You are on page 1of 6

MAKSUD(Pantun Enam Kerat)

Rangkap Pertama :Hujan, panas, atau ancaman keris dan lembing tidak dihiraukan
asalkan dapat memenuhi hajat di hati.

1. Rangkap 1 -
cita -cita harus diutamakan di samping berani menghadapi apa-apa sahaja masalah
dan rintangan demi memenuhi hajat di hati.

Rangkap Kedua :Bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi akan hilang harumnya;
dianggap tidak berguna lagi.

2. Rangkap 2 -
bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi dianggap tidak berguna lagi begitulah juga
halnya dengan gadis yang sudah rosak akhlaknya .

Rangkap Ketiga: Sesuatu yang sedikit dijadikan banyak; alam pula dijadikan sumber
ilmu.

3. Rangkap 3 -
usaha yang gigih amat penting untuk menambah harta atau untuk mencapai kejayaan
dan alam dapat dijadikan panduan hidup.

Rangkap Keempat:Tempat bergantung hidup telah tiada; tidak tahu ke mana hendak
mengadu.

4. Rangkap 4 -
kehilangan tempat bergantung harap menyebabkan kesusahan atau keadaan hidup
yang tidak menentu kerana tidak tahu ke mana hendak mengadu.

PERSOALAN
1. Berani menempuh apa-apa dugaan dan cabaran untuk mencapai cita-cita.
2. Orang yang telah rosak akhlaknya dianggap tidak berguna dan dipandang hina.
3. Kegigihan untuk mencapai kejayaan atau kesenangan dengan menjadikan alam
sebagai sumber pengetahuan dan panduan hidup.
4. Kehilangan tempat bergantung mengakibatkan kesusahan dan keadaan tidak tentu
arah.
NILAI MURNI

1. Berani.

Contohnya, berani menempuh segala dugaan untuk mencapai cita-cita.

2. Kerajinan / Gigih.

Kita perlu rajin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.

3. Berdikari.

Contohnya, terpaksa berusaha sendiri setelah hilang tempat bergantung.

4.Kesederhanaan. Bersikap sederhana dalam tingkah laku dan jangan meninggi


diri.5.Rasional. Berfikiran matang dalam bertindak

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah rajin berusaha kerana bukan mudah untuk mencapai cita-cita.
Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuh dengan semangat yang tinggi.

2. Kita hendaklah bersikap sederhana kerana keindahan sesuatu hanya sementara


sahaja. Oleh itu, janganlah meninggi diri dengan keistimewaan yang dimiliki kerana
perkara tersebut tidak akan berkekalan.

3. Kita hendaklah peka dan merenung kejadian alam kerana akan memberi pelbagai
pengajaran setelah dibuat perbandingan. Berfikirlah semasak-masaknya sebelum
melakukan sesuatu.

4. Kita hendaklah bersikap rasional walaupun kehilangan orang yang dikasihi atau
menjadi tempat bergantung hidup menjadikan kita kehilangan punca untuk terus
menempuh kehidupan.Hadapilah segala dugaan dengan tabah kerana sepanjang
kehidupan ini sememangnya dipenuhi cabaran.

5. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam usaha mencapai cita-cita.

6. Kita hendaklah berhati-hati sebelum terlambat.


7. Janganlah kita mudah berasa kecewa atau berputus asa dalam menghadapi dugaan
hidup.

MAKSUD (Sajak Duhai Pentafsir)

- Penyajak mencari pentafsir (pembimbing) yang dapat memimpinnya ke jalan yang


benar
- Setelah penyajak semakin tua, dia mula insaf dan menyedari segala segala
kesilapannya. Dia teringat segala dosa-dosa yang telah dilakukan semasa muda. Dia
ingin bertaubat tetapi tidak tahu cara-caranya dan belum menemui hidayah.
Oleh sebab itu , kehidupannya penuh keresahan.
- Dia melakukan kesilapan kerana tidak mendapat pendidikan agama yang cukup
sejak kecil.
- Penyajak sedar akan keadaan dirinya yang semakin tua dan kekuatan fizikalnya yang
semakin berkurangan. Dia berasa masa semakin suntuk, menyebabkan dia berusaha
untuk mencari pembimbing secepat mungkin.

TEMA - Orang yang kehilangan arah atau mencari hidayah setelah lama menikmati
kehidupan di dunia ini

PERSOALAN

1. Penyesalan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan .


2. Pentingnya ilmu agama dalam menjalani kehidupan di dunia .
3. Kesedaran untuk medekati Allah s.w.t setelah menyedari kejahilan diri dan insaf.

NILAI

1. Cinta akan agama .


Contohnya ,penyajak berusaha untuk mendampingi Allah s.w. atau mencintai
agamanya
2. Keinsafan.
Contohnya,penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah di lakukannya dan
berazam mahu mengatasi segala kelemahan itu serta berharap akan mendapat
hidayahNya .
3. Rasional.
Contohnya, berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan keimanan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menginsafi segala kesilapan yang pernah kita lakukan .


2. Kita hendaklah mempelajari ilmu agama sejak kecil lagi supaya dapat
mengamalkannya atau menjadi penduan hidup sepanjang hayat.
3. Kita mestilah berusaha mengukuhkan semangat dan iman untuk melawan gejala
negatif.
4. Kita mestilah mencari orang yang pakar dalam bidang agama untuk membantu kita
kembali ke jalan yang benar.

MAKSUD (Sajak Di Ruang Gemanya)

R1- Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya tanpa berbelah bahagi terhadap
negaranya dan senantiasa berharap agar negaranya akan mencapai kegemilangan.
R2- Penyajak telah berjuang semasa negara dalam keadaan kucar-kacir.Setelah
melakukan pengorbanan ikhlas itu, dia sanggup menghadapi sebarang rintangan pada
masa depan tanpa mengenal kecewa atau derita.
R3- Penyajak menganggap dugaan sebagai lumrah kehidupan dan dia sanggup
berkongsi pengalamannya dengan orang lain untuk menghadapi pelbagai bentuk
cabaran hidup.
R4- Penyajak berikrar untuk sama-sama berusaha menangani pelbagai cabaran yang
melanda negara agar kegemilangan negara sentiasa terserlah.

TEMA

Semangat patriotik yang menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada
tanah air .

PERSOALAN

1. Kesanggupan seseorang dalam perjuangan ke arah kegemilangan tanah air yang


tercinta.
2. Kesukaran atau dugaan adalah lumrah kehidupan dan semua orang mesti
menghadapinya dengan berani dan cekal.
3. Kesediaan memberikan sumbangan tenaga dan idea untuk menjamin tanah air
sentiasa gemilang dalam pelbagai bidang.

NILAI

1. Keberanian.
Contohnya, berani berjuang dan berusaha untuk memajukan negara
2. Kejujuran / Keikhlasan.
Contohnya, jujur berjuang tanpa mengharapkan ganjaran
3. Cinta akan tanah air / semangat patriotik.
Contohnya , penyajak menumpahkan seluruh rasa setianya kepada tanah air.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersedia melakukan pengorbanan demi kemakmuran negara.
2. Kita hendaklah jujur dan ikhlas dalam usaha memajukan negara.
3. Kita mestilah mencintai negara kerana di situlah tempat kita dilahirkan, dibesarkan
dan mengecapi kejayaan dalam hidup.
4. Kita hendaklah berani dan cekal menghadapi pelbagai rintangan hidup. 5. Kita
mestilah sentiasa bersatu padu dan bekerjasama

SYAIR KELEBIHAN ILMU

MAKSUD

1. Rangkap 1 - Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan hidup


memperoleh ilmu ,sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaat.

2. Rangkap2 - Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun dengan sebuah
dunia, faedah ilmu tidak terhad dan boleh dimanfaatkan di mana-mana saja.

3. Rangkap 3 - llmu menjadi penghias dari bagi seseorang ,menjadi sahabat ,dan
menjadi teman yang memberikan panduan semasa mengembara. Dalam
masyarakat,ilmulah yang membezakan seseorang daripada yang lain .

4. Rangkap 4 - Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu seseorang


memahami sesuatu perkara dengan jelas,dan digunakan selepas seseorang itu mati
atau menjadi bekalan di alam kubur. Hidup menjadi lebih bahagia dengan adanya
ilmu.

5. Rangkap 5 - Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran pahala.Ilmu yang


merangkumi seluruh kehidupan dapat membantu seseorang mencapai cita-citanya.

6. Rangkap 6 - Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang yang bijaksana amat
ingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu sangat luas dan tiada batasnya.

PERSOALAN

1. Pentingnya ilmu dalam kehidupan .


2. Besarnya manfaat ilmu kepada seseorang .
3. Luasnya bidang ilmu tiada batasnya .
4. Pentingnya ilmu demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

NILAI

1. Kerajinan. Contohnya, rajin menuntut ilmu supaya dapat menjadi panduan dalam
kehidupan
2. Kegigihan. Contohnya berusaha dan gigih menuntut ilmu.
PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menuntut ilmu kerana ilmu amat berguna sama ada semasa kita
hidup atau pun selepas kita mati
2. Kita hendaklah menghargai ilmu kerana ilmu amat tinggi martabatnya
3. Kita hendaklah menggunakan ilmu untuk mencapai cita-cita.

You might also like