You are on page 1of 2

KELEBIHAN KOMUNIKASI RUMAH – SEKOLAH TERHADAP PEMBELAJARAN

KANAK-KANAK DAN SEKOLAH

Seperti yang kita sedia ketahui,institusi pendidikan awal kanak-kanak


memerlukan kerjasama dengan pihak ibu bapa dalam melaksanakan pendidikan
yang berkualiti untuk kanak-kanak disamping dapat meningkatkan perkembangan
kanak – kanak secara menyeluruh.

Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung dapat membantu
guru untuk mendidik kanak-kanak dengan lebih efektif. Permasalahan yang berkaitan
dengan pendidikan juga dapat diatasi dengan kerjasama yang mesra dalam
kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Sebagai contoh, guru mengadakan
perjumpaan ibu bapa untuk menandatangani rekod kemajuan dan perkembangan
murid. Ibu bapa akan bersemuka dengan guru dan berpeluang untuk mengetahui
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak – anak mereka melalui
perbincangan dengan guru secara bersemuka. Dalam perjumpaan ini juga, ibu bapa
dan guru dapat membincangkan pelbagai perkara di samping memberi ruang kepada
guru untuk mengenalpasti apa yang sebenarnya berlaku terhadap kanak – kanak
seperti penyakit, masalah keluarga, ekonomi keluarga dan sebagainya.

Komunikasi antara guru dan ibu bapa boleh dibahagikan kepada tiga bentuk
iaitu sama ada dengan cara bersemuka, teknologi, mahupun komunikasi bertulis.
Komunikasi secara bersemuka boleh dilakukan melalui perjumpaan, mesyuarat dan
taklimat. Selain itu, penggunaan teknologi seperti penggunaan telefon, email dan
laman web dapat memudahkan komunikasi antara guru dengan ibu bapa. Seperti
contoh, pihak institusi tadika membina laman web sendiri untuk membolehkan segala
maklumat tentang institusinya diketahui dan dikongsi oleh orang ramai. Laman web
juga boleh mewujudkan ruangan forum antara guru – guru dengan ibu bapa untuk
mewujudkan komunikasi dengan pantas sejajar dengan arus perkembangan
teknologi yang menyebarkan maklumat di hujung jari.

Selain dari menyampaikan berita terkini mengenai program yang dijalankan di


prasekolah, komunikasi rumah - sekolah terhadap pembelajaran kanak – kanak juga
dapat menolong meningkatkan prestasi akademik mereka. Keluarga yang banyak
melibatkan diri dalam perkembangan kanak – kanak dapat meningkatkan kemahiran
menjaga dan menggalakkan kanak – kanak lebih aktif dalam aktiviti yang diceburi.
Keluarga yang menyokong perkembangan anak – anak mereka dapat
mempengaruhi tahap pencapaian akademik yang lebih baik.

Penglibatan ibu bapa terhadap sekolah dapat mengekalkan kejayaan sesuatu


program yang diadakan melalui penglibatan yang aktif disamping membantu
meningkatkan prestasi akademik dan konsep kendiri yang positif kepada anak –
anak mereka.
Hubungan baik yang terjalin antara guru dan ibu bapa dapat menjadi medan
untuk bertukar – tukar pendapat dan meningkatkan kemahiran mengajar.
Penglibatan guru secara aktif dapat memastikan pertumbuhan dan perkembangan
kanak – kanak berlaku secara maksimum dan memberi manfaat kepada semua
pihak.

Jenis penglibatan ibu bapa di sekolah adalah dari akpek keibubapaan,


komunikasi, sukarela, pembelajaran, membuat keputusan dan bekerjasama.
Komunikasi bermula dari sekolah ke rumah untuk memaklumkan maklumat kepada
keluarga. Pihak sekolah memaklumkan aktiviti sekolah melalui pelbagai media dan
ini akan menggalakkan keluarga melibatkan diri secara sukarela.

Kesan daripada komunikasi dua hala ini, program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah dapat diimbangi secara menyeluruh dan ini secara tidak langsung boleh
mewujudkan perkembangan sosial yang positif dan memberi rasa kejayaan kepada
pihak sekolah. Selain itu, guru dan ibu dapat berkongsi idea dan pendapat dalam
membuat keputusan, membentuk nilai murni serta memupuk tingkahlaku yang
konsisten.

Disamping itu, ia dapat membangunkan rutin dan kebiasaan yang positif


dalam hidup bekerjasama serta meningkatkan personaliti yang humanistik dan
mewujudkan komunikasi yang berkesan.

You might also like