You are on page 1of 13

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 2
2 SOALAN TUGASAN 3
3 DEFINISI BAHASA BAKU 4

4 SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU 5

BIBLIOGRAFI 18

1
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan ketekunan, akhirnya saya dapat
menyiapkan kerja kursus untuk Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu . Ucapan terima kasih
juga ditujukan kepada kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Tn. Hj. Shahariman Bin Ahmad
yang banyak memberikan ilmu sepanjang pengajian.Segala tunjuk ajar yang diberikan
amatlah dihargai dan disanjungi.

Istimewa penghargaan ini ditujukan buat keluarga tersayang yang sentiasa menjadi
pendorong dalam meneruskan perjuangan ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan, pengalaman serta tunjuk ajar kalian menjadi


hadiah yang tidak ternilai. Terima kasih di atas nilai persahabatan dan kemesraan
yang dipamerkan, terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan dan kerjasama yang
dihulurkan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam
menghasilkan kerja kursus ini. Semoga jasa yang dicurahkan dapat membantu mereka yang
sememangnya memerlukan dan terus berbakti untuk menabur khidmat yang tiada
penghujungnya.

Sekian, terima kasih.

Pengenalan

2
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya,
makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari
segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu.
Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai
dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.
Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor
sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi
penutur yang berbeza-beza. Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh
ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa
Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa,
yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan.
Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa
tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa
tersebut.

Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara
menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu baku ialah variasi
yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul
dan berbincang. Dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-
ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang bersifat
bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor
Riau.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sebutan baku di sekolah-sekolah


dan pada semua acara rasmi Negara pada tahun1988. Kempen bahasa baku berjalan dengan
baik sehingga akhirnya menjadi sebati pada acara rasmi negara dan semakin selesa dituturkan
generasi muda. Akhir 1990-an, sistem sebutan baku yang hampir sebati dengan rakyat
Malaysia turut ditukar kembali menjadi sebutan asal. Sebutan baku digunakan di sekolah
hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja .

3
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Definisi dan Dasar

Menurut KAMUS Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan baku sebagai “ sesuatu yang
pokok, yang dasar, yang benar”.Kata itu diertikan sebagai “ sesuatu yang sudah diterima
sebagai betul dan sah ( bentuk, sifat dan lain – lain ) dan dapat dijadikan asas perbandingan
bagi bentuk dan sebagainya’’ ( berkenaan bahasa , ejaan, dan sebagainya).

Menurut Marzuki Nyak Abdullah dalam bukunya Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu
(1997), bahasa baku bermaksud “ Bentuk bahasa yang diterima untuk digunakan dalam
situasi rasmi seperti dalam perundangan , pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi, dan
alat sebaran am’’. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang dianggap standard berbanding
dengan variasi lain dalam pertuturanbahasa Melayu.

Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan di dalam
semua aspek bahasa iaitu berusaha dan melakukan proses pengekodan, kutipan informasi
pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat dan yang telah menjadi
norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu.
Menurut ahli linguistik Einar Haugen bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang
menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Ia dikatakan sebagai "loghat
yang paling betul" bagi sesuatu bahasa. Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa
baku sudah dikodifikasikan, baik dari segi ejaan, peristilahan, mahupun tatabahasa, walaupun
kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan penyeragaman kod yang mutlak.
Awang Sariyan (1989:38) pula memberi pengertian bahasa baku sebagai satu ragam bahasa
yang digunakan untuk suasana dan keperluan rasmi atau formal.

Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan . Maksudnya setiap
huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Datuk
Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : “Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku
Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut
sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris”.
4
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara


penyebutannya. Secara khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk mewujudkan satu
variasi sebutan baku dalam Bahasa Melayu yang digunakan dalam situasi formal.
Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna Bahasa
Melayu. Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya sistem
sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa,
kosa kata, sistem ejaan, dan laras bahasa.

Secara khusus untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur , dan mengurangkan
penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek
setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Penggunaan sebutan baku
di sektor pendidikan di Malaysia dilaksanakan bermula pada penggal kedua persekolahan
dalam tahun 1988.

Dasar umum sebutan baku telah ditetapkan bahawa sebutan baku bagi kata bahasa Melayu
hendaklah berdasarkan ejaan, iaitu sebutan menutur perlambangan huruf dan penyukuan kata,
serta fungsinya dalam ayat. Dalam hal ini, terdapat beberapa ciri sebutan yang perlu diberi
perhatian iaitu sebutan huruf, sebutan kata dan intonasi.

Dalam aspek ciri sebutan huruf, setiap huruf di dalam ejaan rumi dan jawi hendaklah jelas
menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Kita telah mempunyai tulisan jawi
yang digunakan sejak abad ke-12 apabila Islam memperkenalkan aksara Arab. Semua kitab
dan hikayat Melayu tertulis dalam tulisan jawi. Pada tahun 1984, sistem ejaan Jawi itu
diperkemas supaya sesuai dengan kehendak zaman. Tulisan Rumi pula sudah disusun pada
tahun 1904 oleh R.J. Wilkinson dan kemudian diperkemas oleh Za’ba menjadi Ejaan
Sekolah. Sistem ini digunakan berpuluh-puluh tahun, dan kemudian pada tahun 1972
diperkemas pula menjadi sistem Ejaan Baru. Oleh yang demikian, jelas bahawa aspek ejaan
telah baku, walaupun penyempurnaan tetap perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

5
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Berdasarkan dasar pembakuan sebutan kata pula, sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan
secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola-pola suku kata), sama ada kata
dasar atau kata terbitan.

Dasar sebutan baku yang seterusnya ialah intonasi yang melibatkan nada suara yang turun
naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap. Dasar ini hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk
ayat atau kalimat di dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.Intonasi
ini juga mestilah mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan
jenis dan bentuk ayat.
Dasar sebutan baku ialah mengikut sistem fonemik, disebut sebagaimana dieja dan dieja
sebagaimana disebut dan tiada huruf yang disenyapkan. Dasar sebutan fonemik ini atau
sebutan berasaskan ejaan ini seringkali juga dikritik dan dipertikaikan apabila ada orang-
orang tertentu yang menafsirkan dasar itu menurut pengertian selapis sahaja, atau apabila ada
orang yang menekankan kekecualian- kekecualian yang berlaku lebih daripada prinsip itu
sendiri.

2. Perbezaan Sebutan Baku dan Johor-Riau


Sebutan Baku mestilah dilafazkan
GEORGETOWN: Hujan dengan jelas dua
lebat hampir setiap
jam,hurufnya
semalammengikut
menyebabkan nilai bunyi
bahasa Melayu yangperkampungan
beberapa dilambangnya.Sebutan kata di
di Batu Feringgi hendaklah berdasarkan
sini, dilanda banjir kilatejaan
dan secara
keseluruhan dan jugalumpur,
banjir berdasarkan bentuk
manakala kata (pola
lereng bukit suku kata), sama
di Taman Chee ada kataTanjung
Seng, dasar atau kata
terbitan.NadaBunga,
suara yang digunakan
runtuh. Namun,semasa bercakap
kejadian hendaklah
yang bermula ditentukan
jam 12 tengahberdasarkan
hari itu jenis
dan bentuk ayat dalam
tidak bahasa Melayu
mengakibatkan serta keperihalan
kerosakan teruk hartakeadaan yangkehilangan
benda atau berkenaan.jiwa.

Tinjauan Berita Harian mendapati Kampung Cheti dan Kampung Paya


yang mempunyai 58 rumah, terjejas berikutan banjir kilat sehingga
menyebabkan ada rumah dinaiki air sehingga 0.6 meter,selain dipenuhi
lumpur. Penghuni tidak sempat berbuat apa-apa kerana banjir lumpur
dari projek perumahan di lereng bukit mengalir deras, hingga
menyebabkan paras air longkang naik mendadak sebelum memasuki ke
dalam rumah. Difahamkan, ini adalah kali ketiga rumah penduduk
terbabit dinaiki air bulan ini dan keempat bagi tahun ini.Perlu adanya
6
satu teknologi untuk memberi isyarat yang banjir akan berlaku di
tempat-tempat yang tertentu.
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Berdasarkan petikan di atas di bawah ini diberikan perbezaan sebutan baku dan Sebutan
Johor-Riau.

1. Untuk sebutan baku vokal < a > diucapkan [ a ] pada sebarang kedudukan, sama
ada di awal, di tengah atau di akhir kata.Untuk sebutan Johor-riau akhiran ‘a’ yang
dibunyikan sebagai ‘ě’

Ejaan Sebutan Baku Sebutan Johor-Riau


dua [ du + a ] [ du + ә ]
beberapa [ be + be + ra + pa [ be + be + ra + pә ]
]
manakala [ ma + na + ka + la [ ma + nә + ka + lә ]
]
dilanda [ di + lan + da ] [ di + lan + dә ]
harta [ har + ta ] [ ha + tә ]
jiwa [ ji + wa ] [ ji + wә ]
paya [ pa + ya ] [ pa + yә ]
ketiga [ ke + ti + ga ] [ ke + ti + gә ]
hingga [ hing + ga ] [ hing + gә ]
berita [ be + ri + ta ] [ be + ri + tә ]
kerana [ ke + ra + na ] [ ke + ra + nә ]

7
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2. Untuk sebutan baku vokal < u > yang melambangkan bunyi [ u ] manakala
sebutan Johor –Riau vokal < u > dibunyikan [ o ].

Ejaan Sebutan Baku Sebutan Johor-Riau


runtuh [ run + tuh ] [ run + toh ]
lumpur [ lum + pur ] [ lum + po ]
kampung [ kam + pung] [kam + pong ]
namun [ na + mun ] [ na + mon ]
teruk [ te + ruk ] [ te + rok ]
tahun [ ta + hun ] [ ta + hon ]
berikutan [ ber + iku + tan ] [ be + iko + tan ]

3. Sebutan baku bagi huruf <r> hendaklah disebut dengan bunyi [r] pada awal suku kata
atau akhir suku kata.Untuk sebutan johor riau bunyi [r] biasanya dilenyapkan.

Ejaan Sebutan Baku Sebutan Johor-Riau


banjir [ ban + jir ] [ ban + ji ]
terjejas [ ter + je + jas ] [ te + je + jas ]
mengalir [ me + nga + lir ] [ me + nga + li ]
meter [ me + ter ] [ me + te ]

3. Huruf <g> dalam sebutan baku hendaklah disebut dengan bunyi [g].

Ejaan Sebutan Baku Sebutan Johor-Riau


teknologi [ tek + no + lo + gi [ tek + no + lo + ji ]
]

4. Pemenggalan suku kata dalam penyebutan kata terbitan yang berakhiran –i dalam
ejaan dan dalam sebutan tidak sama.

Ejaan Sebutan Baku Sebutan Johor-Riau


memasuki [ me + ma + su + ki [ me + ma + sok + ki ]
]

8
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Kebaikan Sebutan Baku


1. Alat Perpaduan
Pembakuan bahasa secara bersama dan meluas mampu menjadi teras perpaduan bangsa
Malaysia.Bahasa baku sebagai bahasa penggunaan rasmi bukan sahaja di peringkat sekolah
malah ia digunaka di pengajian tinggi dan majlis-majlis rasmi.bahasa baku mempunyai
standard dan mengikut struktur bahasa akan memperkukuhkan perpaduan satu Malaysia.
Dengan menggunakan satu bahasa yang sama di kalangan seluruh rakyat,maka ciri-ciri
perpaduan masyarakat rakyat dapat dipupuk.
2. Sebutan Baku Mudah diterima
Sebutan baku ini mudah diterima oleh pelbagai pihak kerana sifat keterbukaaannya kepada
bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan
mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa. Dunia semakin berkembang,
masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan
bahasa baku. Sejak dahulu Bahasa baku ini dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan
toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing.

3. Sebutan Baku lambang Negara


Pembakuan bahasa ini menjadi satu lambang identiti kepada bangsa dan negara.Bahasa baku
menjadikan Malaysia sebagai negara berdaulat dan beridentiti. Malah dengan bahasa baku
kita sebenarnya menjelmakan identiti kita yang sah. Kebaikan ini menjelaskan bahawa
pembakuan bahasa tidak berkaitan sama sekali dengan kehilangan identiti bangsa ataupun
negara. Sebaliknya salah satu tujuan pembakuan bahasa ialah untuk menimbulkan identiti
yang lebih jelas sebagai tanda wujudnya bangsa dan negara kita.

4. Dapat menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur :

Masyarakat negara kita mempunyai pelbagai dialek mengikut daerah mereka.Dialek ini
tentunya sukar untuk difahami jika kita bukan berasal dari daerah yang sama. Perbezaan amat
ketara antara dialek kelantan dan dialek Kedah. Umpamanya penggunaan perkataan bela
membawa maksud yang kotor bagi masyarakat di Kelantan sedangkan bagi dialek lain
9
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

maksudnya pelihara. Begitu juga dengan penggunaan ayak di Kedah yang bemaksud air,
sedangkan maksud saring bagi dialek lain. Perbezaan ini terjadi dari segi pertuturan dan
maksud perkataan. Dalam pembakuan bahasa ia dapat memperlihatkan unsur-unsru kebakuan
dan dialek-dialek ini dapat digugurkan.Adanya sebutan baku ini dapat menyatukan beberapa
penutur menjadi satu bahasa yang mudah difahami dan mampu dituturkan.

5. Penting Untuk Media

Bagi pihak media massa penggunaan bahasa baku ini amat penting. Siaran melalui media
elektronik (radio, televisyen dan filem), seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan,
ulasan dan pengacaraan sesuatu rancangan. Dengan adanya satu bahasa yang standard dalam
dalam media massa, masalah yang timbul disebabkan salah faham yang berlaku di kalangan
rakyat dapat di atasi.Selain itu, penggunaan bahasa Melayu baku dalam media massa juga
boleh mengelakkan berlakunya percanggahan tafsiran ekoran daripada penggunaan dialek di
Malaysia. Penggunaan di media masaa juga dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang
penggunaan baku yang sebenarnya.

6. Sebutan baku menurut prinsip fonemik


Ia dapat memudahkan guru mengajar dan murid belajar mengucapkan bahasa Melayu dengan
tidak lagi dibingungkan oleh kecualian-kecualian yang berbagai-bagai, misalnya ada kata-
kata yang disebut menurut bunyi fonetik Riau-Johor, ada yang disebut menurut bunyi fonetik
Inggeris seperti *indastri, *jenerasi dan *yunit untuk industri, generasi dan unit dan ada
yang menurut sebagaimana yang dieja secara fonemik.
Sebutan baku menurut prinsip fonemik dapat dianggap sebagai sebutan estetik yang sesuai
untuk lagu-lagu Melayu, untuk deklamasi sajak dan untuk pidato, ceramah, syarahan dan apa
saja ucapan yang bersifat formal seperti pembacaan warta berita RTM, pengumuman rasmi
kenegaraan dan sebagainya..Ia juga dapat memperlihatkan kelebihan bahasa Melayu jika
dibandingkan dcngan bahasa Inggeris yang kacau ejaannya sehingga sebutannya tidak selaras
dengan ejaannya itu. Kata Mario Pei: “English spelling is the world’s mostawesome mess”.

10
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Keburukan Sebutan Baku


1. Kesalahan tatabahasa
Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul. Pembakuan
bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan untuk
mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha pengembangan bahasa Melayu baku di Malaysia
dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak perubahan yang
berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat pengguna bahasa
Melayu. Akibat dari kekeliruan ini maka ramai pihak enggan menggunakan sebuatan baku
ini.
2. Gangguan komunikasi
Penggunaan bahasa baku lebih kepada pihak sekolah dan acara rasmi. Hanya pihak-pihak
tertentu yang menggunakan bahasa baku ini.Penggunaan yang tidak meluas boleh
menggangu komunikasi setempat.Pelaksanaannya yang tidaklah menyeluruh di mana
golongan seperti pekebun,penjual dan lain-lain lagi tidak menjadikannya sebagai keperluan
berbahasa. Oleh itu, apabila golongan ini melakukan urusan rasmi mereka tidak dapat
mengelakkan daripada gangguan komunikasi. Komunikasi akan menjadi tidak lancar kerana
golongan ini tidak mengamalkannnya dalam kehidupan seharian mereka. Seharusnya bahasa
baku ini menjadi saluran komunikasi yang berkesan pada seluruh golongan masyarakat dan
bukannya hanya untuk sekelompok manusia sahaja.

3. Pengaruh Bahasa Ibunda


Satu daripada kesalahan umum penutur bukan Melayu ialah kegagalan mereka mengenali
perbezaan antara bunyi é dan e (schwa) semasa membaca dan menulis( Abdullah Hassan,
1980:28) . Perbezaan antara sepak dan sépak adalah jauh berbeza. Begitu juga kebanyakan
penutur Cina tidak dapat menyebut bunyi sengau lelangit kerasnya dan lelangit lembut
dengan tepat. Oleh sebab ejaan setiap bunyi itu mempunyai dua lambang maka ia sering
disebut sebagai dua bunyi. Kadang-kadang penutur Melayu pun ada melakukan kesalahan ini.
Kesalahan tersebut sering terjadi apabila huruf gabungnya diucapkan sebagai dua bunyi iaitu
dan y/i, seperti dalam banyak atau ban- niak(sepatutnya ba-nyak).
11
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

4. Bahasa Dialek/ Daerah


Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga dialek (dialék) bermaksud satu bentuk bahasa yang
digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa
standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Pemilihan kepada penggunaan bahasa
daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya di sekolah, guru-guru mengambil
jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa
penghantar dengan alasan murid lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh
guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi
kemesraan antara guru dan murid. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan
melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa baku. Dalam masyarakat pula,
pemilihan penggunaan bahasa dialek ini dalam situasi-situasi rasmi adalah untuk
memudahkan komunikasi dan juga mewujudkan kemesraan sesama mereka. Seharusnya
sikap ini dielakkan agar kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dapat dibendung dan usaha
pembakuan itu dapat mencapai satu tahap yang membanggakan.

Rumusan
Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima
sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Bahasa baku
ialah bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya seperti ejaan, bentuk kata,
tatabahasa, dan lain-lain dan diterima oleh masyarakat bagi norma penggunaan yang betul
atau sahih,disebut juga bahasa standard.

12
HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Sebutan baku juga lebih menjurus kepada wacana rasmi dan hal-hal berkaitan dengan
pendidikan sahaja. Sebutan baku berupaya menghindarkan kecelaruan sebutan yang timbul
akibat perbezaan latar belakang dialek, etnik dan geografi. Sebutan baku dapat menjadi
benteng daripada pengaruh sosiolinguistik yang pada asasnya mengalah dan tunduk kepada
kebiasaan masyarakat
Kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah penguasaan bahasa oleh generasi muda
kita, dari murid sekolah rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi pemimpin negara
adalah jauh dari memuaskan. Kurang penekanan dalam penggunaan sebutan baku
menyebabkan ia tidak berjaya dilaksanakan.
Semua pihak wajib membuat penguatkuasaan dan pengawasan bagi memastikan bahasa
Melayu baku ini digunakan secara meluas. Penggunaan bahasa baku perlu dititikberatkan
terutama pada papan iklan, papan perniagaan ,jalan, bangunan dan lain-lain. Demikian juga
bahasa Melayu baku hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat,
ucapan, taklimat dan sebagainya.
Di samping itu, media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut
sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan
pengguna bahasa Melayu. Pengamal-pengamal media perlu turut bekerjasama
memartabatkan bahasa Melayu yang bermutu tinggi. DBP juga perlu diberi kuasa undang-
undang untuk menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan
kesalahan bahasa.
Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas
berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa
baku yang betul. Semoga dengan langkah-langkah ini, kita semua dapat memantapkan
bahasa Melayu Baku dan tidak mustahi menjadikannya sebagai bahasa antarabangsa.

13

You might also like