You are on page 1of 7

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI

Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah
oleh sesebuah Negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang
digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran,
system pendidikan, urusan perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi
dan antarabangsa. Bagi sesetengah negara, bahasa rsmi digunakan oleh kerajaan dan
pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan bahasa
kebangsaan.

Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu


sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran
negara. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian
negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat
kenegaraan seperti:

a) Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi


negara.
b) Media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatan
c) Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.
d) Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.
e) Penulisan semua jenis boring urusan rasmi kerajaan.

Selepas mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa


Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Bahasa Melayu telah digunakan
sepenuhnya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa
perbahasan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Begitu juga dalam
pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah, bahasa melayu telah
digunakan secara meluas. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
bertambah baik setelah seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada Jun
1991. Bahasa Melayu juga digunakan dalam urusan surat menyurat, minit
mesyuarat dan dokumen kerajaan termasuklah akta, buku rancangan pembangunan
Malaysia serta dokumen dan ucapan belanjawan Menteri Kewangan. Tegasnya,
bahasa Melayu telah digunakan dalam semua upacara rasmi pentadbiran di
Malaysia.

Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ditetapkan menjadi wahana komunikasi


dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan
bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan
persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun. Dengan menghayati dan
menghormati semangat perlembagaan itu, setiap pelaksana dasar kerajaan wajib
menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. Oleh itu, semua surat,
notis, minit mesyuarat, memorandum dan dokumen-dokumen lain mesti ditulis
dalam bahasa Melayu. Hal ini merupakan idealisme yang tersirat di sebalik
pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
negara Malaysia melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula
berkuat kuasa pada April 1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen yang meliputi
aspek tulisan, bentuk angka dan bahasa yang digunakan dalam boring rasmi
kerajaan. Pada tahun 1967, iaitu selepas 10 tahun merdeka, Akta Bahasa
Kebangsaan diluluskan dan mula berkuat kuasa pada 1 September 1967 di
semenanjung Malaysia. Akta ini kemudian disemak dan akhirnya disatukan dengan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan
1967.

Persamaan yang jelas antara kedua-dua akta ini adalah tentang bahasa Melayu
yang dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi kegunaan
masyarakat. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 memperuntukkan bahawa selepas 1
September 1967, bahasa Kebangsaa atau bahasa Melayu hendaklah digunakan
bagi maksud-maksud rasmi, kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti undang-
undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, perhubungan antarabangsa,
hubungan diplomatic dan sebagainya. Penekanan tentang penggunaan bahasa
dalam ‘semua urusan rasmi’ ini semakin mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi seperti yang ditulis oleh Nik safiah karim (1980:9)

“Jika ditinjau penggunaan bahasa Melayu hari ini, konsep “digunakan dalam
semua urusan rasmi”, ini boleh dikatakan sudah terlaksana, walaupun taraf
kejayaan masih menjadi tanda Tanya. Bahasa Melayu ialah bahasa pentadbiran
negara yang digunakan dalam hamper semua situasi, di pejabat-pejabat, dalam
mesyuarat-mesyuarat dan perdebatan di parlimen. Bahasa Melayu ialah bahasa
utama bagi alat sebaran kerajaan dan juga merupakan alat perhubungan dalam
kalangan sebahagian besar daripada penduduk negara ini,”

Hal ini bermakna, pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi jelas
termaktub dalam:

i) Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 Fasal 1(a) dan Fasal 3


ii) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Seksyen 2 dan Seksyen 6.

Terdapat juga keadaan bahasa minority turut diberikan pengiktirafan sama seperti
bahasa rasmi. Bahasa itu digunakan di sesebuah negara, diajarkan di sekolah-sekolah
dan digunakan dalam komunikasi rasmi, tetapi tidak semestinya sama status seperti
bahasa rasmi sebenar. Sebagai contoh, bahasa Tamil dan Mandarin diajar secara
rasmi di sekolah-sekolah jenis kebangsaan di Malaysia tetapi bahasa ini bukanlah
bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Justeru, bagi sesetengah negara perkara yang
berhubung dengan pilihan bahasa yang perlu digunakan sebagai bahasa rasmi menjadi
isu politik yang sentiasa diperdebatkan.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identity nasional dan
lambing bagi sesebuah bangsa atau negara. Bahasa Kebangsaan digunakan untuk
tujuan politik dan komunikasi rasmi. Bahasa Kebangsaan mempunyai kaitan rapat
dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri. Setiap negara yang merdeka perlu
memiliki bahasa Kebangsaan yang dapat melambangkan identity bangsa dan negara
tersebut. Namun demikian, ada negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa
Kebangsaan seperti negara kanada yang mengiktiraf bahasa perancis dan Bahasa
Inggeris yang digunakan secara bersama-sama. Sesuatu bahasa itu diiktiraf sebagai
bahasa Kebangsaan melalui penggubalan undang-undang.

Fungsi utama bahasa Kebangsaan secara khusus adalah untuk menyerlahkan


lambing inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga
pengisian bahasa kebangsaan juga dapat bertindak sebagai alat perhubungan dan
seterusnya akan menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai
pandangan hidup yang hampir sama. Usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia
melalui penggunaan satu bahasa yang sama ini dicadangkan berdasarkan system
pendidikan kebangsaan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955
yang kemudiannya dikenali sebagai nama Penyata Razak (1956). Bahasa Melayu pada
zaman awalnya berfungsi sebagai asas bagi perjuangan kemerdekaan dan seterusnya
sebagai asas untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan
pada zaman selepas kemerdekaan. Ternyata bahawa fungsi bahasa Melayu adalah
berterusan sepanjang zaman.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

Semasa pemerintahan British, penggunaan bahasa Melayu dalam system pendidikan


amat terhad. Bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah Melayu hingga darjah 4, di Maktab Perguruan Sultan Idris dan di maktab
Perguruan Perempuan Melaka. Kedudukan bahasa Melayu dalam system pendidikan
negara mulai meningkat apabila Penyata Razak (1956) dilaksanakan. Penyata Razak
juga merupakan asas kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini
menyatakan:

Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar. Walaupun perkara ini tidak dapat
dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-
ansur.

Tegasnya, Penyata Razak yang dijadikan Dasar Pelajaran Kebangsaan itu


adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu melalui system
persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
Penyata ini kemudiannya disemak oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul
Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran pada ketika itu. Jawatankuasa ini
mengeluarkan Laporan Rahman Talib 1960. Antara cadangan yang melibatkan
kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah:

a) Pelajaran rendah dalam bahasa Kebangsaan dimajukan dengan mengadakan


pelajaran menerusi bahasa kebangsaan di sekolah rendah kerajaan dengan
syarat ada guru yang sesuai, dan semua sekolah rendah bantuan akan diubah
menjadi sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan dengan
mengadakan guru yang mendapat latihan yang sesuai.
b) Bantuan separuh kepada sekolah menengah cina dimansuhkan mulai bulan
Januari 1960. Walau bagaimanapun, sekolah ini boleh menerima bantuan penuh
sekiranya bahasa pengantar diubah kepada bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris.
c) Semua peperiksaan awam di sekolah menengah dijalankan dalam bahasa-
bahasa rasmi negara sahaja.
d) Menambah bilangan guru-guru terlatih untuk sekolah menengah kebangsaan
dan guru-guru khas bahasa kebangsaan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan.
e) Mengusulkan supaya langkah-langkah selanjutnya diambil bagi mengukuhkan
kedudukan bahasa kebangsaan dalam system pendidikan Malaya. Dalam hal ini,
tiap-tiap calon diwajibkan lulus dalam bahasa kebangsaan, bagi peperiksaan
masuk sekolah menengah. Lulus bahasa kebangsaan juga diwajibkan bagi
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sejak tahun 1962.

Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam system
pendidikan negara ini, peralihan daripada bahasa pengantar bahasa Inggeris kepada
bahasa Melayu untuk berbagai-bagai mata pelajaran dimulakan pada tahun 1968. Mata
pelajaran yang mula-mula mengalami pertukaran ialah mata pelajaran yang dianggap
penting, iaitu Matematik dan Sains, kemudian diikuti Sejarah dan Geografi. Hal ini
bermakna bahasa Melayu telah diberikan status sebagai bahasa pengantar di peringkat
sekolah menengah buat pertama kalinya melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan. Secara
umumnya, pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah seperti yang
berikut:

You might also like