You are on page 1of 2

Sunday, June 21, 2009

Kepentingan Teknologi Maklumat

Tajuk: Bincangkan kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terhadap


pembangunan negara.

Pengenalan:
Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan pelan jangka panjang yang mampu
mengubah landskap Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) negara. TMK berupaya
menjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

A. Kepentingan TMK1.
Memantapkan pentadbiran negaraKerajaan Elektronik - sistem pentadbiran kerajaan akan
menggunakan TMK sepenuhnya. Segala data didokumentasikan untuk membolehkan
pemprosesan data lebih pantas, cekap dan efisien.

2. Meramal fenomena dan kejadian alam ( remote sensing )


Kemajuan TMK melibatkan penggunaan satelit. Satelit berupaya meramal fenomena alam dan
cuaca dunia. Cth: mengesan bencana alam seperti tsunami pada hari muka. Teknologi ini juga
penting dalam bidang pelayaran. Memberikan panduan kepada pengguna laluan laut.

3. Melahirkan masyarakat saintifik


Kewujudan sistem sekolah bestari mampu melahirkan masyarakat saintifik dan berinovatif. Para
pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Tamsilannya,
pelajar boleh mendapatkan nota-nota yang berkaitan dengan akademik daripada blog-blog yang
berkaitan.

4. Hubungan antarabangsa
Penggunaan alat komunikasi seperti telefon, faksimili, internet dan persidangan video .
Berita mutakhi, tepat dari luar negara diperoleh dengan mudah dan cepat melalui rakaman dan
siaran langsung .Hal ini akan merapatkan hubungan antara masyarakat dari negara-negara lain.

5. Meningkatkan tahap kesihatan


Kewujudan teleperubatan membantu para doktor tempatan untuk bertukar-tukar fikiran dengan
doktor pakar dari negara luar. Penemuan ubatan dan teknologi perubatan yang terkini dapat
disebarkan dengan pantas. Kaedah penjagaan kesihatan secara talian.

6. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D )


Rakyat tempatan boleh mempelajari dan memiliki teknologi canggih dari negara luar. Globalisasi
mampu meningkatkan persaingan. Bagi mengatasinya, rakyat perlu meningkatkan kualiti produk
menerusi R&D.

7. Meningkatkan ekonomi negaraPerdagangan antarabangsa dapat dijalankan secara talian dan


meningkatkan pengeluaran dan pemasaran produk tempatan lebih luas . Meningkatkan aliran
masuk mata wang asing dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Penutup
Sebagai intiha, TMK sememangnya penting dalam memajukan sesebuah negara. Namun,
penyalahgunaannya akan memudaratkan masyarakat dan negara.

You might also like