You are on page 1of 15

Tamadun Islam A3003

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya membikin serta
menyiapkan tugasan Tamadun Islam yang bertajuk “ Asal – usul Kejadian Manusia dan
fungsinya mengikut perspektif Al-Quran ” .

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan – rakan seperjuangan
(DUB3) yang bekerjasama dalam pembikinan tugasan ini secara lansung dan tidak lansung.
Segala info dan maklumat yang dikongsi amat bermakna dan sangat membantu kami dalam
menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan juga diberikan kepada pensyarah Tamadun Islam, Ustazah Dorah yang
turut membantu dan membimbing kami dengan tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan pembikinan
tugasan kami secara lansung dan tidak lansung.

Terima kasih daun keladi,


Diharap pada masa akan datang kami pula yang memberi.

1
Tamadun Islam A3003

PENGENALAN

“ Asal – usul Kejadian Manusia dan Fungsinya Mengikut Perspektif


Al-Quran ”

Kejadian manusia menurut Islam bersandarkan keterangan dalam Al-Quran sebagai


kitab wahyu Allah diturunkan kepada nabi Muhammad dan isi kandungannya tidak berubah.
Kejadian manusia dari sudut pandangan Barat bersandarkan teori Charles Darwin iaitu manusia
berasal daripada monyet. Diperkenalkan pada abad ke-4 s.m dan disokong oleh tokoh falsafah
seperti Aristotle, Anazimander, dan Empeidocles.

Pandangan Islam

Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Istilah
manusia dari sudut Islam bahasa bermaksud al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar yang merujuk
manusia itu diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi. 5 elemen kejadian manusia
untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati. Manusia adalah kejadian Tuhan
yang paling unik dan istimewa ciptaanNya di antara kejadian lain di atas muka bumi ini. Adam
berasal daripada tanah(al-tin,al-turab, al-salsal). Manusia biasa selain hawa dan nabi Isa,
dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani,segumpal darah, seketul daging, pembentukan
tulang, tulang dibalut daging, lembaga yang lengkap, ditiupkan roh.

2
Tamadun Islam A3003

PERINGKAT SATU

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya
bermula setelah berlakunya percampuran air mani.

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur
yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia
mendengar dan melihat "

 Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf. Ertinya air yang sedikit yang
terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan
amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

 Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami
(Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang
berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf,
tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

Gambar 1a – Sperma , 1b – Sperma menembusi ovum

3
Tamadun Islam A3003

PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh .
Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar
makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud;

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

                                                                  al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat
berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi
oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

 sesuatu yang bergantung atau melekat


 pacat atau lintah
 suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

4
Tamadun Islam A3003

PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan


mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-
Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota
yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-
otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi bagi membekalkan
oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang minggu ke tujuh sistem pernafasan bayi
mula berfungsi sendiri.

5
Tamadun Islam A3003

 PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang
telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan
Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut
dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem
pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan.
Begitu juga dengan organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-
lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata,
telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan
lengkap.

   Janin pada usia 12 minggu

6
Tamadun Islam A3003

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa
perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke
peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya
Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap
menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua
anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada
ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri

7
Tamadun Islam A3003

PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh
ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh
termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.
Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata
tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana
yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan
jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.

8
Tamadun Islam A3003

Fungsi Manusia Mengikut Al-Quran

9
Tamadun Islam A3003

Beribadat Kepada Allah

• Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri.

• Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah.

• Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu
dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah.

• Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang
menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat,
haji dan lain-lain.

• Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau
kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi
melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan
sebagainya.

Memelihara Alam

• Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya.

• Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya.

• Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka
di dunia.

• Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan


oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang
boleh membawa kepada kebaikan sahaja.

• Mereka tidak boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa
keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang

10
Tamadun Islam A3003

Mengenali Di Antara Satu Sama Lain

• Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama
dan keturunan.

• Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara
satu sama lain.

• Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur.

• Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam


menghadapi sebarang masalah.

• Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan.

• Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya


mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-
orang Islam.

• Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.

Memakmurkan Muka Bumi

• Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi
ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

• Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan


untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada.

• Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan
akal yang ada.

• Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar,


di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi.

11
Tamadun Islam A3003

• Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati
semua ini.

• Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.

Mentauhidkan Allah

• Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-
kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau
menyekutukan Allah.

• Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan
dengan taubat yang bersungguh-sungguh.

• Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah.

• Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya.

• Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.

Mentadbir serta Menjadi Khalifah Di Muka Bumi

• Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini.

• Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik.

• Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau
orang lain.

• Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya


hendaklah memastikan berlakunya kebaikan.

• Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi
Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

12
Tamadun Islam A3003

Peranan Manusia

Pandangan Islam

 Matlamat kejadian manusia- untuk beriman dan bertakwa kepada Allah.


 Menjadi khalifah di muka bumi.
 Mengabdikan diri kepada Allah.
 Menuntut keredhaan Allah sebagai “khaliq” supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
 Mengwujudkan perpaduan antara satu sama lain.

13
Tamadun Islam A3003

PENUTUP

Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling unik dan istimewa kejadianNya di antara
kejadian lain di atas muka bumi ini. Menurut islam, manusia yang pertama dijadikan oleh Allah
SWT ialah Adam As yang dicipta daripada tanah kering yang diambil daripada tanah hitam yang
disebut sebagai At-Tiin, At-Turaab, Al-Hamaa, dan Al-Salsal.

Menurut Al-Quran, Allah SWT telah menciptakan manusia dengan empat cara iaitu
pertama, Nabi Adam telah diciptakan daripada tanah liat (Surah Al-Hijr:26), kemudian Siti Hawa
telah diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam (Surah an Nisaa’:1), seterusnya Nabi Isa telah
dicipta tanpa bapa (Surah Maryam:3), akhir sekali manusia biasa dicipta melalui proses biasa
yang memerlukan percantuman mani di dalam rahim wanita (Surah Nuh:14).

Antara fungsi manusia mengikut Al-Quran ialah beribadat kepada Allah, memelihara
alam, mengenali sesama insan, memakmurkan muka bumi, serta mentauhidkan diri kepada allah
juga menjadi khalifah mentadbir muka bumi ini.

14
Tamadun Islam A3003

Rujukan

1. http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm

2. http://falsafahkejadianman.blogspot.com/

3. http://www.scribd.com/Konsep-Manusia-Mengikut-Alquran/d/6097107

15

You might also like