You are on page 1of 26

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (PERISIAN


KURSUS DAN INTERNET) DALAM PENGAJARAN SAINS DAN
MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU SAINS DAN
MATEMATIK DAERAH TEMERLOH

Universiti Putra Malaysia


EDU 5300 : PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI PENGAJARAN

NORHANA AINI MOHAMED AMIN (GS 16970)


NOORASHIKIN NAZIR (GS 17481)
SARAH FARHANA JUHARI (GS 17479)
NAHID SHAHVERDIAN (GS 18689)

Pensyarah
Dr. Rosnaini Mahmud

Abstrak

Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam


pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap
pendidikan di Malaysia. Bagi membantu guru-guru sains dan matematik
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI), pihak kementerian telah membekalkan peralatan
ICT ke sekolah-sekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah

__________________________________________________________________ 1

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

dihantar mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk


penggunaan internet dalam pengajaran. Sekolah-sekolah juga telah
dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar bagi
kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan tentang tahap
penggunaan media komputer dalam pengajaran sains dan matematik di
kalangan guru-guru sains dan matematik daerah Temerloh. Fokus diberikan
ke atas penggunaan perisian kursus dan internet. Respondennya terdiri
daripada 18 orang guru sains dan 15 orang guru matematik daripada empat
buah sekolah di daerah Temerloh. Instrumen yang digunakan adalah soal
selidik dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Kajian bertujuan untuk
melihat sejauh mana guru-guru sains dan matematik menggunakan perisian
kursus yang dibekalkan dan kemudahan internet dalam pengajaran mereka.
Dapatan kajian menunjukkan guru-guru sains telah menyahut cabaran ini
dengan baik di mana 83% daripada guru-guru selalu menggunakan perisian
kursus yang dibekalkan dalam pengajaran mereka. Namun dalam kalangan
guru-guru matematik ia masih dalam kategori sederhana. Hanya 62% guru-
guru menggunakannya. Penggunaan internet masih berada pada tahap yang
rendah iaitu 31% dikalangan guru-guru sains dan 22% di kalangan guru-guru
matematik. Beberapa cadangan diberikan bagi membantu guru-guru
menggunakan kedua-dua kemudahan ini dengan lebih kerap dan berkesan.

Pengenalan

Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan,


penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber
pembelajaran (Seels & Richey,1994)

__________________________________________________________________ 2

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

Definisi teknologi pengajaran 1994 ini telah dibentuk berasaskan lima


komponen. Komponen yang dimaksudkan ialah rekabentuk, pembangunan,
penggunaan, pengurusan dan penilaian. Komponen ini membentuk domain
bagi setiap bidang teknologi pengajaran.

Domain Penggunaan merupakan domain yang sangat penting dalam


teknologi penagajaran. Ia merangkumi pengetahuan, kemahiran dan
kecenderungan menggunakan proses-proses dan sumber-sumber untuk
pembelajaran melalui pengaplikasian prinsip-prinsip dan teori-teori
penggunaan media, difusi inovasi, implementasi dan membuat polisi.

Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada


perubahan taraf soasial masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era
industri dan kini memasuki era teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan
sistem ini dikatakan mengalami anjakan daripada teori behaviorisme ke
kognitisme dan seterusnya ke konstruktivisme.

Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama


diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal
tahun 60-an lagi. Bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia
tidak ketinggalan dalam mengecapi arus perdana pembangunan berasaskan
teknologi komputer. Dari perspektif harian, komputer bukan sahaja mampu
membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi
sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Melalui rancangan pembestarian semua sekolah, kemahiran teknologi


maklumat dan komunikasi akan diterap serta diintegrasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Mulai tahun 2003, mata pelajaran Sains dan
Matematik mulai diajar dalam Bahasa Inggeris. Pusat Perkembangan

__________________________________________________________________ 3

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

Kurikulum (2003) menyatakan bahawa mempelajari Sains dan Matematik


dalam medium bahasa Inggeris yang dibantu oleh ICT, menyediakan peluang
yang lebih besar untuk pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka.

Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-
sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan
telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur
dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru
dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9,
kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan
kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat
ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan
(Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006)

Latar Belakang Kajian

Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan


dua subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang
berasaskan ilmu pengetahuan. Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran
60:40 pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran sastera. Ini
merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran
kepada guru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya.

Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah


diutamakan untuk merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer
merupakan media penting yang digunakan untuk membantu guru-guru

__________________________________________________________________ 4

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

menangani cabaran dunia kini dalam memantapkan ilmu Sains dan Matematik
di kalangan pelajar-pelajar.

Kepentingan Kemahiran Komputer dalam kalangan Guru-guru Sains


dan Matematik

Pada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan


Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1
dan Tingkatan 6 Rendah pada tahun hadapannya, iaitu tahun 2003 (Utusan
Malaysia 10 Ogos 2002). Persoalannya, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan
dalam masa yang singkat dan berkesan. Maka kerajaan mencadangkan ICT
digunakan bagi memudahkan dan membantu guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Persoalan
seterusnya, adakah guru-guru yang terlibat bersedia menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Adakah guru-guru Sains dan Matematik
mempunyai kemahiran komputer yang mencukupi bagi melalui proses
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini.

Badjet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang
Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5
billion untuk tempoh antara 2002 hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana
perisian dan latihan kepada tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran
perlaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di
sekolah-sekolah. Sekarang, setelah empat tahun berlalu, kemudahan dan
kelengkapan komputer di sekolah telah mencapai tahap yang memuaskan.

Guru Sains dan Matematik dan Komputer

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang


yang paling hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan

__________________________________________________________________ 5

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

mengenali serta mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-


pelajar.

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi


digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran.
Antara contoh media teknologi yang digunakan ialah televisyen, radio, video,
perisian komputer, perisian kursus, dan internet.

Memandangkan adalah penting penggunaan komputer dalam proses


pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kemahiran komputer
guru-guru juga menjadi aspek penting. Tanpa kemahiran mengendali dan
memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun peralatan
tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan
komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan
komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh
kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya,
segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.

Persoalan Kajian

Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :

1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang


tertentu dalam pengajaran mereka.
2. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap
kemahiran penggunaan komputer dan internet di kalangan responden.
3. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet
untuk mendapatkan bahan pengajaran.

__________________________________________________________________ 6

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian


kursus yang dibekalkan.
5. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang
dibekalkan, adakah ia membantu dalam mencapai objektif pengajaran.
6. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan
perisian kursus yang dibekalkan.
7. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam
pengajaran.

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh


guru-guru Sains dan Matematik dalam pengajaran.
2. Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet
dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan
guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah daerah Temerloh.
3. Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam
pengajaran.

Kepentingan Kajian

Sejak PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik


dalam bahasa Inggeris) dilaksanakan, pihak kerajaan telah memperuntukkan
sejumlah wang yang begitu besar bagi melicinkan perjalanan perlaksanaan
PPSMI. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan ’laptop’,
’LCD projector’ dan CD perisian kursus kepada guru-guru Sains dan

__________________________________________________________________ 7

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

Matematik untuk membantu mereka melaksanakan PPSMI dengan berkesan.


Maka sewajarnyalah kemudahan yang diberi itu digunakan sepenuhnya untuk
faedah anak-anak didik mereka.

Namun, sejauh manakah guru-guru Sains dan Matematik ini telah


menggunakan kemudahan yang diberi dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan. Oleh itu suatu kajian perlu dijalankan bagi
menjawab persoalan di atas. Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan
terhadap tahap penggunaan media komputer (internet dan perisian kursus
yang dibekalkan) dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam kalangan
guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah dan ia juga merupakan
kajian kes yang dijalankan bagi daerah Temerloh. Hasil kajian ini boleh
menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawai
pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam
membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sains dan
Matematik dengan kemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat
menggunakan media ini dengan lebih kerap dan efektif.

Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan


mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-
guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan PPSMI. Dan akhir sekali
kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan
individu-individu yang terbabit secara langsung dalam pembangunan guru-
guru Sains dan Matematik dalam cabaran dan impak globalisasi.

Batasan Kajian

Tinjauan tidak dapat dilakukan ke atas semua guru Sains dan


Matematik di sekolah-sekolah yang berkenaan kerana ramai guru terlibat

__________________________________________________________________ 8

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

dengan MSSM (Majlis Sukan-Sukan Malaysia) daerah Temerloh ketika kajian


dijalankan.

Kajian Literatur

Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru


yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor
latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang
besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang
mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap
penggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang
berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan
pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara masalah
yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa
untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana
dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain
yang dipertanggungjawabkan.

Melalui kajian yang dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) ke atas 100
orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10%
daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk
multimedia. Kurang mahir merupakan masalah utama yang dihadapi oleh
guru dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia.

Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah
menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu
memenuhi masa pengajaran dengan efektif, membantu guru menjalankan
aktiviti dalam kelas, dapat mencapai objektif yang disasarkan,

__________________________________________________________________ 9

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang


berguna kepada guru.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan


Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818
orang guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043
pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa buah sekolah menengah seluruh
negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di
peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif
terhadap penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan
teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu.

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap


guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching/Samarahan
mendapati guru-guru mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan
sedia ada yang sederhana. Beliau juga mendapati tahap keperluan
pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran adalah
sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu
dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan
penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.

Metodologi Kajian

Responden dalam kajian ini terdiri dari 33 guru Sains dan Matematik
(15 guru sains dan 18 guru matematik) di daerah Temerloh. Empat buah
sekolah telah dipilih dan sekolah-sekolah tersebut adalah :
a) SMK Abu Bakar Temerloh – 6 guru sains dan 2 guru matematik
b) SMK Bukit Cermin, Temerloh – 3 guru sains dan 3 guru matematik

__________________________________________________________________ 10

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

c) SMK Seberang Temerloh – 6 guru sains dan 6 guru matematik


d) SMK Paya Pulai, Temerloh – 3 guru sains dan 4 guru matematik

Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7 orang dan 26 guru
perempuan.

Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang


digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu
Bahagian A: maklumat latar belakang respondan, Bahagian B: kekerapan
penggunaan media pengajaran dalam pengajaran Sains dan Matematik,
Bahagian C: tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan
Matematik dan Bahagian D: kekangan dalam penggunaan media komputer
dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau ketua
bidang Sains dan Matematik. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam
bentuk peratusan. Jika peratusan melebihi 85%, ini diletakkan sangat baik,
70% hingga 84% dikatakan baik, 50% hingga 69% adalah sederhana
manakala kurang dari 50% dikatakan tahap rendah.

__________________________________________________________________ 11

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

Dapatan Kajian
a) Latar belakang responden
Taburan Sampel Kajian Mengikut Gender
Taburan Sampel Kajian Mengikut Ras
100

90
88.3%

80
100
73.3%
90 94.4 93.3
70
80
60
70
Peratus

Lelaki
50 60 Melayu
Perempuan
40
Peratus 50 Cina
40 India
30 26.7%
30
20 16.7%
20 5.6 6.7
10 10 0 0
0 0
Sains Matematik Sains Matematik
Mata Pelajaran

Taburan Sampel Kajian Mengikut Umur Taburan Sampel Kajian Mengikut Pengalaman
Mengajar
45
38.9 80
40 72.2
33.3 70
35
60
30 26.7 26.7
50
Peratus

25 Sains
Peratus

20 40 Sains
20 Matematik 40

15
Guru13.3Sains 13.3 30
Guru Matematik26.7 Matematik

11.1 11.1 20
10 20 16.7
5.6 11.113.3
5 10
Dari
0 hasil kajian hanya 16.7% dari Dari 0 hasil kajian
0 terdapat 26.7%
24-30 31-35 36-40 41-45 46+ 1-5 6-10 11-15 15+
bilangan responden
Umur terdiri daripada daripada responden
Tahun adalah guru lelaki

guru-guru lelaki, selebihnya guru- dan 73.3% adalah guru perempuan.


Rajah 1 : Latar belakang responden yang membuat perbandingan dalam kategori jantina, ras, umur dan
guru perempuan.
pengalaman mengajar
94.4% guru 53.4% berumur antara 24-35 tahun
Melayu, 5.6% guru Cina dan tiada dan ini menunjukkan majoriti
guru India. Kebanyakan guru respondan mempunyai pengalaman
berumur 41 tahun ke atas iaitu mengajar kurang dari 10 tahun. Dari
38.9% berumur 41-45 tahun dan segi ras, 93.3% merupakan guru
33.3% berumur 46 tahun ke atas dan Melayu, 6.7% guru Cina dan tiada
ini bermaksud majoriti guru-guru guru India.
sains di
Perbandingan Kemahiran Komputer dan Internet
sekolah yang dikaji Hadir dan Tidak Hadir Kursus Komputer
di Kalangan Guru-guru
mempunyai Sains danmengajar
pengalaman Matematik
83.3
100 lebih dari 15 tahun.86.7 90
90 66.7
80
80 72.2 73.3
66.7 70
70
60
60
Peratus

50
50 Peratus 33.3
40
40
30
30 16.7
22.2
20 16.7 16.7 20
13.3 13.3 13.3
10 5.6 10
__________________________________________________________________
0 12
Rajah
0 2 : Latar belakang responden yang membandingkan kemahiran 0 komputer dan internet, juga

Mahir kom Mahir internet Sed Mahir Kom Sed Mahir Tidak Mahir Tidak Mahir Sains Matematik
kehadiran dalam kursus kmputer. Internet Kom Inernet
Sains Kategori Kemahiran
Pernah Hadir Tida Pernah Hadir
Matematik
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

Guru Sains Guru Matematik

Merujuk rajah 2, majoriti responden Merujuk rajah 2, 86.7% responden


mempunyai kemahiran yang sederhana mahir menggunakan
sederhana dalam penggunaan komputer dan 73.3% sederhana
komputer dan internet iaitu 72.2% mahir menggunakan internet. Peratus
sederhana mahir menggunakan yang tinggi ini juga di sebabkan
komputer dan 66.7% sederhana kebanyakan guru iaitu 66.7% pernah
mahir menggunakan internet. Ini mengikuti kursus komputer.
mungkin disebabkan kebanyakan
guru telah diberi pendedahan tentang
penggunaan komputer dan internet
semasa menghadiri kursus komputer.
83.3% responden pernah mengikuti
kursus komputer.

Jika dibandingkan penggunaan komputer dengan penggunaan internet, sama


ada di kalangan guru-guru sains atau matematik, di dapati peratus responden
yang menggunakan komputer lebih daripada peratus responden yang
menggunakan internet. Ini mungkin disebabkan ada di antara responden
yang tidak mempunyai talian internet di rumah.

b) TahapTAHAP
Penggunaan Media Pengajaran Dalam Pengajaran Sains
PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

11 dan Matematik 53
78
Carta

86
10 65 Objek Sebenar
36
9
20 Video(tape/DVD/VCD)
24
8 Radio(Audiotape/ audio CD)
7

31 Komputer(Internet)
7
22

83 Komputer(Perisian kursus)
6
62

5
79 Komputer(ppt,msword,excel)
52

4
72 OHP
22

71 Buku Kerja
3
60

86 Lembaran Kerja
2
87

__________________________________________________________________
1
100 Buku Teks 13
95

0 20 40 60 80 100 120

Sains Matematik Skor Kekerapan Penggunaan


EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

Sains Matematik

Berdasarkan dapatan di atas didapati Media yang berada pada tahap


media pengajaran yang berada pada penggunaan yang sangat baik ialah
tahap penggunaan yang sangat baik buku teks(95%) dan lembaran
ialah buku teks (100%), lembaran kerja(87%)
kerja dan objek sebenar (86%), dan

Media yang berada pada tahap


penggunaan yang baik ialah
komputer(perisian kursus- 83% ),
komputer(msword, ppt, excel-79%),
carta(78%), OHP(72%) dan buku
kerja(71%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang sederhana ialah
objek sebenar(65%),
komputer(perisian kursus-62%), buku
kerja(60%), carta(53%) dan
komputer(msword, ppt, excel-52%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang rendah pula ialah Media yang berada pada tahap
komputer(internet-31%), penggunaan yang rendah ialah
video(36%), radio(24%) OHP(22%), komputer(internet-22%),

__________________________________________________________________ 14

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

video(20%) dan radio(7%)

Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru


sains yang menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik.
Ini mungkin kerana peralatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk
menggunakan perisian kursus telah dilengkapkan di dalam makmal
sains. Guru-guru sains tidak perlu membawa peralatan yang banyak ke
dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media
untuk menggunakan perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal
sains mempunyai pembantu makmal yang boleh membantu guru-guru
memasang dan menutup kembali peralatan-peralatan yang telah
digunakan. Berbanding guru-guru Matematik terpaksa menggunakan
bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan
seperti ”laptop, lcd, extension wire” di samping buku rekod mengajar
ke dalam kelas.

Jika dibandingkan penggunaan internet, tahap penggunaanya masih


pada tahap yang rendah bagi kedua-dua panitia sains dan matematik.

c) Tahap Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran

i) Perisian Kursus
Penggunaan Perisian Kursus Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

120
100 100
100
100 93.3 93.3 94.4 94.4
83.3 80
80 66.7
Peratus

60 55.6 Sains
60
44.4 40 Matematik
40

20

0
ai n tif an
n l
su is
ia sia
n
j ek isi la
ta
n ika
s e r ri b r a k
e
pe io pe g te
ng l' p e" pa n an h
ya t al r a a s la
s lo c ak pa as
a
an In xp tu un
r isi E n g tuk i m
" ba g un
pe en as
n
__________________________________________________________________an a at
it a ris i
ka
m
la
m
le
h 15
as 
Pe Su a Bo
alp as
en bi
lm
eng m
P A
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

Sains Matematik

Dari segi pengenalpastian perisian Di kalangan guru-guru matematik


kursus yang sesuai, penginstalsian, juga peratusan persetujuan agak
”explore” sebelum digunakan dan tinggi dari segi pengenalpastian
suka menggunakan perisian, guru- perisian kursus yang sesuai,
guru sains menunjukkan peratusan penginstalsian dan ”explore” sebelum
persetujuan yang tinggi. 94.4% guru- digunakan. Cuma dari segi
guru sains bersetuju perisian kursus penggunaan, hanya 60% guru
membantu mereka mencapai objektif matematik suka menggunakan
pengajaran. perisian kursus. Walaupun begitu,
Hanya 44.4% guru mengambil masa 80% guru bersetuju perisian kursus
yang lama untuk memasang alatan membantu mereka mencapai objektif
dan 44.6% guru tidak boleh pengajaran.
mengatasi masalah teknikal yang 66.7% guru mengambil masa yang
berlaku. lama bagi memasang alatan dan 60%
guru tidak boleh mengatasi masalah
teknikal yang berlaku

Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guru-guru sains


dan matematik, guru-guru sains lebih menampakkan minat menggunakannya
dalam pengajaran.

__________________________________________________________________ 16

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

ii) Internet

Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

100
88.9 86.7
90 83.3 83.3
80 77.8
80 73.3
70 66.7

60
Peratus

Sains
50
Matematik
40

30
20

10

0
Tahu layari internet Penggunaan laman Tahu muat turun Copy-paste' bahan
untuk dapat web pendidikan bahan dari internet dari internet ke
maklumat mencari bahan MsWord/ppt/excel
mengajar

Sains Matematik

Hasil dapatan menunjukkan majoriti Guru-guru matematik juga


guru-guru sains mempunyai tahap mempunyai tahap pengetahuan yang
pengetahuan yang baik tentang baik tentang internet.
penggunaan internet.

Jika dibandingkan tahap pengetahuan guru-guru sains dengan guru-guru


matematik, di dapati guru-guru sains lebih berpengetahuan tentang internet
berbanding guru-guru matematik, namun perbezaannya tidak begitu ketara.

__________________________________________________________________ 17

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

d) Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer Dalam


Pengajaran

Daripada dapatan, di dapati berikut adalah beberapa masalah yang


dihadapi oleh guru-guru sains dan matematik dalam menggunakan
media komputer dalam pengajaran sains dan matematik :

i) Sains

Lebih 50% guru-guru sains bersetuju bahawa :

1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti dan


menggunakan perisian kursus kerana tugas mengajar yang
banyak.(83.3%)
2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet
kerana dibebani dengan tugas mengajar dan lain-lain tugas
yang dipertanggungjawabkan.(83.3%)
3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”,
buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.(61.1%)
4. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi
dengan baik.(61.1%)
5. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(50%)

(kurang dari 50% guru sains bersetuju bahawa : )

1. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan


media komputer dalam pengajaran.(38.9%)

__________________________________________________________________ 18

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

2. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan


peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer
dalam pengajaran.(27.8%)
3. Tiada talian internet di rumah.(27.8%)
4. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak
jauh dari bilik guru.(27.8%)
5. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer
untuk guru.(16.7%)
6. Perisian kursus sukar diperolehi.(16.7%)
7. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam
penggunaan media komputer.(16.7%)

Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.

ii) Matematik

(lebih 50% guru matematik bersetuju bahawa :)

1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti atau


menggunakan perisian kursus kerana tugas mengajar yang
banyak.(93.3%)
2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet
kerana dibebani dengan tugas mengajar dan tugas-tugas lain
yang dipertanggungjawabkan.(93.3%)
3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”,
buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.(80.0%)
4. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan
media komputer dalam pengajaran.(60.0%)

(kurang dari 50% guru matematik bersetuju bahawa : )

__________________________________________________________________ 19

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

1. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan


peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer
dalam pengajaran.(46.7%)
2. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi
dengan baik.(46.7%)
3. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer
untuk guru.(40.0%)
4. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(40.0%)
5. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam
penggunaan media komputer.(40.0%)
6. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak
jauh dari bilik guru.(33.3%)
7. Tiada talian internet di rumah.(33.3%)
8. Perisian kursus sukar diperolehi.(33.3%)

Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.

Rumusan, implikasi dan cadangan

Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru sains di empat buah
sekolah daerah Temerloh ini telahpun menggunakan kemudahan yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu mereka
melaksanakan PPSMI dengan berkesan. Mereka telah menggunakan perisian
kursus dengan baik. Ini dibuktikan dengan tahap penggunaan perisian kursus
sebanyak 83%. Ini menunjukkan guru-guru sains di daerah ini mempunyai
sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalam
membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Walaupun kebanyakan guru
sains adalah guru yang berumur lebih daripada 41 tahun, namun mereka
tidak takut untuk menggunakan teknologi. Sikap beginilah yang sepatutnya

__________________________________________________________________ 20

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

ada pada setiap guru sains dan matematik dalam melaksanakan PPSMI
dengan berkesan.

Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam kalangan


guru-guru matematik, ia agak rendah iaitu tahap penggunaannya sebanyak
62%. Ini kerana pengajaran dan pembelajaran matematik banyak dilakukan
di dalam kelas atau bilik media atau bilik tayangan berbanding dengan
pengajaran dan pembelajaran Sains dilakukan di dalam makmal yang
memang telah dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti ”lcd projector”,
skrin dan ”speaker”. Disamping itu juga setiap makmal mempunyai pembantu
makmal yang dapat membantu guru-guru sains menyediakan peralatan ICT
sebelum mengajar dan mengemaskannya kembali setelah habis pengajaran.
Mungkin pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan ICT dapat
dijalankan dengan lebih baik andainya setiap sekolah mempunyai makmal
matematik yang dapat menempatkan banyak peralatan ICT dan alat-alat
bantu mengajar matematik yang lain. Guru-guru matematik tidak perlu lagi
”berebut-rebut” menempah bilik tayangan atau bilik media yang sangat
terhad dalam melaksanakan pengajaran menggunakan perisian kursus yang
dibekalkan.

Walau bagaimanapun, tahap penggunaan internet agak rendah dan


perlu ada suatu tindakan dilakukan untuk menggalakkan guru-guru
menggunakan internet dengan berkesan. Terlalu banyak maklumat yang
boleh diperolehi daripada internet, namun masih ramai guru yang tidak
menggunakannya.

Kebanyakan guru sains dan matematik telahpun menghadiri kursus


pendedahan ICT yang dianjurkan oleh kementerian seperti BPPT(Bimbingan
Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan oleh
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Dalam

__________________________________________________________________ 21

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

kursus-kursus berkenaan guru-guru didedahkan dan diberi kemahiran


menggunakan internet dalam mencari maklumat atau bahan pengajaran dan
guru-guru juga diberi kemahiran tentang penggunaan komputer dalam
menghasilkan bahan pengajaran. Jadi, dari segi pengetahuan dan kemahiran,
guru-guru telahpun ada walaupun pada tahap yang sederhana.

Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama ada guru-guru
sains atau matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencari
maklumat dari internet dan menggunakannya dalam pengajaran atau
membina bahan pengajaran menggunakan komputer. Kekangan dari segi
masa juga menyebabkan guru-guru tidak sempat meneliti bahagian-bahagian
perisian kursus yang sesuai digunakan bagi tahap pencapaian pelajar-pelajar
yang tertentu.

Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut :

1. Pihak panitia sekolah masing-masing boleh mengadakan kursus


dalaman berkala bagi memberi kemahiran kepada guru-guru yang
masih belum mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat
untuk bahan pengajaran, juga kepada guru-guru yang masih belum
mahir menggunakan komputer untuk membina bahan pengajaran.

2. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu perjumpaan


bagi meneliti perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru boleh
dibahagikan dalam kumpulan mengikut tingkatan yang diajar dan
membincangkan kaedah terbaik menggunakan perisian kursus yang
dibekalkan. Jika perlu sama-sama menghasilkan suatu modul untuk
digunakan bersama perisian kursus berkenaan.

__________________________________________________________________ 22

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

3. Pihak panitia daerah boleh mewujudkan suatu pasukan pembina bahan


pengajaran menggunakan komputer dan internet dan bahan yang
dihasilkan dikongsi bersama. Topik diagih mengikut sekolah.

Kesimpulannya, guru-guru sains dan matematik mempunyai persepsi yang


sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada
dari segi penggunaan perisian kursus atau penggunaan internet. Namun,
kekangan masa yang disebabkan tugas yang begitu banyak di samping
kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak dapat
menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.

Adalah diharapkan pihak panitia sekolah dan panitia daerah dapat


memainkan peranan bagi membantu guru-guru ini menggunakan media
komputer dalam pengajaran agar perlaksanaan PPSMI dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Pihak pentadbir pula harus meneliti kelengkapan
infrastruktur ICT yang ada di sekolah agar semuanya boleh berfungsi dengan
baik dan berkesan.

Penutup

Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk


menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi,
para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi
ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru sains dan matematik ini dapat
menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan dan
kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu
memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun
penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya tidak
mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dan metematik. Harus diingat bahawa teknologi

__________________________________________________________________ 23

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia


tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas.
Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

Rujukan:

1. Effandi, Norazah & Sabri.(2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran


Matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

2. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003
Artikel atas talian :
http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah
%20menengah%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf

3. Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat


Di Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004
Jurnal atas talian :
www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf

4. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s


Background Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13
Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing
Countries
www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20

__________________________________________________________________ 24

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

5. Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan


Bahan Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat . Tesis
Sarjana Universiti Putra Malaysia

6. Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The definition
and domains of the field. Washington D.C: Association for Educational
Communication and Technology.

7. Rozinah Jamaludin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan


Publication & Distributors.

8. Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran


Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia

9. Titian,Keluaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia,.(2006). Utusan


Malaysia, Selasa, 29 Ogos 2006
Atas talian : http://web.utm.my/cict/index.php?
option=content&task=view&id=400&Itemid=246

__________________________________________________________________ 25

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

Lampiran B

” Presentation ”

__________________________________________________________________ 26


You might also like