You are on page 1of 15

Mikroekonomi.

(Permintaan)

Oleh:
Ainil Fatieha binti Abdul Razak.
Jawab soalan-soalan yang dibawah.

1) Nyatakan tiga faktor 2) Dapatkan permintaan


utama yang menghasilkan individu dan pasaran.
keluk/hubungan sonsang
antara harga dan kuantiti.
• Hukum permintaan menerangkan hubungan
songsang antara kuantiti diminta dengan
tingkat harga,iaitu semakin rendah tingkat
harga sesuatu barangan,semakin tinggi
kuantiti diminta terhadap barangan tersebut
dan sebaliknya berlaku jika tingkat harga
adalah tinggi.
I. Tiga faktor utama ialah:
I. Faktor barang pengganti(kesan penggantian)
 Apabila harga sesuatu barang turun,barang
tersebut secara relatifnya lebih murah
berbanding dengan barang
penggantinya,maka pengguna akan
mengurangkan penggunaan barang
pengganti lain dan menambahkan pembelian
ke atas barang yang turun harag tersebut.
 Sebaliknya apabila harga barang itu
meningkat,barang tersebut secara relatifnya
lebih mahal berbanding dengan barang
penggantinya,maka pengguna akan mencari
barang pengganti yang lebih murahdan kurang
membeli barang yang telah dinaik harga
tersebut.
Faktor pendapatan benar(kesan pendapatan
benar)
 Apabila haraga sesuatu barang itu turun,maka pendapatan
benar pengguna akan bertambah.Hal ini kerana dengan
pendapatan wang yang sama,kuasa membeli pengguna
akan meningkat dan menyebabkan lebih banyak kuantiti
barang tersebut dapat dibeli.

 Sebaliknya jika harga barang meningkat,pendapatan benar


pengguna akan menurun yang membawa kepada kuasa
pembeli yang berkurangan kerana hanya dapat membeli
kuantiti barang yang sedikit berbanding sebelumnya.
Faktor utiliti sut berkurangan.
 Apabila penggunaan satu unit barang
bertambah,kepuasan utiliti sut yang diperoleh
akan berkurang.
 Oleh itu,untuk menggalakkan pertambahan
penggunaan,penjual hendaklah mengurangkan
harga.
 Maka kita akan mendapati bahawa apabila
harga turun,kuantiti diminta untuk barang itu
akan bertambah.
Permintaan individu dan permintaan
pasaran.
I. Permintaan individu merupakan permintaan yang datang
daripada unit perseorangan atau isi rumah.
II. Permintaan ini bergantung kepada harga barang
tersebut(Px),harga barang lain(Pn),pendapatan pengguna
dan citarasa semua(T)
III. Permintaan individu boleh diterangkan melalui jadual
permintaan individu,keluk permintaan individu dan
persamaan permintaan individu.
IV. Permintaan pasaran merupakan jumlah kuantiti yang
diminta oleh semua individu dalam masyarakat dalam
setiap tingkat harga dan jangka masa tertentu.
a. Jadual permintaan individu
Jadual permintaan menunjukkan data
tentang hubungan antara harga dengan
kuantiti barang diminta oleh individu seperti
yang ditunjuk dalam jadual 3.2.
Jadual tersebut menunjukkan semakin tinggi
harga barang x,semakin sedikit kuantiti yang
diminta.
Sebaliknya,semakin rendah harga barang
x,semakin banyak kuantiti yang diminta.
Keluk permintaan individu.
I. Berdasarkan hubungan antara harga dengan
kuantiti barang x yang ditunjukkan dalam jadual
3.2,kita boleh membentuk satu keluk permintaan
barang x bagi individu tersebut.
II. Paksi tegak menunujukkan pelbagai tingkat harga
dan paksi mendatar menunjukkan pelbagai
kuantiti barang x yang diminta.Titik A,B,C ,D dan E
masing-masing menunjukkan tingkat harga yang
berlainan dengan kuantiti barang x yang berbeza.
Jadual 3.2:Jadual permintaan barang x.
Harga seunit Permintaan Permintaan Permintaan Titik diatas
(Px) individu A individu B pasaran(A+B) keluk
permintaan
pasaran.
5 3 0 3 A

4 5 3 8 B

3 7 6 13 C

2 9 9 18 D

1 11 12 23 E
• Berdasarkan data-data daripada Jadual 3.2, kita
boleh membentuk keluk permintaan individu A,
individu B dan keluk permintaan pasaran seperti
dalam Rajah 3.2.
Harga Harga

5 DA 5 DB
4 4
3 3
2 2
1 DA 1 DB
Kuantiti Kuantiti
0 3 5 7 9 11 0 3 6 9 12
(a) Keluk permintaan individu A (b) Keluk permintaan individu B
Harga
D P

5 A
4 B
3 C
2 D
1 E D P

Kuantiti
0 3 8 13 18 23
(c) Keluk permintaan pasaran

• Berdasarkan Rajah 3.2,keluk D D ialah keluk permintaan individu A,


A A

keluk D D ialah keluk permintaan individu B,sementara keluk D D


B B P P

ialah keluk permintaan pasaran yang diperoleh dengan


mencampurkan keluk-keluk permintaan individu secara mendatar
dan lebih landai berbanding dengan keluk permintaan individu.
• Andaikan hanya terdapat dua pembeli sahaja
dalam setiap pasaran,iaitu A dan B.
• Jadual permintaan individu A dan B terhadap
barang x ditunjukkan dalam jadual 3.2.
• Permintaan pasaran diperolehdengan
mencampurkan jumlah yang diminta oleh A
dan B dalam setiap tingkat harga.
• Pada tingkat harga yang lebih
rendah,permintaan individu A dan B
meningkat.Oleh itu,permintaan pasaran turut
meningkat.
• Permintaan pasaran:Kuantiti diminta individu
A + kuantiti diminta oleh individu B.
• Pada harga RM5,permintaan
pasaran=3unit+0unit=3unit.
• Pada harga RM4,permintaan
pasaran=5unit+3unit=8unit.
• Pada harga RM3,permintaan
pasaran=7unit+6unit=13unit.
• Pada harga RM2,permintaan
pasaran=9unit+9unit=18unit.
• Pada harga RM1,permintaan
pasaran=11unit+12unit=23unit.

You might also like