, dia sanggup berjuang
mempertahankan Kampung Teras Jernang daripada ancaman pengganas. Datuk Onn juga
berani bersemuka dengan Raja-raja Melayu di Hotel Stesen supaya Raja-raja Melayu
meinulaukan upacara perasmian Malayan Union.

2. Taat setia
Patuh akan arahan dengan menunaikan segala yang disuruh. Penduduk Kampung Teras
Jernang berhimpun di rumah Tuk Ketua untuk merancang persiapan ke Kuala Lumpur.
Pemuda-pemuda kanipung menubuhkan pasukan mengawal kampung sebagaimana yang
telah dipersetujui daiam mesyuarat. Akhirnya mereka berjaya menyekat kemaraan
pengganas.

3. Bekerjasama
Saling bergotong-royong dan bermuafakat demi kejayaan bersama. Pemuda-pemuda
Kampung Teras Jernang bergilir-gilir meronda kampung supaya kampung aman. Mereka
tidak mahu tragedi pembunuhan Pak Karim berulang lagi. Pak Awang juga bersetuju
menemani Kasa mencari Bustam yang telah diculik oleh pengganas di dalam hutan.

4. Kasih sayang
Perasaan kasih yang lahir dari hati yang ikhlas seperti yang terjalin antara keluarga Pak
Awang. Pak Awang menemani Kudin menemui rakan-rakannya di khemah setelah dia
mendengar berita Bustam diculik oleh pengganas. Mak Bibah juga terpaksa membenarkan
Kudin mengikut Encik Bustam ke Kuala Lumpur demi kejayaan masa depan anak
tunggalnya itu.

5. Kerajinan
Berusaha tanpa jemu untuk mencapai kecemerlangan seperti penduduk Kampung Teras
Jernang yang rajin membina kubu-kubu, khemah, bangsal, dan jambatan untuk mengawal
keselamatan penduduk kampung. Datuk Onn, Za'ba, dan Encik Haamun selalu
mengadakan mesyuarat untuk langkah-langkah untuk menentang penubuhan Malayan
Union.

6. Murah hati
Sedia memberi bantuan secara ikhlas sama ada dalam bentuk material atau sokongan
moral. Penduduk Kampung Teras Jernang telah menderma lebih daripada seratus ringgit
untuk membiayai perbelanjaan wakil-wakil Persatuan Pahlawan Kemerdekaan ke Kuala
Lumpur. Encik Hasmun juga bermurah hati untuk menyekolahkan Kudin.

11 www.andrewchoo.edu.my
7. Simpati
Belas kasihan terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain. Penduduk Kampung Teras
Jernang bersimpati dengan nasib yang menimpa Kasa kerana kehilangan Bustam. Kudin
juga bersimpati dengan nasib Ujang kerana ayahnya telah menjadi pengganas dan Encik
Hasmun bersimpati dengan nasib Kudin kerana ayahnya telah mati dibunuh oleh
pengganas.

8. Rasional
Boleh berfikir dan mengambil tindakan tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Pak Awang
tidak bimbang sekalipun dia akan diberhentikan kerja sebagai kerani rendah oleh Tuan
White. Dia juga tidak menumbuk Kasim dan Osman yang memujuknya supaya menjadi
tali barut Inggeris kerana kedua-dua pemuda itu adalah tetamu di rumahnya.

Pengajaran
1. Kita mestilah mencintai tanah air kita seperti Datuk Onn, Za'ba, Kudin, Pak Awang, dan
penduduk Kampung Teras Jernang yang sangat gigih berjuang untuk menentang Inggeris
dan menghapuskan pengganas.
2. Kita mestilah mengamalkan sikap bersatu padu dan saling bekerjasama untuk
mewujudkan rasa persefahaman. Hal ini dibuktikan apabila masyarakat Melayu daripada
pelbagai lapisan masyarakat sanggup mengadakan perhimpunan raksasa di Kuala
Lumpur, Kuala Kangsar, dan Johor Bahru untuk menentang penubuhan Malayan Union.
3. Kita hendaklah menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
Contohnya, Kudin dan rakan-rakan yang lain berusaha menenangkan Ujang yang sangat
kecewa apabila ayahnya menyerang Kampung Teras Jernang kerana telah menganggotai
kumpulan pengganas. Pak Awang juga sanggup mencari Bustam yang telah hilang di
dalam hutan bersama-sama dengan keluarga Kasa.
4. Kita mestilah hormat dan patuh kepada ketua. Contohnya, Kudin hanya membantu
pertahanan dalam kampung walaupun da berhasrat untuk bertempur di dalam hutan
setelah dinasihatkan oleh Tuk Ketua ketika kampungnya diserang oleh pengganas di
kawasan hilir. Tuk Ketua bimbang akan keselamatan Kudin kerana dia akan berucap
dalam perhimpunan agung di Kuala Lumpur.
5. Kita hendaklah mempunyai pendirian yang teguh dan jangan mudah mengalah kepada
keadaan. Pak Awang sanggup dibuang kerja sebagai kerani rendah daripada berhenti
bergiat dalam Persatuan Pahlawan Kemerdekaan.
6. Kita hendaklah bersikap prihatin. bersimpati, dan bersedia membantu. Contohnya. Encik
Hasmun berhasrat menyekolah dan mendidik Kudin sehingga menjadi seorang ahli politik
yang terkenal Datuk Onn juga bercadang mahu membawa Kudin ke Johor.
7. Kita hendaklah mengenang jasa para pejuang tanah air yang sanggup berkorban demi
memerdekakan negara daripada dijajah. Tanpa mereka, kita mesti tidak dapat menikmati
kejayaan seperti hari ini Oleh itu, peranan kita pada hari ini ialah untuk mengisi
kemerdekaan setelah negara kita merdeka.

12 www.andrewchoo.edu.my
13 www.andrewchoo.com.my

You might also like