You are on page 1of 2

Soalan Contoh

Huraikan pendapat anda tentang rakyat yang berminda kelas pertama seperti yang dipaparkan
dalam rajah di bawah ini. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Berilmu Pengetahuan
Berakhlak mulia

Ciri-Ciri Rakyat Berminda Kelas Pertama

Berfikiran yang konstruktif


Mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif

Jawaban:
Strategi:
T=Modal Insan yang memiliki Minda Kelas Pertama
K=Ciri
F=Umum
Isi:
1. memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
2. mempunyai pemikiran yang kritikal dan kreatif.
3. memiliki pemikiran yang konstruktif
4. memiliki akhlak yang mulia

(AR) Pembentukan minda kelas pertama menjadi agenda penting negara. (AR) Aspek ini tidak
terbentuk dengan sendiri, sebaliknya perlu ada usaha untuk memupuk minda kelas pertama
secara sistematik dan terarah. (AR) Dalam hal ini, negara harus membentuk asas yang kukuh
bagi menghasilkan modal insan yang berminda kelas pertama. (AA) Persoalannya ialah apakah
ciri-ciri modal insan yang memiliki minda kelas pertama seperti yang dihasratkan oleh kerajaan?
(AJ) Salah satu ciri modal insan yang memiliki minda kelas pertama ialah mereka mestilah
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. (AH) Ilmu ini diperoleh melalui aktiviti pembacaan,
penulisan dan berdiskusi. (AH) Ketiga-tiga perkara inilah yang akan merangsang minda kita
untuk berfikir. (AC) Sebagai contohnya, rakyat yang berminda kelas pertama akan
menghabiskan masa lapangnya dengan membaca kerana mereka sedar bahawa membaca
jambatan ilmu. (AP) Hal ini membuktikan bahawa pengetahuan yang ada pada diri menjadi
ukuran atau tanda aras seseorang itu memiliki Minda Kelas Pertama.

Selain itu, (AJ) modal insan tersebut mempunyai pemikiran yang kritikal dan kreatif. (AH) Untuk
membentuk minda kritikal, seseorang itu mesti banyak bertanya, iaitu bertanya kepada diri
sendiri dan bertanya kepada orang lain. ....(lihat Buku Longman Super Skor Bahasa
Malaysia Tg. 4 dan 5)

You might also like