You are on page 1of 7

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut.

Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan .

PENCEMARAN
Isi penting

1. Pencemaran udara – penyakit pernafasan


2. Pencemaran udara – penipisan lapisan ozon
- barah kulit
3. Pencemaran tanah – hakisan, tanah runtuh
4. Pencemaran air – hidupan air, bekalan air
terjejas
Pendahuluan

Pencemaran alam sekitar sudah menjadi lumrah di


negara-negara maju.(AF)
Pencemaran seolah-olah tidak dapat dielakkan jika
terdapat sebarang aktiviti pembangunan di sesuatu
tempat. (AH)
Pencemaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa
beberapa keadaan seperti pencemaran udara, iklim,
tanah dan air. (AS)
Pencemaran boleh memudaratkan kesihatan manusia. (AF)
Pencemaran udara menyebabkan manusia bernafas dalam
udara yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit
berbahaya seperti asma. (AH)
Pencemaran udara juga mengakibatkan penipisan lapisan ozon
di atmosfera dan mewujudkan kesan rumah kaca. (AH)
Penipisan lapisan ozon menyebabkan cahaya ultra ungu
matahari yang berbahaya kepada kulit manusia menembusi
atmosfera. (AH)
Sesungguhnya kesan pencemaran amat dirasai terutama sekali
oleh manusia.
Pencemaran juga boleh mengakibatkan hakisan dan
tanah runtuh.(AF)
Pencemaran tanah disebabkan oleh aktiviti pembalakan,
pertanian dan juga pembinaan.(AH)
Kawasan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi
untuk terkena hakisan dan tanah runtuh ialah di
kawasan tanah tinggi.(AH)
Kejadian tanah runtuh amat berbahaya kerana boleh
mengakibatkan kehilangan nyawa dan juga harta benda.
(AH)
Oleh itu, adalah kurang selamat bagi manusia membina
rumah kediaman berhampiran dengan tanah tinggi.(AS)
Pencemaran air disebabkan oleh aktiviti pembuangan sisa
kumbahan, sisa toksik dan minyak kenderaan ke dalam parit,
sungai atau laut.(AF)
Sumber air adalah sangat penting kepada kehidupan harian
manusia. (AH)
Manusia memerlukan air sebagai sumber minuman dan juga
sumber protien.(AH)
Sumber air yang tercemar menyebabkan air tersebut beracun
dan tidak selamat diminum. (AH)
Lebih malang lagi, pencemaran air turut menjejaskan pelbagai
kehidupan lain yang bergantung hidup kepada sumber air.. (AS)
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap
manusia untuk memastikan keadaan pencemaran alam
sekitar berada pada tahap yang minimum. (AC)
Adalah malang jika kita menunggu sehingga keadaan
menjadi parah ibarat telur di hujung tanduk baru kita
hendak berusaha mengawalnya.(AK)
Keadaan menjadi tidak berguna sekiranya nasi telah
menjadi bubur.(AC)

You might also like