You are on page 1of 10

SiSTEM

HIDROLOGI
2.4.1 Fasa Air
Dan
2.4.2 Kitaran
Hidrologi
AhLi- Ahli KumPUlAn…
Shalini Arumugam

Sarmilla Krishnan
FASA AIR
1.Air merupakan jirim yang terbentuk drpd dua
bahagian hidrogen(H) dan satu bahagian
oksigen(O2). Air merupakan unsur penting di dalam
sistem bumi dan sumber air ini meliputi 77% drpd
permukaan bumi .Daripada jumlah ini hanya 3%
adalah air tawar dan bakinya air masin.

2. Dalam sisitem bumi kita, air merupakan satu


kompenan yg penting. Ia wujud dalam pelbagai
bentuk iaitu air, wap air, dan ais.Ia sentiasa berada
dlm transformasi iaitu berubah dari satu bentuk ke
satu bentuk yg lain.
3. Semua organisma hidup dlm sistem bumi
memerlukan air utk meneruskan riwayat hidup.Air
juga merupakan agen penting bagi pelbagai proses
di bumi.

4.Fenomena seperti pembentukan awan,hujan,


batu,salji.kabus dan kabut bergantung kepada
kandungan air dlm atmosfera.

5.Dalam sistem hidrologi, manusia, haiwan dan


tumbuh – tumbuhan di atas daratan saling
bergantung antara satu sama lain dgn edaran air.Ia
sebagai penyambung kehidupan dan berfungsi ke
arah mencapai keseimbangan dalam sistem bumi.
SIFAT FIZIKAL AIR
•Tidak berubah sejak kewujudan bumi kira-kira 4 billion tahun lalu.
•Terdapat 3 bentuk utama air dunia:

•Beku dalam bentuk ais.


•Cecair dalam bentuk air.
•Gas dalam bentuk wap-wap air.

•Ketiga-tiga sifat fizikal ini saling boleh berubah bergantung


kepada perubahan haba yang terdapat di sekeliling unsur air
tersebut.
•Terdapat satu sistem proses yang bertindak menukarkan
keadaan air ke dalam bentuk baharu iaitu:
1. Sejatan atau perwapan-menukarkan air ke wap air (gas)
2. Pemejalwapan – menukarkan wap air ke dalam pepejal .
3. Pemeluwapan-menukarkan wap air ke cecair.
4. Pembekuan – menukarkan cecair ke pepejal.
5. Pencairan/ pelaburan-menukarkan pepejal ke cecair.
Kitaran Hidrologi
• Ia ditakrifkan sebagai pergerakan jisim air dalam pelbagai
bentuk seperti wap,cecair dan pepejal dari satu komponen
sekitar ke satu komponen alam sekitar yang lain.
• Proses ini tidak ada permulaan dan pengakhirnya.
•Oleh itu, ada ahli hidrologi memulakan perbincangan
mengenai kitaran hidrologi inidari kejadian hujan, sejatan
atau air larian permukaan.
• Proses yang berlaku dalam kitaran ini sangat penting bagi
menyeimbangkan suhu, kelembapan,simpanan dan
bekalan air.
Proses Mendatar
LARIAN PERMUKAAN

1. Prinsip utama berlaku air larian permukaan ialah apabila intensiti hujan
melebihi kadar penyusupan air ke dalam tanah serta keupayaan sejatan serta
yang berlaku pada satu-satu masa.
2. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi proses air larian permukaan.
• Jenis tanah
• Kecerunan
• Litupan tumbuhan
• Halangan permukaan.

ALIRAN AIR BAWAH TANAH

1. Merupakan salah satu komponen utama dalam kitaran hidrologi yang menyimpan
sejumlah air secara kekal atau sementara.
2. Sumber utama air bawah tanah ialah air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanah
melalui proses infiltrasi.
3. Umumnya, air dalam tanah mewakili 95% dari sumber bekalan air tawar atau bersih
dunia.
4. Secara relatif, air bawah tanah kurang terdedah kepada pencemaran.
5.Air bawah tanah juga mengalami penambahan dan penyusutan air . Dua
proses yang terlibat ialah imbuhan dan luahan air.
6.Imbuhan air – proses di mana air bawah tanah mengalami penambahan
volum. Terjadi di zon imbuhan yang berfungsi menyerap dan meneruskan air
sampai ke zon tepu sebuah akrifer(kolam dalam tanah).
7.Faktor-faktor yang mempengaruhi imbuhan air ialah:
• litupan tumbuhan
• Keadaan topografi landai
• Tanih telap air
8. Luahan air- melibatkan luahan air di zon luahan.
9.Zon luahan- satu kawasan yang meluahkan air bawah permukaan
termasuklah air tanah . Air bawah tanah yang bergerak meninggalkan akuiter
menuju ke lapisan atas permukaan tanah.
PROSES MENEGAK
SEJATAN DAN SEJAT PELUHAN:

1. Sejatan adalah satu proses melihatkan pertukaran air yang terdapat dalam bentuk
cecair atau pepejal kepada bentuk wap @gas.
2. Sejat peluhan / transpirasi-air yang tersejat akibatperpeluhan daun pokok.
3. Sumber utama sejatan ialah melalui permukaan lautan (hampir 84& daripada
jumlah sejatan tahunan dunia)
4. 16%sejatan dihasilkan melalui permukaan tasik,sungai dan kolam.
5. Proses sejat peluhan penting dalam semua kajian mengenai sumber air.
6. Kadar penyejatan berbeza mengikut warna dan sifat pantulan (albedo)di samping
lokasi sudut di mana kawasan tersebut terdedah terus kepada matahari.
contohnya , kawasan iklim sederhana akan alami penyejatan sekitar 600 mm
setahun di kawasan terdedah dan kira-kira 450mm setahun di permukaan tanah.
7. Proses perpeluhan dihasilkan melalui aktiviti fisiologi tumbuhan yang mendapat
bekalan air dari permukaan tanah.
8. Profil tumbuhan mempengaruhi kadar perpeluhan selain faktor persekitaran
seperti suhu tinggi,kelembapan rendah serta tiupan angin.
9. Tumbuhan berdaun lebar,nipis dan jarang akan alami proses perpeluhan yang lebih
giat berbanding tumbuhan berduri seperti kaktus.
10. kadar sejatan dan perpeluhan dipengaruhi oleh iklim,tiupan angin,fisiografi
tumbuhan dan ciri permukaan tanih.
TeRiMa
kAsIh..

You might also like