You are on page 1of 15

BIDANG TUGAS

1.         JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID


 
1.1       Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran
dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika
perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa.
1.2       Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke
atas pelajar.
1.3       Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan
membantu dalam menangani masalah tersebut.
1.4       Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru, serta ibu bapa
tentang hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
1.5       Memberi bimbingan dan panduan dalam perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
1.6       Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
 
2. LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH
 
2.1       Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan
pekeliling Kementerian Pendidikan dan JPN.
2.2       Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan
sekolah.
2.3       Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengawas.
2.4       Mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada
hukuman ’gantung persekolahan’ atau ‘buang sekolah’ berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
9/1975.Satu mesyuarat khas lembaga disiplin boleh diadakan bagi membincangkan kes-kes
yang berat.
2.5       Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan lawatan disiplin dalam
semua majlis sekolah.
2.6       Mewujudkan sistem rekod disiplin yang kemas dan teratur dan sistem pemantauan yang
berkesan.
2.7       Berusaha menanamkan semangat cintakan sekolah dan semangat kekitaan supaya
peraturan sekolah menjadi satu budaya.
2.8       Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang
sewajarnya.
2.9       Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
2.10     Menjalankan rondaan harian(dengan bantuan Guru Bertugas) untuk mengesan pelajar
yang ponteng kelas dan melanggar perauran disiplin.
2.11     Menyediakan dan membekalkan maklumat disiplin kepada KP, JPN, PPD, atau pihak
polis.
2.12     Merancang dan melaksanakan program meningkatkan kesedaran dan penghayatan
disiplin pelajar.
2.13     Menjadi perantara antara ibu bapa  / penjaga dengan pihak sekolah dalam menangani
masalah disiplin.
2.14     Menguruskan fail-fail yang berkaitan dengan disiplin.
 
 
 
3.         Lembaga pengawas
 
3.1       Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Pengetua melalui
Penolong Kanan HEM.
3.2       Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
3.3       Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
3.4       Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran pengawas dan kursus-kursus lain yang
berkaitan dengan pengwas.
3.5       Menyediakan laporan tahunan Lembaga Pengawas.
3.6       Memastikan laporan mingguan / harian pengawas disediakan.
3.7       Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.
3.8       Bekerjasama dengan Lembaga Disiplin berkaitan dengan maklumat dan tindakan disiplin
pelajar.
3.9       Memastikan pengawas sekolah dapat berfungsi dengan baik dalam menguatkuasakan 
peraturan dan tata tertib sekolah.
3.10     Memastikan bilik Pengawas sentiasa ceria dan kemas.
3.11     Bertanggungjawab terhadap fail-fail yang berkaitan dengan Lembaga Pengawas dan
Jawatankuasa Pengawas Sekolah.
 
4.         JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
 
4.1       Membaca, memahami, dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
Kementerian, JPN, dan PPD.
4.2       Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti: -
a. keselamatan lalu lintas
b. keselamatan bangunan dan perabot
c. keselamatan di makmal / bengkel / bilik ERT dan bilik-bilik khas yang lain.
4.3       Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, bomba, JKR (Air) dan JKR
(Elektrik).
4.4       Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar.
4.5       Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi.
4.6       Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.
4.7       Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi
sekolah.
4.8       Merancang dan menjalankan latihan kecemasan kebakaran (mengosongkan bangunan)
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
4.9       Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal.
4.10     Meletakkan tanda amaran ’BAHAYA’ di tempat-tempat berbahaya.
4.11     Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.
4.12     Menentukan dan menanda zon / kawasan larangan bagi laluan pelajar.
4.13     Memastikan bilik rawatan dan peti-peti ubat disediakan dandlengkapi.
4.14     Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.
4.15     Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan / penyelia
tingkatan.
4.16     Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.
4.17     Menyediakan jadual tugas bilik rawatan.
4.18     Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan
dan lain-lain.
4.19     Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.
4.20     Bertanggungjawab dalam kempen-kempen kesihatan seperti Anti-Aedes/Denggi.
 
 
 
5.         JAWATANKUASA KANTIN
 
5.1       Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian
Pendidikan / Kesihatan, JPN.
5.2       Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
5.3       Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat
perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
5.4       Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard),
makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya.
5.5       Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
5.6       Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
5.7       Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki
kad kesihatan yang sah.
5.8       Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
5.9       Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup
kepala yang bersih dan kemas mengikut Pekeliling Kementerian Kesihatan.
5.10     Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan dalam
bekas yang tertutup.
5.11     Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
5.12     Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
5.13     Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan
sesuai.
5.14     Membuat laporan mingguan dalam buku Laporan Kantin.
5.15     Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Pengetua / PK HEM tentang prestasi kantin.
5.16     Mengadakan mesyuarat JK Kantin sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan perbincangan
dari semasa ke semasa.
5.17     Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
5.18     Memastikan fail-fail yang berkaitan dengan kantin sentiasa dikemas kini.
 
 
6.         JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN JADUAL KEDATANGAN
 
6.1       Menetapkan tarikh dan tempat pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan &
Tingkatan 1.
6.2       Menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baru dengan kerjasama guru-guru tingkatan
dan penyelia tingkatan.
6.3       Merekod dalam buku kemasukan pelajar dan memberi nombor pendaftaran pelajar baru.
6.4       Mencatat ‘BERPINDAH SEKOLAH KE...’ / ‘BERHENTI SEKOLAH’ dalam buku
kemasukan pelajar jika ada pelajar yang berpindah atau berhenti sekolah.
6.5       Membuat analisis mingguan dan bulanan tentang ‘PONTENG’ atau ‘ketidakhadiran
pelajar.
 
7.         JAWATANKUASA PEMBANGUNAN, KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
 
7.1       Merancang dan mendapatkan peruntukan / bantuan pembangunan infrastruktur sekolah
mengikut keperluan.
7.2       Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan
sekolah dari semasa ke semasa.
7.3       Menyediakan pelan induk landskap sekolah.
7.4       Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti :
a.  Kempen Kebersihan
b.  Pertandingan Kebersihan Kelas
c.  Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan
d.  Ceramah-ceramah kebersihan
e.  Pertandingan poster kebersihan
f.  Menanam bunga / pokok di kawasan sekolah
g.  Lawatan ke sekolah-sekolah lain
7.5       Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar bagi
meningkatkan mutu kebersihan dan keceriaan sekolah.
7.6       Menguatkuasa segala arahan dan peraturan sekolah tentang kebersihan da keceriaan
dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan.
7.7       Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari semasa ke semasa
dan membuat laporan kemajuan kerja.
 
8.         JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
 
8.1       Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling meliputi semua aspek bimbingan dan
kaunseling iaitu :
a.  Bimbingan Pelajar
b.  Bimbingan Kerjaya
c.  Bimbingan Sosial
d.  Bimbingan Sahsiah
e.  Bimbingan Psikologi
 
f.  Bimbingan Pencegahan Dadah / AIDS
8.2       Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
8.3       Mengelolakan program orientasi :
a.  Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan peralihan, satu dan empat.
b.  Penerangan tentang sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat sekolah
(KBSM)
c.  Pemilihan mata pelajaran pilihan di peringkat menengah atas.
d.  Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
8.4       Mengelola dan mengurus bilik Bimbingan dan Kaunseling secara berkesan.
8.5       Memastikan semua fail yang berkaitan dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling
disediakan dan dikemas kini.
 
 
9.         JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS / RUJUKAN GURU
 
9.1       Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi membincangkan
pembahagian tugas, taklimat kepada guru tingkatan, menubuhkan pasukan petugas SPBT
(pelajar), dan pelajar yang layak untuk menerima SPBT.
9.2       Mengedar dan mengumpul borang SPBT melalui guru tingkatan.
9.3       Mengedar senarai pelajar yang layak menerima buku teks kepada guru tingkatan.
9.4       Membuat pesanan buku :
a.  Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.
b.  Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).
c.  Membuat anggaran tepat untuk tahun berikutnya.
d.  Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
9.5       Pengedaran
a.  Mengedarkan mengikut tingkatan
b.  Menentukan tarikh pengedaran
c.  Mengesan kelancaran pengedaran
d.  Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk / bertukar sekolah.
e.  Mengedarkn buku kepada pelajar yang baru masuk.
f.  Memastikan borang SPBT dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar
g.  Memastikan guru tigkatan telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua
pelajar yang layak.
h.  Memastikan semua guru tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman SPBT
/ Borang G mengikut jadual.
9.6       Pengurusan Rekod dan Dokumen
a.  Menyelenggarakan fail yang kemas kini mengikut jenis.
b.  Rekod buku stok yang kemas kini (mengikut tingkatan)
c.  Senari tugas guru – pengedaran/pengumpulan
d.  Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak dan hilang.
9.7       Pengurusan Keselamatan Buku
a.  Menguruskan bilik SPBT dan membuat peraturan penggunaannya.
b.  Peraturan mengedarkan ke sekolah lain.
c.  Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.
9.8       Pegurusan Pemulangan SPBT.
a.  Menentukan tarikh pemulangan mengikut tingkatan.
b.  Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / tingkatan.
c.  Melaporkan kepada pengetua / PK HEM tentang proses pemulangan buku
(peratus rosak / hilang, guru bertugas, hapus kira, kekurangan / lebihan).
9.9       Pengurusan Stok dan Inventori
a.  Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan JPN.
b.  Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
c.  Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat
d.  Mengemas kini inventori SPBT.
e.  Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.
9.10     Cadangan buku bacaan tambahan
a.  Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia / Guru Kanan Matapelajaran
b.  Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan
c.  Memaklumkan kepada pengetua / PK HEM
9.11     Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar
yang tidak mendapat pinjaman buku teks.
 
 
10.       JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN
 
10.1     Meneliti Pekeliling dari Kementerian Pendidikan, JPN dan pihak penaja untuk
memastikan syarat dipatuhi.
10.2     Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.
10.3     Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar mengikut masa tawaran.
10.4     Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian
dan perakuan.
10.5     Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.
10.6     Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap penggal.
10.7     Memberitahu ibu bapa / waris pelajar yang mendapat biasiswa.
10.8     Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada PK HEM.
10.9     Menghantar surat amaran kepada ibu bapa / waris bagi pemegang biasiswa yang
prestasinya merosot.
10.10   Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan Giro (Tanpa Kad)
di Bank Simpanan Nasional.
10.11   Menentukan daftar buku / rekod penerimaan cek / baucer di pejabat.
10.12   Menyediakan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
10.13   Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat sekolah.
10.14   Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti :
a.  pelajar miskin
b.  kemalangan
c.  rawatan berterusan (penyakit kronik)
d.  kematian
e.  kecemasan / bencana
10.15   Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan
keutamaan dan keperluan.
10.16   Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan
pelajar terhadap kebajikan.
10. 17 Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima tang dikemas kini dan disahkan oleh
Pengetua.
10. 18  Menubuh dan menguruskan Tabung Kebajikan Pelajar.
10. 19  Menubuhkan Unit Hilang / Jurapa.
10. 20  Menentukan semua doumen disimpan dengan selamat.
 
 
11.       JAWATANKUASA PERABOT & BANGUNAN ( HARTA BENDA )
11. 1    Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementrian,
JPN, dan PPD.
11. 2    Merekodkan semua penerimaan/ pembelian dalam buku stok / inventori.
11. 3    Menguruskan semua perabot yang hendak dihapus kira mengikut peraturan.
11. 4    Mengenalpasti keperluan perabot.
11. 5    Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun.
11. 6    Membaiki dan menyelenggara apabila perlu.
11. 7    Memastikan perabot yang berlebihan / dibaik pulih disimpan di tempat yang selamat.
11. 8    Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot serta
jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar.
 
12.       PENYELIA TINGKATAN
 
12.1     Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah jagaannya.
Persetujuan PK/Peneyelia Petang perlu diminta terlebih dahulu.
12.2     Kuota pelajar mengikut kaum mesti dipatuhi. PK/Peneyelia Petang dan Pengetua mesti
dimaklumkan.
12.3     Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan
minat/aliran bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 dan mata pelajaran elektif bagi pelajar menengah
rendah.
12.4     Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku SPBT.
12.5     Membantu PK (HEM) dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak untuk diberi
bantuan/biasiswa.
12.6     Memaklumkan kepada Pengetua/PK/Penyelia Petang tentang jumlah pelajar dalam
setiap kelas dari semasa ke semasa.
12.7     Penyelia Tingkatan 3 dan 5 membantu Setiausaha Peperiksaan PMR dan SPM dalam
hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan berkenaan.
12.8     Memastikan surat-surat kelulusan  kemasukan pelajar baru disimpan dalamdaftar masuk
(ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur.
12.9     Bekerjasama dengan Kaunselor Pelajar bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk
dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar.
12.9.1  Buku Rekod Prestasi Akademik Pelajar
12.9.2  Buku Gerko
12.9.3  Kad 001
12.9.4  Borang SPBT
12.10   Keterangan-keterangan yang berkaitan kerja kursus dan PAFA bagi pelajar Tingkatan 3
dan 5.
12.11   Sentiasa mengemaskinikan fail-fail pertukaran dan kemasukan pelajar.
12.12   Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PMR/SPM.
12.14   Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.
12.15   Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru Tingkatan
Peralihan dan Tingkatan Satu untuk mengagihkan kemasukan pelajar.
12.16   Memastikan guru tingkatan memberi bilangan , nombor pendaftaran,dan memasukkan
butir-butir pelajar dalam Buku Pendaftaran.
12.17   Bertanggungjawab dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini mesti disimpan
di pejabat.
12.18   Menjalankan tugas-tugas sebagai guru tingkatan kepada tingkatan yang guru tingkatan
yang tidak hadir.
12.19   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
 
13.       GURU TINGKATAN
 
13.1     PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS
 
13.1.1  Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua
Tingkatan, Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan,
AJKKokurikulum, dan AJK Akademik mengikut matapelajaran.
13.1.2  Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
13.1.3  Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
a. Jadual Waktu
b. Jadual Tugas Harian
c. Struktur Organisasi Kelas
d.Daftar Inventori
e. Pelan Larian Kecemasan
f. Gambar-gambar  pemimpin
g. Sudut Bacaan
h. Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori
13.1.4  Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
13.1.5  Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.
13.1.6  Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.
13.1.7  Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan
keceriaan kelas dan kebajikan kelas.
 
 
 
13.2     JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
 
13.2.1  Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir
dan menyimpan di tempat yang ditetapkan di pejabat.
13.2.2  Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar
ditulis dan dikemaskini.
13.2.3  Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
13.2.4  Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik.
13.2.5  Mnegambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak hadir ke
sekolah.
 
13.3     REKOD PRESTASI AKADEMIK,SIJIL BERHENTI,SURAT AKUAN DAN KAD 001
13.3.1  Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap
dengan butiran peribadi yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut dengan plastik.
13.3.2  Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain maklumat
yang terdapat dalam buku tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan
penggal, peperiksaan percubaan).
13.3.3  Memastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris
pelajar,
13.3.4  Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada Pengetua
bersama dengan buku rekod Prestasi Akademik Pelajar untuk disemak dan ditandatangani
sebelum diserahkan kepada waris pelajar.
13.3.5  Menyedia dan melengkapkan Kad 001.
13.3.6  Menyedia dan mengisi surat akuan pelajar jika diperlukan.
13.3.7  Mempastikan pelajar Tingkatan 3 dan 5 mengisi Borang Sijil Berhenti Sekolah.
 
13.4     MASALAH PEMBELAJARAN,KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN
 
13.4.1  Memberi galakan,motivasi,dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
13.4.2  Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.
13.4.3  Sentiasa prihatin terhadap masaah pelajar kelasnya.
13.4.4  Melaporkan kepada Kaunselor Pelajar pelajar-pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran/kemerosotan pelajaran.
13.4.5  Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat pelajar yang
menghadapi masalah kesihatan.
13.4.6  Mneyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan pelajar dan diberikan kepada pihak
berkenaan jika diperlukan.
13.4.7  Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan
sekolah.
13.4.8  Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan pelajar ponteng.
 
13.5     BUKU TEKS, BIASISWA, DAN BANTUAN KEBAJIKAN
 
13.5.1  Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak, memastikan buku-
buku tersebut dibalut dan dicatat nama pelajar, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.
13.5.2  Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
13.5.3  Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan
nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai
tersebut kepada guru SPBT.
13.5.4  Mengenalpasti pelajar yang layak menrima biasiswa dan sebrang bantuan yang lain dan
melaporkan kepada Guru Biasiswa dan Guru Kebajikan.
13.5.5  Melaporkan kepadaGuru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan
pelajar yang menerima biasiswa.
 
13.6     KUTIPAN YURAN DAN DERMA
 
13.6.1  Mengutip yuran persekolahan pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar
kesemua yuran sekaligus.
13.6.2  Menguitp derma PIBG
13.6.3  Mengutip yuran pepriksaan bagi calon-calon peperiksaan.
13.6.4  Mengutip bayaran-bayaran yang berkaitan, misalnya alat tulis dari Koperasi Sekolah.
13.6.5  Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma.
13.6.6  Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada:
a. PK Pentadbiran (Yuran Persekolahan & yuran Peperiksaan)
b. Bendahari PIBG (Derma PIBG)
c. Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.
 
13.7     PENDAFTARAN PELAJAR BARU
 
13.7.1  Mendaftarkan pelajar baru yang diterima dari Penyelia Tingkatan dalam buku Rekod
Kemasukan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar dari PK HEM.
13.7.2  Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika layak,
memastikan pelajar berkenaan mendapat buku teks.
13.7.3  Menentukan penerimaan Kad 001 dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah
terdahulu.
13.7.4  Menyemak jika pelajar berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan
kepada Guru Biasiswa.
13.7.5  Menentukan rumah sukan.
13.7.6  Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
 
 
13.8     MURID KELUAR
 
13.8.1  Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar, dan Kad 001 diserah ke
pejabat.
13.8.2  Menentukan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan telah disempurnakan bagi
pelajar Tingkatan 3 dan 5.
13.8.3  Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima.
13.8.4  Memastikan buku teks tekah dipulangkan serta semua bayaran yuarn telah dijelaskan.
13.8.5  Mempastikan penerimaan biasiswa dilaporkan ke pejabat.
 
13.9     PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN
 
13.9.1  Memastikan setiap pelajar
a. mempunyai rumah sukan
b. menganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan dan
permainan, dan satu pasukan unit beruniform.
13.9.2  Menggalakkan setiap pelajar bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
 
13.10   IKLIM KELAS SECARA KESELURUHAN
 
13.10.1  Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P&P.
 
14.       GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN
 
14.1     Tempoh hari bertugas ialah dari hari Ahad hingga Sabtu kecuali cuti umum.
14.2     Hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan
pulang 15 minit setelah persekolahan berakhir.
14.3     Memastikan bilik-bilik darjah dibersihkan, serta lampu, dan kipas dimatikan setelah tamat
persekolahan.
14.4     Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum
loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah, dan mengambil tindakan yang munasabah
jika perlu.
14.5     Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas, dan kawasan
sekolah.
14.6     Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
14.7     Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/pulang ke
rumah.
14.8     Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang
memohon.
14.9     Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang dari  sekolah, masa rehat, dan
masa pertukaran guru.
14.10   Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kehilangan barang-barang.
14.11   Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta
benda sekolah.
14.12   Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan,unit
beruniform,dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
14.13   Membuat catatan tentang perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu
persekolahan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas. Antara perkara-perkara yang perlu dicatat:
14.13.1 Kedatangan pelajar, guru, dan staf sokongan
14.13.2 Pelajar ponteng, tidak hadir dan sakit
14.13.3 Lawatan-lawatan/pelawat
14.13.4 ucapan/pengumuman dalam perhimpunan. Jika perlu, laporan
segera dibuat kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
 
14.14   Bertindak sebgai perantara/pengacara/pengerusi bagi sebarang aktiviti yang berlaku
sepanjang minggu jika tidak mempunyai jawatankuasa/penyelaras yang khusus.
 
14.15   Perhimpunan
14.15.1 Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.
14.15.2 Memastikan bendera-bendera, peralatan siaraya, tempat duduk
guru, serta hal-hal yang berkaitan dengan perhimpunan telah disediakan  dan baik untuk
digunakan.
14.15.3 Memastikan semua peralatan disimpan selepas digunakan.
14.15.4 Bersedia dengan satu tajuk khusus sebagai
renungan/motivasi kepada pelajar.
14.15.5 Mempastikan pelajar telah beratur dengan kemas.
14.15.6 Mempastikan protokol majlis semasa perhimpunan diikuti.
 
15. GURU DISIPLIN
 
15.1     Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah.
15.2     Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan d sekolah.
15.3     Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
15.4     Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.
15.5     Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
15.6     Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam
menangani masalah disiplin.
15.7     Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah di
kalangan pelajar dan guru.
15.8     Melaporkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada PK HEM
seminggu sekali.
15.9     Menghubungi pihak polis jika perlu.
15.10   Bekerjasasama dengan guru pengawas dan semua guru bertugas untuk meronda
kawasan sekolah dan membuat ’spot-check’.
15.11   Memberi maklumat segera kepada PK HEM berhubung kes-kes yang serius
(penyalahgunaan dadah, gambar lucah, video lucah, majalah lucah,peras ugut, judi, kumpulan
haram, bohsia, bohjan, dll.).
15.12   Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada majlis rasmi sekolah.
 
 
16.       GURU PENGAWAS
 
16.1     Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa di
perhimpunan sekolah.
16.2     Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada PK HEM.
16.3     Menguruskan perlantikan rasmi pengawas sekolah.
16.4     Menguruskan tempahan dan pengagihan uniform pengawas.
16.5     Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
16.6     Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
16.7     Mengadakan kursus-kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.
16.8     Menyediakan laporan tahunan lembaga pengawas.
16.9     Mendapatkan maklumat salah laku disiplin daripada guru disiplin dan mencatatkan
semua kes disiplin dalam buku laporan disiplin.
16.10   Menyediakan maklumat salah laku disiplin dalam disket dan mengemukakan kepaa pihak
PPD.
16.11   Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam
menangani masalah disiplin.
12.12   Bekerjasama dengan guru disiplin membuat rondaan/spot-check.
12.13   Bertanggungjawab tentang semua fail yang berkaitan dengan pengawas dan disiplin.
12.14   Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.
12.15   Bertanggungjawab tentang pengurusan dan keceriaan bilik pengawas.
 
17.       GURU SIARAYA
 
17.1     Bertanggungjawab memastikan sistem P.A seklaj berfungsi dan disimpan di tempat yang
selamat.
17.2     Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas sgala pengumuman dan
siaran lain yang dibuat melalui sistem P.A sekolah.
17.3     Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara.
17.4     Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat P.A pertubuhan kokurikulum
sekolah dan unit-unit lain serta memastikan pemulangannya dibuat mengikut tarikh dan dalam
keadaan baik.
17.5     Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem P.A
berfungsi dengan berkesan.
17.6     Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika berlaku kerosakan.
17.7     Menyemak stok pada akhir setiap penggal.

You might also like