You are on page 1of 13

AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

DAN ISU-ISU ALAM SEKITAR BAGI


PEMBANGUNAN
LADANG / PERTANIAN

Oleh

RAMLI ABD. RAHMAN


JABATAN ALAM SEKITAR
NEGERI TERENGGANU
ISU-ISU ALAM SEKITAR BERHUBUNG
PEMBANGUNAN LADANG

A. Pembukaan tanah / Tanam Semula

a. Hakisan

b. Banjir / lumpur

c. Pencemaran air - kelodakan sungai

d. Pelupusan pokok-pokok/tumbuh-tumbuhan/
sisa pepejal

e. Pembakaran terbuka.

B. Operasi Ladang

a. Pelupusan sisa-sisa racun / baja - Buangan


Terjadual

b. Pencemaran air - pelupusan effluen atas


tanah yang tidak terkawal

2
c. Pembakaran Terbuka

AKAS 1974 Dan Peraturan/Garispanduan


berhubung pembangunan ladang.

PERANCANGAN PROJEK

A. Keperluan Kajian EIA

(i) Seksyen 34A, AKAS 1974 (Pindaan 1996)

- Subseksyen 6 - Keperluan menjalankan


EIA bagi aktiviti yang ditetapkan.

(ii) Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang


Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam
Sekeliling) 1987.

- Senarai aktiviti berasaskan pertanian/


perladangan.

3
Aktiviti 1 : Pertanian

(a) Skim-skim kemajuan tanah yang meliputi


kawasan seluas 500 hektar atau lebih untuk
menjadikan tanah hutan tanah pengeluaran
pertanian.

(b) Program-program pertanian yang memerlukan


penempatan semula 100 keluarga atau lebih.

(c) Pembangunan estet pertanian yang meliputi


kawasan seluas 500 hektar atau lebih yang
melibatkan perubahan jenis-jenis kegunaan
pertanian.

4
Aktiviti 6 : Perhutanan

(a) Pengubahan penggunaan tanah bukit kepada


kegunaan tanah lain meliputi kawasan seluas
50 hektar atau lebih.

(b) Pembalakan atau pengubahan penggunaan


tanah hutan kepada kegunaan tanah lain di
dalam kawasan tadahan di kolam-kolam
takungan air yang digunakan bagi bekalan air
perbandaran, pengairan atau penjanaan kuasa
hidro atau dalam kawasan-kawasan yang
bersempadan dengan taman-taman negeri
dan negara dan taman-taman laut negara.

(c) Pembalakan meliputi kawasan seluas 500


hektar atau lebih.

(d) Pengubahan penggunaan kawasan hutan


paya laut bagi kegunaan perindustrian,
perumahan atau pertanian meliputi kawasan
seluas 50 hektar atau lebih.

(e) Pembersihan kawasan hutan paya laut di


pulau-pulau bersebelahan dengan taman-
taman laut negara.

5
Penyediaan Laporan EIA berdasarkan :

(i) Handbook Of Environmental Impact


Assessment Guidelines.

(ii) Environmental Impact Assessment Guidelines


For FORESTRY.

B. Ulasan Kesesuaian Tapak (PAT)

- Bagi projek / aktiviti yang tidak tertakluk


kepada EIA.

- Dirujuk oleh UPEN / Pejabat Tanah / Pihak


Berkuasa Tempatan.

- Garispanduan Kawalan dan pencegahan


hakisan tanah dan kelodak di Malaysia.

6
PELAKSANAAN/OPERASI PROJEK

A. Pematuhan Syarat-Syarat Kelulusan EIA

Seksyen 34A, AKAS 1974 (Pindaan 1996)

- Subseksyen 7 -
Pelaksanaan
Langkah Kawalan

- Subseksyen 8 -
Denda bagi tidak
melaksanakan langkah
kawalan atau tidak
menjalankan Kajian EIA.

- RM 100,000.00 atau
penjara 5 tahun atau
kedua-duanya.

7
B. Penguatkuasaan Melalui Akta/Peraturan-
Peraturan Berkenaan

(i) AKAS 1974

Seksyen 22 - Sekatan Mengenai


Pencemaran Udara

- Peruntukan Lesen
Pelanggaran terhadap syarat-
syarat yang diterima bagi
melepaskan bahan buangan ke
udara.

- Denda - RM 10,000
atau penjara tidak
lebih 2 tahun atau
kedua-duanya.

8
(ii) AKAS 1974 (Pindaan 1996)

Seksyen 22 - Denda - RM
100,000 atau
penjara tidak lebih 5
tahun atau kedua-
duanya.

(iii) AKAS 1974, Pindaan 1998

Mengadakan peruntukan baru iaitu:-

Seksyen 29 A - Larangan atas


pembakaran terbuka

Pertambahan denda
kepada RM 500,000 atau
penjara tidak lebih 5 tahun
atau kedua-duanya.

9
(iv) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Udara Bersih) 1978

Peraturan 11 - Syarat-Syarat Bagi


Pembakaran Terbuka

Tiada seorang boleh menyebab, membiar,


membenar pembakaran terbuka tanpa
kebenaran Ketua Pengarah Alam Sekitar.

Peraturan 12 - Lesen Pembakaran Terbuka

Ketua Pengarah boleh memberi lesen


pembakaran terbuka dalam keadaan
tertentu iaitu pembakaran terbuka adalah
hanya satu cara pelupusan ekonomi yang
praktik dan pembakaran itu tidak akan
menyebabkan pencemaran.
10
(v) Peraturan-peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)
(Getah Asli Mentah) 1978;

(vi) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam


Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)
(Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977;

C. GARISPANDUAN UNTUK AKTIVITI-AKTIVITI


YANG DIKECUALIKAN DARIPADA
LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA

- Ditetapkan kepada 12 aktiviti yang


dikecualikan daripada larangan pembakaran
terbuka dan hanya boleh dijalankan dengan
syarat-syarat ketat. Kesalahan mana-mana
syarat yang ditetapkan boleh didakwa di
bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

11
Contoh:

Pembakaran yang sengaja dilakukan pada


tanah-tanah pertanian untuk mengawal penyakit
dan serangga perosak.

(i) Hanya tanaman yang berpenyakit sahaja


dan yang disahkan oleh Jabatan Pertanian
boleh dibakar;

(ii) Tanaman yang berpenyakit hendaklah


ditebang dan dikeringkan sebelum
dibakar;

(iii) Pembakaran bahan tanaman yang


berpenyakit hendaklah dijalankan pada
waktu siang hari di antara 1.00 petang
hingga 6.00 petang;

(iv) Pembakaran terbuka hendaklah dikawal


pada setiap masa oleh seorang yang
berkelayakan, sehingga api dipadamkan;

12
(v) Bahan-bahan seperti tayar lama, getah,
plastik, minyak pekat dan bahan-bahan
lain yang boleh melepaskan asap hitam
tidak boleh digunakan sebagai bahan
pemakin api untuk membakar bahan
tanaman yang berpenyakit;

(vi) Pembakaran bahan tanaman yang


berpenyakit hanya boleh dilakukan
semasa musim kering;

(vii) Pembakaran bahan tanaman yang


berpenyakit hendaklah dijalankan jauh
daripada jalanraya atau laluan utama;

(viii) Langkah-langkah kawalan hendaklah


diwujudkan untuk mengelakkan asap
daripada pembakaran tidak menyebabkan
kacau ganggu kepada penduduk-
penduduk berhampiran dan mengganggu
penglihatan; dan

(ix) Tiada apa-apa pembakaran bahan


tanaman berpenyakit boleh dijalankan
apabila nilai IPU di stesen pengawasan
kualiti udara terdekat melebihi 100.
TRG/EIA/LADANG.DOC/RAR/mrk/ja

13

You might also like