Hiperaktif (ADHD) Page 3
1.0
Pengenalan
Pada hakikatnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh dikatakan telahmencapai tahap pemodenan yang baik. Namun begitu, dalam mencapai arus pemodenanitu, banyak ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sehingga boleh menyebabkan jiwa kanak-kanak menjadi kacau dan mudah dicemaridengan pengaruh-pangruh negatif daripada pemakanan, suasana keluarga dan sebagainya.Dalam hal ini, demi mencapai sosioekonomi yang tinggi, sesebuah intistusi kekeluargaankhususnya telah mengabaikan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak.Dalam konteks ini, arus globalisasi sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup individudan keluarga yang menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan anak-anak.Dengan bahasa yang labih mudah, keghairahan masyarakat Malaysia dalam mengejar arus pemodenan dan globalisasi telah menjadikan mereka lalai dengan tanggungjawabterhadap keluarga terutamanya pada anak-anak sehingga telah menyebabkan anak-anak menghadapi masalah hiperaktif atau kurang tumpuan (ADHD).Gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan adalah merupakan salah satu masalahyang biasa dihadapi oleh golongan kanak-kanak. Jika kita lihat pada masalah ini, anak-anak yang menghadapi masalah hiperaktif dan kurang tumpuan adalah golongan kanak-kanak yang sentiasa kurang memberikan tumpuan di dalam kelas dan tumpuan merekamudah terganggu oleh faktor di sekililing mereka. Bagi mengenalpasti kanak-kanak yangmenghadapi masalah hiperaktif, terdapat beberapa cirri yang boleh mengambarkan bahawa kanak-kanak itu mengalami masalah hiperaktif adalah melalui kegiatanhiperkatif, kurang tumpuan dan tempoh tumpuannya adalah singkat dan melalui tingkahlaku yang ditunjukkan. Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan pelajar menghadapi masalah hiperaktif sepeti faktor neurologik, faktor genetik, faktor suasana kekeluargaan dan sebagainya. Natijahnya, pelajar yang menghadapi masalah ini bukan sahaja memberikan implikasi terhadap dirinya sendiri malah turut memberikanimplikasi kepada pelajar lain dan juga guru.