Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seeloknya Berterus Teranglah

Seeloknya Berterus Teranglah

Ratings: (0)|Views: 118|Likes:

More info:

Published by: Muhammad Rizam Hj Bakri on Oct 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2011

pdf

text

original

 
Seeloknya Berterus Teranglah
Suatu malam Ramadan semasa Nabi s.a.w. sedang beriktikaf di masjid, datang UmmulMukminin Sayidatina Safiyah r.ha. Selesai urusannya dengan Nabi, baginda menghantarsampai ke pintu masjid. Kebetulan waktu itu melintas dua orang Sahabat dari kalanganAnsar lalu memberi salam kepada Nabi. “Persilakanlah hendak ke mana pun,” kata Nabi kepada dua orang Sahabat itu selepasmenjawab salam. “Wanita ini bukan orang lain tetapi isteriku, Safiyah binti Huyai.” Kenapa Nabi s.a.w. memperkenalkan isteri baginda kepada dua orang Sahabat itu?Sebab Nabi tidak mahu menimbulkan sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah,walaupun apa yang baginda sedang lakukan itu bukan kesalahan. Dan bagi Sahabat-sahabat baginda pula, terjauh daripada mereka menyangka yang bukan-bukan terhadapNabi.Nabi tahu itu. Tetapi baginda menunjukkan teladan kepada kita, jangan biarkan sekecil-kecil syak wasangka terbit di dalam hati orang lain disebabkan oleh perbuatan kita.Walaupun apa yang kita buat tidak salah, seperti mana Nabi bersama Sayidatina Safiyahdi hadapan pintu masjid pada waktu tengah malam.Menjelaskan tujuan Nabi s.a.w. memberitahu dua Sahabat Ansar tentang isteri bagindaitu, Nabi bersabda, “Sesungguhnya syaitan dapat merayap ke dalam tubuh manusia(dapat menggoda) seperti mengalirnya darah di dalam tubuh. Sesungguhnya aku khuatirkalau-kalau syaitan itu melemparkan sesuatu ke dalam hati kamu berdua.” Dalam situasi begitu, apa lagi yang akan dibisikkan syaitan ke dalam hati kalau bukansangka-sangka yang tidak baik. Kalau bukan tuduhan serta anggapan negatif.Sedangkan sangkaan buruk itu termasuk dalam dosa yang berat. Allah tidak akanmengampuninya sebelum terlebih dahulu diampuni oleh orang yang dilemparkan sangkaburuk itu.Ditegaskan di dalam al-Quran menerusi sebaris firman dari Surah al-Hujurat ayat 12yang bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangkakerana sebahagian sangka-sangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari aiborang lain…” (hingga akhir ayat).Sangka buruk adalah jenayah hati. Apabila meletakkan sangkaan-sangkaan burukkepada seseorang, kita telah berbuat jahat kepada orang itu tanpa diketahuinya dantanpa kita sedari. Namun Allah Yang Maha Mengetahui, tidak akan melepaskan apa sajaperbuatan jahat yang dilakukan manusia dengan tidak diadili dan dijatuhi hukumansetimpal.Cuma, seperkara yang barangkali jarang diberi perhatian ialah sebab-musabab timbulnyasatu-satu sangka buruk itu. Itulah yang dipertontonkan oleh Nabi s.a.w. kepada duaorang Sahabat di hadapan pintu masjid, untuk dijadikan iktibar dan renungan sepanjangzaman bahawa di mana-mana pun fitnah boleh berlaku jika tidak berhati-hati.Tidak berasa bersalahkah kita jika kelakuan dan sikap kita menimbulkan syak dansangka buruk orang lain? Tidak berasa bersalahkah kita jika dosa sangka buruk oranglain itu disebabkan oleh kita? Tidak berasakah yang kita telah menyemai bibit-bibitfitnah? Fitnah adalah kejahatan. Kejahatan merosak dan membinasakan – binasa amal,binasa pahala, binasa ukhuwah, binasa kasih sayang dan binasa kehidupan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->