AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16
Disamping itu, China cuba untuk memberi perlindungan dan menjaga keselamatan bagikerajaan-kerajaan yang berlindung dibawah naungannya.
Pada tahun 1403, utusan rasmi dari China yang diketuai oleh Yin Ching telah sampai keMelaka.
Dengan yang sedemikian, Parameswara telah mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan perlindungan terus daripada kerajaan China. Hal ini kerana pada masa yang sama,Melaka telah menghadapi beberapa ancaman luar yang akan mengancam dan menggugatkeselamatan Melaka iaitu ancaman dari Siam dan Majapahit. Pada tahun 1406, satu lagi utusanrasmi dari China ke Melaka dan rombongan tersebut telah memberi beberapa hadiah kepadaParameswara seperti sebuah cap mohor, sepasang pakaian sutera dan payung kuning. Hal inimembuktikan bahawa Melaka mendapat pengikhtirafan rasmi daripada China. Pada tahun 1409,Laksamana Cheng Ho dari China telah datang ke Melaka untuk mengeratkan lagi hubunganantara kedua-dua belah pihak. Terdapat juga rombongan balas yang dibuat oleh Parameswara keChina untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua kerajaan iaitu pada tahun 1411.
Tetapi, pada abad ke-5 hubungan dua hala ini telah renggang kerana kerajaan China mula mengubahdasar hubungan luarnya.
Dengan adanya perhubungan baik antara China dengan Melaka, membolehkan parameswara menjaga keselamatan Melaka daripada ancaman luar iaitu Siam dan Majapahit.Oleh yang sedemikian, perhubungan ini telah membantu Melaka untuk mengukuhkan kedudukanMelaka sebagai satu kerajaan yang berdaulat dan disegani oleh beberapa kerajaan lain. Selain
2
Lotfi Ismail,
Sejarah Malaysia 1400-1963
, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978, hlm. 12-13.
3
Zainal Abidin Abdul Wahid,
Sejarah Malaysia sa-pintas lalu
, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1971,hlm. 21.
4
Lotfi Ismail,
Sejarah Malaysia 1400-1963
, hlm. 14.
5
Malaysia Kita
, Kuala Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), 1991, hlm. 95.
2