You are on page 1of 11

SMK RAPAT SETIA IPOH

FOLIO SEJARAH: TOK JANGGUT


PEJUANG JIHAD

Nama: Muhammad Ikhwan b. Mohammed Pauzi


Kelas: 2 Zamrud (2010)
Nama Guru: Pn. Sabariah bt. Hashim
KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


Kandungan 1
Kisah Perjalanan Hidup Tok 2-7
Janggut
Faktor Penentangan 8
Peristiwa Penentangan 9
Kesan Penentangan 10
Sumber Rujukan 10
Kisah Perjalanan Hidup Tok Janggut

Haji Mat Hassan Panglima Munas


Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan,
malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan
‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan
pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat,
maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu
meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan
peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya,
dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan
pengkhianat bangsa dan negara.

Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat
masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian,
semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih
kekal disanjung sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau
dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya
berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja
Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani
dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar
membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula
melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya
menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara,
Jalor dan Setol di bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya
melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan
barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau
dan Datuk Bahaman.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos
1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan
1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia
Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri
Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu.
Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.

Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil
kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat
Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.

Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan
kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di
Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih
pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari
Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan
Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi
29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan
sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai
tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau
tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal
tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.

Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan
kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan
itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh
dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar
Jeram sebagai Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini
sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak
berlaku di Kelantan.

Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan


Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke
Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.

Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan
pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai
penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan
Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan
menderhaka.

Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya
menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut,
selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati
dengan Tok Janggut.

Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar
Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut
mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai
kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris
terpaksa kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris
kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan
itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam
3 pagi, 24 Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan
Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu
Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya
beliau ditikam mati.
Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari
Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur
hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut syahid bersama-ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung
dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan,
Tumpat, Kelantan
FAKTOR PENENTANGAN
1. Peraturan Tanah
*Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yang mewajidkan petani membayar
cukai tanah

2. Pengenalan Cukai Yang Membebankan


*Petani dikehendaki membayar cukai seperti :
-Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
-Pokok pinang 1 sen sepokok
-Sirih 5 sen sejunjung .
-Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor .
*Peraturan ini membebankan rakyat

3. Perasaan anti-British
*Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang
Kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada
tahun 1914 .
*Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia
berjihad menentang penjajah barat .
*Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh .

4. Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan


*Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana
pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar .
* Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai
tetapi gagal .
*Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
*Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab
pegawai British 
PERISTIWA PENENTANGAN

*Pada 28 April 1915 , Pegawai Daerah Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap
Tok Janggut kerana gagal membayar cukai .

*Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok
Janggut .

*Pada 29 April 1915 , Tok Janggut , Engku Besar Jeram , Penghulu Adamdan Che Sahak Merbol
mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atasPasir Puteh .

*Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir


Puteh bebas daripada ancaman British .

*Engku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh .

*Tok Janggut sebagai Perdana Menteri .

*Pada 9 Mei 1915 , British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada
sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya .

*Pada 23 Mei 1915 , British membakar rumah Tok Janggut dan


pengikutnya kerana enggan menyerah diri .

*Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh .

*Pada 24 Mei 1915 , British menyerang Tok Janggut yang berkubu di


Kampung Dalam Pupuh , Saring .

*Tok Janggut terkorban .

*Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian
digantung songsang di Padang Balai Besar , Kota Bharu selama 4 jam .

*Kemudian dikebumikan di Pasir Puteh 


KESAN PENENTANGAN

*Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang


menentang kuasa penjajah Barat .

*Semangat perjuangan mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan


British .

SUMBER RUJUKAN

*Buku Teks Sejarah Tingkatan 2

*Melayari Internet

-http://ibnurrahmat.blogspot.com/

-http://abdullatip.blogspot.com/

-http://pembelamelayu2009.wordpress.com/

-http://ikhwankulai.blogspot.com/

You might also like