Page 3Sniper_Grenade 2010
Sinopsis Bab 8 - Sengketa
H
ilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja
H
ilmi melangkah masuk, Azizah menutuppintu. Azizah cuba menggoda
H
ilmi. Mula-mula
H
ilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangkudengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang
H
ilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja.Pada sangkaannya
H
ilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru.
H
ilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang.Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan
H
ilmi gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu.
H
ilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika
H
ilmisedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan kemanakah dia pergi.
H
ilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya,
H
ilmi pun mandi dan terus masuk kedalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah.Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan
H
ilmi. Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu
H
ilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya
H
ilmi datang besok. Azizah jugacuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan
H
ilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizahkecewa kerana pada anggapannya
H
ilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yangingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepadaorang, habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap
H
ilmi.Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari.
H
ilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewaapabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas mejakecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum.
H
ayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk
H
ilmi makan.
H
ayatibangun dan duduk di sebelah
H
ilmi.
H
ilmi memandang
H
ayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh
H
ayati.Selama ini dia menyangka
H
ayati tidak pernah mempedulikannya,
H
ilmi akhirnya menyuruh
H
ayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan
H
ilmidan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya.
H
ilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat danmeminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.
Sinopsis Bab 9 Pertemuan
Setelah dua hari
H
ilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran
H
ilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya
H
ilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapatdatang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan
H
ayati sendiri untukmenolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang.
H
ayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui
H
ilmi telah pergi.Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja.
H
ayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan
H
ilmi tiketuntuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.
H
ayati amatkecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa
H
ilmi telah pulang ke kampung. Tetapi
H
ayati tahu itu merupakan helah ibunya yangsememangnya tidak suka
H
ilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk
H
ayati dan menyatakan bahawa
H
ilmi akan datang lagi selepasitu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada
H
ayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyaklagi. Dia bercadang untuk menyatukan
H
ayati dan Mohsin seberapa segera.
H
ayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pulaboleh menyambung pelajaran tetapi
H
ayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan
H
ayati mereka membuat alasan keadaan
H
ayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin.Dalam pada itu, Mamat menghantar
H
ilmi ke tempat bas.
H
ilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepadapak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan
H
ayati.
H
ilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik.Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah kosong.
H
ilmi tidak dapatmenahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur.
H
ilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju kekios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgitsetengah.
H
ilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam.
H
ilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun,
H
ilmi telahterserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang
H
ilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya.Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ,
H
ilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemuPak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh
H
ilmi untuk bertanya khabar tentang
H
ayati. Dia amat sedih kerana
H
ayati kini sudahbanyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi.Sesampai
H
ilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik,tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran
H
ilmi. Kedatangannya itu disambut dengan
H
ilmi.
H
ilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan.
H
ilmimeminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja.
H
ilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenallebih dekat tiap-tiap jenis alat itu.
H
ilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat.
H
ubungan Azizahdengan
H
ilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra.
H
ilmi juga sudah mula kenaldengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu
H
ilmi telahbelajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.