You are on page 1of 4

Polisi/Dasar Pendidikan di Malaysia

Mukadimah
Retetan daripada cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia memansuhkan
Peperiksaan peringkat UPSR dan PMR, saya ingin mengajak pembaca (jika ada
kelapangan) untuk meninjau semula sejarah pelaksanaan polisi atau dasar pendidikan
di negara ini. Mungkin sedikit maklumat ini dapat membuka fikiran kita untuk berfikir
sama ada relevan atau tidak cadangan pemansuhan tersebut.

Polisi/Dasar Pendidikan di Malaysia


Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam pembentukan diri individu ke
arah mengenali diri dan mencapai kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.
Pendidikan telah didefinifikan oleh Prof. Dr. Muhammad Naquib sebagai “menanam
sesuatu ke dalam diri manusia”. (Muhammad dalam Fadzilah, 1996)

Walaupun manusia mempunyai akal fikiran yang membezakan dengan haiwan yang
lain, namun manusia tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik tanpa proses
pendidikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contohnya, para
petani dan nelayan dapat melakukan kerja yang sama dari satu generasi ke satu
generasi kerana proses pendidikan yang mereka terima dari datuk nenek mereka.
Keadaan ini membolehkan mereka bekerja sebagai nelayan dan petani sehingga
sekarang.

Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi
perkembangan dan kemajuan Negara. Ia juga diiktiraf sebagai alat untuk mencapai
matlamat perpaduan dan integrasi nasional. Ia disusun di dalam Dasar Pelajaran
Kebangsaan.

Polisi/Dasar Secara Umum


Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) menyatakan bahawa dasar atau polisi ialah
bahagian terpenting, faktor terpenting, paling asas atau pokok. Berdasarkan pada
kenyataan Dewan Bahasa Dan Pustaka di atas, maka dapat dikatakan dasar ialah asas
dan bahagian terpenting dalam sistem pendidikan.
Abdullah Sani (2003) menyatakan polisi ialah garis panduan untuk mencapai hasrat
pendidikan yang dimatlamatkan. Berdasarkan kenyataan Abdullah Sani kita dapati
polisi merupakan garis panduan dalam melaksanakan hasrat pendidikan yang hendak
dijayakan.

Colebatch H.K (2002) menyatakan polisi ialah perihatin terhadap arahan,


mengimplementasi sistem dan konsisten. Polisi juga perihatin dalam memberi fokus
dari proses bagaimana ia dilakukan kepada dapatan atau hasil.

Bridgeman dan Davis (2002) dalam Colebatch (2002) menyatakan polisi ialah langkah-
langkah logik ke arah kejayaan seperti memberi definisi kepada masalah, menilai
pilihan yang ada, mengimplementasi dan membuat penilaian keseluruhan. Berdasarkan
kepada beberapa definisi yang diberi oleh Abdullah Sani, Colebatch dan Brigeman dan
Davis di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa dasar atau polisi ialah satu langkah-
langkah berbentuk proses dan perlu diambil dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Langkah yang dimaksudkan ialah dari proses mengenalpasti masalah hinggalah proses
membuat keputusan.

Polisi/Dasar Pendidikan
Paul Trowler (2003) menyatakan polisi pendidikan ialah:
A specification of principles and action, related to educational issue, which a followed or
which should be followed and which are dsigned to bring about desire goals.

Berdasarkan kepada kenyataan Paul (2003) di atas bolehlah disimpulkan bahawa polisi
pendidikan adalah spesifikasi prinsip atau tindakan yang berkaitan dengan isu-isu
pendidikan yang wajib diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dari itu
polisi pendidikan adalah sangat penting bagi menghadapi isu-isu pendidikan di
Malaysia agar lebih teratur.
Dasar Pendidikan Sebelum dan Selepas Merdeka
Sebelum merdeka, penjajah banyak menguasai pendidikan negara ini. Sistem
pendidikan negara diatur mengikut kehendak mereka. Sistem pendidikan zaman
penjajah telah berkembang tanpa mempertimbangkan keperluan pembangunan,
pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan Negara. Sistem pendidikan berkenaan
mengekalkan taat setia rakyat pendatang kepada Negara asal mereka dan menahan
kebangkitan semangat pembangunan rakyat tempatan. Penjajah tidak menggalakkan
kaum bumiputera Malaysia menimba ilmu ke tahap yang tinggi. Walaupun ada, anak-
anak Melayu hanya dididik untuk menghasilkan satu generasi bertani yang lebih moden
sedikit daripada bapa mereka.

Tindakan tersebut diambil oleh penjajah untuk mengelakkan anak-anak bangsa Melayu
sebagai kaum bumiputera Malaysia, sedar dari kelalaian mereka dan bangun
menentang penjajah untuk mencapai kemerdekaan. Akibatnya, orang Melayu jauh
ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding dengan kaum pendatang di Tanah
Melayu pada ketika itu.

Bagaimanapun dalam tahun-tahun selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran di


kalangan para pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan
satu sistem pendidikan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah demi
memenuhi kehendak Negara. Atas kesedaran ini lah lahirnya Dasar Pendidikan melalui
Penyata Razak 1956 dan termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Dasar Pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang telah menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan ini termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961. Pada
tahun 1974, sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji semula dasar
pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan masyarakat yang bersepadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
semasa rakyat yang terlatih untuk mencapai pembangunan Negara. Laporan
jawatankuasa telah diterbitkan di dalam tahun 1979.
Objektif Dasar Pelajaran Dan Pelaksanaannya
Objektif Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang termaktub di dalam
pendahuluan pada Akta Pelajaran 1961 adalah seperti berikut:
………….

Artikel asal boleh diperoleh di:


http://kulanzsalleh.com/polisidasar-pendidikan-di-malaysia/

You might also like