You are on page 1of 3

ULASAN JURNAL

Tajuk artikel : Menilai Kepuasan Pengguna Terhadap Prestasi Perpustakaan


Akademik (Evaluating Users’ Satisfaction On Academic Library
Performance).

Maklumat jurnal : Malaysian Journal of Library & Information Science, Vol.14, no.2,
August 2009: 101-115

Pengenalan

Artikel ini merupakan satu hasil kajian kuantitatif oleh Norliya Ahmad Kassim dari
Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kajian ini bertujuan
untuk menilai prestasi perpustakaan dengan mengukur kepuasan pengguna tentang
perkhidmatan perpustakaan, infrastruktur / tempat / ruang dan koleksi/ maklumat yang
diberikan oleh sebuah perpustakaan akademik di Malaysia. Satu kaji selidik yang
dibangunkan sendiri digunakan untuk mengukur pendapat responden terhadap tahap
kepuasan mereka. Sampel kajian adalah terdiri daripada 650 orang mahasiswa tahun akhir
dari tiga fakulti, universiti awam di Malaysia.

Objektif Kajian

Pengkaji telah menggariskan dua objektif bagi kajian ini iaitu:


i. Untuk mengenal pasti paras kepuasan pengguna berkaitan dengan
perkhidmatan, kemudahan dan koleksi yang disediakan oleh perpustakaan.
ii. Membandingkan perbezaan tahap kepuasan antara mahasiswa tiga buah fakulti
terlibat.
Dapatan Kajian

a. Latar belakang responden

Hasil daripada penyelidikan ini, pengkaji mendapati 49.6% daripada responden


adalah terdiri daripada pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat (IS), 29.3% adalah daripada
Fakulti Sains Pentadbiran & Dasar Awan (AM) dan 21.1% lagi adalah daripada Fakulti
Undang-undang LW). Kebanyakan daripada responden ini (33%) pergi ke perpustakaan
lebih daripada sekali dalam seminggu. Manakala responden yang pergi ke perpustakaan dua
kali sebulan adalah 20.5% dan hanya sebilangan kecil daripadanya (0.4%) yang tidak
langsung pergi ke perpustakaan. Mereka ke perpustakaan atas pelbagai alasan.
Kebanyakannya (63.7%) adalah untuk mendapatkan bahan, manakala sebahagian kecil sahaja
(2.1%) untuk menghadiri aktiviti perpustakaan.

b. Kepuasan pengguna

Melalui kajian ini, pengkaji mendapati pada keseluruhannya, pengguna perpustakaan


berpuas hati dengan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi/ maklumat yang terdapat di
perpustakaan. Keputusan kajian ini juga menunjukkan tahap kepuasan responden dari ketiga-
tiga fakulti secara statistiknya adalah signifikan. Ini bermaksud rata-rata skor secara
signifikan berbeza antara satu dengan lain.
Perbezaan kepuasan antara ketiga-tiga fakulti berdasarkan perbandingan
menggunakan ujian ANOVA menunjukkan bahawa, rata-rata pelajar dari Fakulti IS adalah
lebih berpuas hati dibandingkan dengan pelajara dari Fakulti AM dan Fakulti LW mengikut
urutan.
Kesimpulan

Melalui hasil penyelidikan ini dapat memberikan maklumat mengenai kepuasan


pengguna terhadap infrastruktur, perkhidmatan dan koleksi/ maklumat perpustakaan.
Diharapkan maklumat tersebut akan dapat menyumbang kepada peningkatan mutu
perkhidmatan perpustakaan dan profesion pustakawan.
Implikasi daripada hasil kajian ini, pengkaji dapat mencadangkan agar pengurusan
perpustakaan akademik dan perpustakaan universiti dapat meningkatkan perkhidmatan
perpustakaan, infrastruktur dan koleksi mereka. Dapatan daripada kajian ini juga jelas
menyarankan agar setiap perpustakaan perlu memberi perhatian serius dalam memberikan
perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
Selain itu, pihak perpustakaan juga perlu digalakkan agar menjalankan kajian
terhadap keperluan pengunjung serta kepuasan pengguna. Dapatan kajian tersebut dapat
dijadikan sandaran kepada kebanyakan keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan
perpustakaan atau dalam perancangan pembangunan perpustakaan di masa hadapan.

RUJUKAN
Ahmad Kassim, N. (2009). Evaluating Users’ Satisfaction On Academic Library
Performance. Malaysian Journal of Library & Information Science, Vol.14 (2), 101-115.
Dicapai pada Julai 15, 2010, dari http://ejum.fsktm.um.edu.my/.

You might also like