You are on page 1of 21

KOD KURSUS: UKS 1051

TAJUK: BUKU LOG OLAHRAGA

NAMA: NORSYAHIRAH BINTI AHMAD

NO. MATRIK: D20101037070

PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

KUMPULAN: C

DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK ZULEZAM BIN ABD. MALIK


BIODATA

NAMA: NORSYAHIRAH BINTI AHMAD

UMUR: 20 TAHUN

TARIKH LAHIR: 20 OKTOBER 1990

TEMPAT LAHIR: ALOR SETAR,KEDAH

ASAL: LANGKAWI,KEDAH

HOBI: MENDENGAR RADIO

CITA-CITA: GURU
PENGHARGAAN
SEJARAH OLAHRAGA
Kekuatan dan keupayaan manusia dinilai melalui perlakuan berlari, melompat dan
melontar. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu
khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari
semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.
Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih
pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain.Setiap individu
akan berusaha menandingi yang lain dan ingin menewaskan lawan.Mereka yang menang
akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan
supaya kejayaan dapat dikekalkan.Mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan
lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula.Di sini mula
wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.
Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula
individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih
ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing.Mereka akan
berlatih bersungguh-sungguh untuk pertandingan dan mempamerkan kebolehan mereka.Ini
menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula
menarik minat orang ramai di merata dunia.Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak
berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama.Hari ini kita dapat melihat di merata
tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan
kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang
mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’.Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah
terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

SEJARAH AWAL

Walaupun disahkan sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan di atas sejak
zaman sebelum Masihi lagi,masih sukar lagi untuk mengetahui waktu dan masa menjadikan
aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di
Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna
‘olahraga’ sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi. Jika pendapat ini diterima,
bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal didunia.Salah satu bukti yang kukuh
untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik
Kuno.Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM,sehingga kini sudah diakui
merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan
olahraga merupakan acara utama sukan tersebut.Dengan erti kata lain orang Greek sudah
mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat
asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang
dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui
persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.
Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat
perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The
Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek
Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang
dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM
berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan
Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan
alasannya.
Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan
sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya.
Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar.
Setidaktidaknya
mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili
oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu
diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup
meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.
Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut mereka terus
mengadakan ‘pertandingan’ sesama mereka secara kecil-kecilan.
SUKAN OLIMPIK : PERJUMPAAN SUKAN YANG TERBESAR DI DUNIA

Sukan Olimpik kini merupakan perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Malah sejak
pertama kali diadakan hingga kini, Sukan Olompik berjaya menarik minat dan tumpuan
seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama, warna kulit dan perbezaan corak hidup.
Inilah keunikan sukan ini.
Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Namun seperti
yang dinyatakan pada awal bab ini, sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segi
corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik diadakan buat kali pertama pada tahun 1896 di
Greek, ramai yang mengalu-alukannya. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajib
dalam sukan ini sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai
acara Sukan Olimpik, tetapi olahraga masih menduduki tempat teratas dari segi
keutamaannya. Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga, sudah tentu suasana tidak
semeriah yang dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan empat tahun sekali, dan diadakan
di pelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi
penganjur.
Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga terus
menjadi acara utama. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di Barcelona
Sepanyol, dengan penyertaan 135 buah negara, termasuk Malaysia. Sukan Olimpik
berikutnya akan diadakan pada tahun 1996. Motto atau cogan katanya berbunyi : Citius,
Altius, Fortius (Swifter, Higher, Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahragalah
menjadi tunjang kepada cogan kata ini. Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut
dijadikan cogan kata Sukan Olimpik, iaitu : Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah
kemenangan, tetapi mengambil bahagian. Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negaranegara
kecil untuk turut serta dan telah mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan atau
cita-cita negara mereka.
MALAYSIA DAN SUKAN OLIMPIK
Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketika
sukan itu diadakan di Melbourne, Australia. Pada penyertaan kali pertama itu kita mengambil
bahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara kita tidak
pernah gagal mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong pemulauan
terhadap pencerobohan penganjur, Rusia ke atas Afghanistan ketika itu.
Sepanjang penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia itu, cuma satu pingat
gangsa yang mampu kita menangi, iaitu menerusi acara badminton pada tahun 1992, yang
pertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu acara. Dalam acara atau sukan lain,
kita masih belum mampu memenangi sebarang pingat. Semangat Olimpik, pengalaman dan
persahabatan, serta perasaan ingin turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita, dan
mungkin sebilangan besar negara lain. Sukan olahraga telah berjaya meletakkan Sukan
Olimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan
peserta dunia. Di samping itu Sukan Olimpik juga berperanan melupakan sejenak sebarang
masalah dan krisis yang timbul. Secara tidak langsung sukan ini berjaya meyelesaikan
sebarang pertikaian antarabangsa.
PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA
Seperti kebanyakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk mengembang dan
menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan termasuk olahraga ialah menerusi
persatuan. Oleh itu adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat
tertentu. Bagi olahraga, badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini ialah Persekutuan
Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Keahlian badan
ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing.
Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi Kesatuan
Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai badan ini.
Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga
diperingkat antarabangsa hendaklah terdapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF ataupun
dianjurkan sendiri oleh badan berkenaan. Badan ini juga bertanggungjawab dalam
menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian yang mungkin timbul dikalangan negaranegara
atau persatuan-persatuan gabungannya. Umpamanya, dalam menganjurkan
perjumpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan
sebagainya, badan berkenaan harus mendapat persetujuan dalam Majlis Olimpik
Antarabangsa (IOC) dan IAAF.
Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga berperanan mengeluarkan
segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk dipatuhi
oleh semua negara anggota. Begitu juga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh
setiap peserta, tidak kira dimana asalkan mendapat kelulusan IAAF, dicatat dan
dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasannya, IAAF sememangnya
berperanan dalam semua hal yang berkaitan dengan sukan olahraga diperingkat dunia.
SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWAN
Seseorang yang mengambil bahagian dalam olahraga disebut atlit bagi lelaki dan
olahragawati bagi perempuan. Seseorang olahragawan atau olahragawati mungkin terdiri
daripada peserta yang mengambil bahagian sebagai amatur dan mungkin juga bertaraf
professional, yakni mereka dibayar gaji atau ganjaran tertentu untuk mengambil bahagian.
Kini ramai juga olahragawan dan olahragawati terutamanya di barat yang dikategorikan
sebagai profesional. Malah ada di antara mereka yang telah menjadi jutawan.
Adakah setiap orang boleh mengambil bahagian dalam sukan olahraga? Dan apakah
acara yang sesuai untuk disertai? Disebabkan terdapat banyak acara dalam sukan olahraga,
seseorang atlit bebas memilih acara yang paling sesuai baginya berdasarkan keupayaan dan
kebolehan sendiri. Adalah tidak mungkin seorang olahragawan mampu mengambil bahagian
dalam semua atau sejumlah besar acara, padahal ia hanya berupaya dalam satu dua acara
tertentu sahaja. Ada pula atlit yang terpaksa membuat pilihan walaupun dia mampu mencapai
prestasi yang baik dalam sebilangan besar acara.
Sebagai atlit, seseorang itu mempunyai beberapa ciri yang tertentu yang diharapkan
mampu membawa kejayaan kepadanya. Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara itu
walaupun bergantung kepada diri individu itu, juga bergantung kepada kebijaksanaan
jurulatih atau guru pengawas. Antara ciri-ciri itu adalah seperti berikut :
1. Berdisiplin tinggi
2. Semangat untuk bertanding
3. Berperibadi mulia dan dihormati
4. Mempunyai semangat berpasukan
5. Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah
6. Penyabar dan bertimbang rasa
PENGLIBATAN WANITA DALAM OLAHRAGA
Olahraga bukan hanya diceburi kaum lelaki sahaja, kaum wanita juga turut melibatkan diri.
Mungkin pada peringkat awal penglibatan kaum wanita dalam olahraga dan sukan amnya
mendapat tentangan daripada beberapa pihak tertentu, tetapi lama-kelamaan diakui bahawa
penglibatan mereka adalah setanding dengan kaum lelaki, sehinggakan adakalanya
pencapaian mereka mengatasi kaum lelaki. Banyak acara olahraga yang disertai lelaki juga
menjadi acara untuk wanita. Gaya larian, keupayaan, teknik dan prestasi mereka ada yang
menakjubkan.
Penglibatan wanita dalam sukan khususnya olahraga tidaklah seawal penglibatan dan
mengalami sejarah pahit seperti kaum lelaki. Mengikut sejarah olahragawan, wanita pada
mulanya dilarang daripada mengambil bahagian dalam acara sukan. Pelbagai anggapan
negatif dilemparkan kepada mereka. Malah mereka juga dilarang menonton kaum lelaki
mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Kuno.
Ketika olahraga rancak menular ke negara-negara Eropah khususnya England, wanita
masih dilarang mengambil bahagian dalam olahraga. Persatuan olahraga juga enggan
mengatur serta menganjurkan kejohanan dan perjumpaan olahraga untuk wanita.
Bagaimanapun ini tidaklah bermakna tiada pula usaha dilakukan oleh pihak-pihak
tertentu untuk menganjurkan kejohanan untuk wanita. Menyedari penglibatan dan penyertaan
wanita juga perlu, maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk kaum wanita ditubuhkan.
Persatuan ini diberi nama Federation Sportive Feminine Internationale. Tujuan utama
penubuhan persatuan ini ialah untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa
supaya penyertaan Sukan Olimpik yang bakal diadakan pada tahun 1924, dibuka juga kepada
wanita. Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Tetapi bukan untuk Sukan
Olimpik tahun 1924 seperti yang dicadangkan itu.
Sukan Olimpik tahun 1928 akhirnya membuka pintu kepada kaum wanita.
Negara kita juga memberi peluang kepada kaum wanita untuk menceburkan diri
bukan sahaja dalam sukan olahraga tetapi juga dalam bidang-bidang sukan lain. Prestasi yang
mereka pamerkan bukan sahaja tinggi dari segi mutu, tetapi turut menaikkan nama negara
dalam sukan antarabangsa, khususnya olahraga. Bagitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah,
yang turut diberi peluang mengambil bahagian dalam sukan ini sejak dari sekolah rendah
lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa olahraga khususnya dan sukan amnya adalah milik semua
rakyat tidak kira lelaki atau wanita.
PERALATAN UNTUK OLAHRAGA
Dahulunya soal peralatan tidak begitu di ambil kira oleh para olahragawan. Mereka memakai
kasut biasa, dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar pendek dan baju-T
atau singlet. Apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19, spikes terus
menjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari merasakan spikes
adalah suatu yang penting bagi mereka. Umumnya dalam sukan olahraga, terutamanya dalam
acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan selain spikes ini.
1. Kasut
Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja
mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk
kegunaan dalam acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun,
penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa
kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung pada keselesaan atlit
secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan.
2. Blok permulaan
Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk
membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan
larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini,
tetapi bagi kebanyakan pelari blok ini amat diperlukan, termasuk dalam
perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas
atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.
3. Pakaian sukan
Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian
yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan
sukan terbesar dunia, para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat
nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang
menganjurkan perjumpaan itu. Bagaimanapun, setiap peserta dibolehkan memakai
pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan
mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca
televisyen tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai
oleh para olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak
mengganggu pergerakan dan larian mereka.
4. Peralatan sampingan
Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing.
Mungkin ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang
tidak penting, namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan
dengan mereka hendaklah diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus
mengandungi barangan seperti berikut :
a. Tuala
b. Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol
minuman dan sebagainya.
c. Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang)
d. Kasut jogging dan kasut berlari (spikes)
e. Jam randik (stop-watch) atau pita pengukur
f. Barangan lain yang difikirkan perlu
ACARA-ACARA OLAHRAGA : BALAPAN
Sebelum kita mempelajari prinsip dan teknik sesuatu yang terdapat dalam sukan olahraga,
adalah perlu kita ketahui apa acara yang tergolong dalam acara balapan atau trek. Dengan
mengetahui acara-acara ini barulah mudah bagi kita mempelajari satu demi satu sebagai
panduan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam mana-mana acara yang mereka
ingini.
Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada
sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki
mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Jika
dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakkan sukan
terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat
sekurang-kurangnya 11 orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara
mempertaruhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup
untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang
dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran.
Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi
seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakkan atlit lebih suka
mengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa.
Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanya
mengambil bahagian dalam satu atau dua acara.
PENGKHUSUSAN
Di peringkat sekolah, seseorang murid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah
tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulan
larian, lompatan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu,
mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lari
berganti-ganti. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu
perjumpaan olahraga peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat
menerusi berbagai acara.
Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduan
tentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. Ini disebabkan peringkat yang
lebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan menjadi lebih rumit. Tidak mungkin seseorang atlit
itu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. Jadi bagi mengelakkan
daripada menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginya
yang mampu menjanjikan sesuatu kejayaan.
Malah diperingkat antarabangsa sekalipun, dengan hanya mengambil bahagian dalam satu
acara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi,
dan mampu dijadikan contoh kepada ol;ahragawean lain di seluruh dunia.
Dengan melakukan pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruh
perhatian kepada setiap aspek latihan yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akan
mempunyai jurulatih khas mengikut jenis acara yang mereka ceburi. Dengan itu sudah tentu
bentuk latihan yang lebih khusus dan merndalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkin
berbeza mengikut perbezaan acara, walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum
secara bersama.
JENIS-JENIS ACARA BALAPAN
Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acara
sukan sejak berabad-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olahraga dengan jenis sukan lain
ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh
dimenangi menerusi olahraga, berbanding hanya satu pingat dalam sukan bola sepak atau
hoki. Secara logiknya, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberikan kepada
sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadiakn ukuran tidak rasmi dalam menentukan
keupayaan sesebuah pasukan atau negara.
Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu larian, lompatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuk
lelaki sahaja, dan ada pula acara yang boleh desertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara
mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta.
Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan
bukan olahraga secara keseluruhannya. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih
daripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja.
Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang
mereka akan pertandingkan. Faktor-faktor seperti bilangan peserta, tingkat keupayaan
mereka, kemudahan peralatan, keupayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan,
keupayaan pegawai dan kakitangan pengelola dan tempoh pertandingan akan menentukan
bilangan dan jenis acara yang akan di pertandingkan dalam sesuatu perjumpaan.
Umpamanya di peringkat sekolah, bilangan acara sukan mudah tentu berkurangan
daripada jumlah acara untuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel
atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap mempunyai jumlah acara
olahraga yang maksimum, tetapi masih belum lengkap sepenuhnya. Biasanya dalam
kejohanan balapan dan padang antarabangsa, semua acara olahraga dipertandingkan,
termasuk wanita.
Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan di peringkat
aanatarabangsa, dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :

Pecut adalah acara sehingga dan termasuk 400 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

 50 meter (tertutup sahaja)


 55 meter (tertutup sahaja)
 60 meter (tertutup sahaja)
 100 meter
 200 meter
 400 meter

Acara jarak sederhana adalah acara yang lebih jauh berbanding pecut dan sehingga 3000
meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

 800 meter
 1000 meter (jarang)
 1500 meter
 One mile[1]
 3000 meter
 3000 meter berhalangan

Acara jarak jauh adalah acara melebihi 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

 5000 meter
 10000 meter
Acara lari berpagar memerlukan pelari untuk melepasi halangan-halangan yang dijarakkan
dengan sama rata semasa perlumbaan. Acara biasa dipertandingkan adalah:

 60 meter lari berpagar (tertutup sahaja)


 100 meter lari berpagar (wanita)
 110 meter lari berpagar (lelaki)
 400 meter lari berpagar

Lari berganti-ganti adalah acara di mana empat atlet menyertai sebagai sebuah pasukan,
memberi baton besi diantaranya. Acara biasa dipertandingkan adalah:

 4 x 100 meter lari berganti-ganti


 4 x 200 meter lari berganti-ganti (sekolah tinggi dan kolej)
 4 x 400 meter lari berganti-ganti
 4 x 800 meter lari berganti-ganti

Some events, such as medley relays, are rarely run except at large relay carnivals. Typical
medley relays include:

 Sprint Medley Relay (SMR): the four legs are 400 metres, two 200 metre legs, 800
metres; or alternately 200 metres, two 100 metre legs, 400 metres
 Distance Medley Relay (DMR): the four legs are 1200 metres, 400 metres, 800
metres, 1600 metres

Lumba lari jalan adalah acara dikendalikan di jalan terbuka, kadangkala berakhir di trek.
Acara biasa dipertandingkan adalah:

 10 km
 20 km
 Half marathon (21.0975 km)
 Maraton (42.195 km). Maraton ini adalah larian jarak perlumbaan-jalan biasa dalam
kejohanan olahraga antarabangsa utama, seperti Olimpik.

Lumba jalan kaki mungkin dipertandingkan sama ada di trek atau di jalan terbuka. Acara
biasa dipertandingkan adalah:
 10 km
 20 km
 50 km

[sunting] Acara padang

[sunting] Acara melempar

 Lempar cakera
 Baling tukul besi
 Rejam lembing
 Lontar peluru

[sunting] Acara melompat

 Lompat tinggi
 Lompat galah
 Lompat jauh
 Lompat kijang

[sunting] Pertandingan Pelbagai Acara

Pertandingan pelbagai acara termasuk acara daripada kedua-dua trek (berlari) dan acara
padang.

Pentathlon: Pentathlon luar termasuk lima acara berikut:

 Lompat jauh
 Rejam lembing
 200 meter
 Lempar cakera
 1500 meter

Pentathlon luar adalah satu acara kejohanan kebangsaan di Amerika Syarikat sehingga 1978.
Ia masih dipertandingkan dalam kebanyakan tempat di serata dunia, tetapi jarang sekali
sebagai acara kejohanan. Pentathon juga dipertandingkan di beberapa Sukan Olimpik awal,
terutamanya dalam Olimpik 1912 yang telah dimenangi oleh Jim Thorpe, yang turut
memenangi Decathlon. Acara meniru Sukan Olimpik Greek asal, di mana Pentathlon adalah
pertandingan pertama. Ia terdiri daripada lompat jauh, rejam lembing, satu larian statia kira-
kira 180 meter, lempar cakera, dan gusti gaya Greco-Rom.

Pentathlon: Pentathlon tertutup termasuk lima acara berikut:

 Lari berpagar (110 meter untuk lelaki, 100 meter untuk wanita)
 Lontar peluru
 Lompat jauh
 Lompat tinggi
 Jarak sederhana (1500 meter untuk lelaki, 800 meter untuk wanita)

Heptathlon: Heptathlon termasuk tujuh acara berikut:

Di luar (biasanya hanya wanita):

 100 meter lari berpagar


 Lompat tinggi
 Lontar peluru
 200 meter
 Lompat jauh
 Rejam lembing
 800 meter

Tertutup (biasanya hanya lelaki):

 60 meter
 Lompat jauh
 Lontar peluru
 Lompat tinggi
 60 meter lari berpagar
 Lompat galah
 1000 meter
Dekatlon: Decathlon termasuk sepuluh acara berikut:

 100 meter
 Lompat jauh
 Lontar peluru
 Lompat tinggi
 400 meter
 110 meter lari berpagar
 Lempat cakera
 Lompat galah
 Rejam lembing
 1500 meter

BALAPAN UNTUK OLAHRAGA


Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan
dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dan
sempurna. Persediaan awal yang merangkumi peralatan dan kemudahan untuk setiap acara
hendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakal
diadakan dalam perjumpaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadium
bola.
Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi
padang bola. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau
perjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi lapan lorong disediakan. Balapan
diperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tartan. Setiap lorong balapan sejauh 400
meter.
Di sekolah atau daerah, kebanyakan balapan dibuat apabila perjumpaan olahraga
diadakan. Begitu juga dengan kemudahan untuk acara-acara padang. Bahagian atau kawasan
tertentu di dalam padang dikhaskan bagi semua acara padang. Setiap pihak penganjur akan
berusaha mengadakan kemudahan ini sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkat
perjumpaan itu.
Acara asal dan hanya satu dalam Olimpik yang pertama pada 776 SM adalah lumba lari
panjang-stadium atau "stad", diadakan di trek.

Terdapat beberapa temasya lain diadakan di Eropah semasa era klasik:

 Sukan Panhellenic:
o Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) diadakan di Delphi setiap empat tahun
o Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) diadakan di Argolid setiap dua tahun
o Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap dua tahun
 Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda,
bergusti dan pertempuran gladiator.
 The Tailteann Games (claimed foundation 1829 BC) – held near modern Telltown in
Ireland, this thirty-day meeting included foot races and stone-throwing events

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan
olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak
dikelolakan dengan baik.

Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini
termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst
membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi
olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama
organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh
Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat
menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.

Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih
diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang
pada tahun 1928.

Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di
Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur
Athletic Union dan USA Track & Field.

[sunting] Olahraga tertutup


Typical "oval" track consisting of two semicircles joined by straight segments.

Terdapat dua musim untuk acara trek dan padang. Terdapat satu musim tertutup, diadakan
semasa musim sejuk dan satu musim luar, diadakan semasa musim bunga. Kebanyakan trek
dalam dewan adalah 200 meter dan mempunyai empat hingga 8 lorong. Terdapat juga
sesetengah trek dalam dewan 150 meter, dan lain-lain sekecil 120 meter juga pernah
digunakan. Kebiasaannya, trek sebegini telah diubahsuai untuk megelakkan ukuran trek
berlainan yang disebabkan pusing selekoh ketat.

Dalam kejohanan trek tertutup, atlet mempertandingkan acara balapan sama dengan
kejohanan luar kecuali untuk acara 100 m, 110 m/100 m berpagar (digantikan dengan 55 atau
60 m pecut dan 55 atau 60 m berpagar dalam kebanyakan peringkat, atau 55 m pecut dan
berpagar dalam peringkat sekolah tinggi), 10,000 m jalan kaki dan 3,000 m lari berhalangan,
400 m berpagar. Acara tertutup juga mempunyai tambahan 3,000 m berlari yang biasanya
diadakan untuk tahap kolej dan elit berbanding 10,000 m. 5,000 m adalah acara terpanjang
biasanya diadakan dalam dewan, walaupun terdapat situasi di mana jarak lebih panjang
pernah dipertandingkan. Dalam pertengahan abad ke-20, terdapat satu siri "perang tanding"
perlumbaan di trek tertutup Madison Square Garden, sebahagian yang mempertandingkan
larian maraton dua lelaki (42.2 km).

Untuk acara padang, kejohanan trek tertutup hanya mempertandingkan lompat tinggi, lompat
galah, lompat jauh, lompat kijang, dan lontar peluru (lemparan berat). Akibat ruang yang
terhad, acara ini mengambil tempat di kawasan dekat, dalam lilitan trek. Merejam lembing,
tukul dan cakera adalah ditambah hanya untuk kejohanan luar, oleh sebab biasanya tiada
ruang yang mencukupi dalam stadium tertutup untuk menempatkan acara tersebut.

[sunting] Olahraga luar


Musim acara trek dan padang luar biasanya bermula pada musim bunga dan berakhir pada
musim panas. Kebanyakan trek adalah berbentuk bujur 400 meter dalam lilitan. "Trek tartan"
moden atau "trek mondo" yang lebih baru diperbuat dengan satu permukaan diturap dengan
getah; trek lebih lama adalah diliputi sinder.

Trek biasanya terdiri daripada 6-10 buah lorong (sehingga 12 lorong di 'front' straight) dan
kebanyakan termasuk satu lorong halangan lumba kuda dengan lubang air pada satu daripada
selekoh. Pit halangan lumba kuda ini boleh ditempatkan sama ada di dalam atau luar trek,
untuk membuat satu selekoh lebih ketat atau selekoh lebih luas. Ia adalah biasa untuk trek
mengelilingi satu padang permainan digunakan untuk bola sepak Amerika, bola sepak, atau
permainan bola lakros. Padang dalaman ini lazimnya dikenali sebagai kawasan dekat (infield)
dan mempunyai permukaan sama ada rumput atau rumput tiruan.
Segala acara padang boleh dipertandingkan di kawasan dekat. Bagaimanapun rejam lembing,
membaling tukul besi dan melempar cakera kadangkala merupakan diadakan pada padang
luar daripada stadium trek kerana mereka memerlukan ruang yang besar, alat-alat itu boleh
merosakkan kawasan dekat, dan alat tersebut mungkin berkesudahan mendarat pada trek.
Bagaimanapun, sebahagian infields adalah digunakan khas untuk acara ini, dan untuk rejam
lembing, seorang atlet mungkin mempunyai run-up lebih panjang dengan memulakan ia pada
sebelah landasan yang lain, dan melintas apabila tiada atlet melalui.
1.0 LOMPAT TINGGI

1.1 PENGENALAN

Acara lompat tinggi merupakan salah satu acara olahraga yang diminati dan menjadi
perhatian orang ramai.Acara ini bermula pada tahun 1887 dan seterusnya pada tahun
1896,acara ini telah dijayakan dalam Sukan Olimpik.Oleh itu,lompat tinggi ialah satu
sukan yang menggunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena
olahraga.Pelbagai gaya lompatan oleh atlet juga menyebabkan acara ini menjadi
perhatian ramai.

1.2 SEJARAH

Pada abad ke-19,satu pertandingan diadakan bagi menentukan golongan profesional


yang mampu melompat tinggi di England.Dalam satu pertandingan yang diadakan pada
1861,William Tirandale yang berbangsa Scotland telah berjaya melompat setinggi
1.83m.Lompatan tersebut adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dalam kalangan
peserta yang bertanding.Cara lompatan ketika itu jauh berbeza dengan lompatan yang
dilakukan oleh atlet pada masa sekarang.Hal ini disebabkan hanya seutas tali yang
diikat pada dua batang kayu dan dipacak pada tanah menjadi palang.Kedua-dua kaki
peserta dirapatkan sambil badan melompat pada kedudukan statik atau
menegak,melihatkan peserta seolah-olah melompat pada kedudukan berdiri dan
menegak.Cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari semasa ke semasa
berdasarkan peraturan dan undang-undang yang turut berubah.Peningkatan prestasi
lompatan yang ditunjukkan oleh peserta menyebbkn tempat mendarat terpaksa
digantikan daripada pasir kepada tilam atau alas tebal yang lembut.Gaya statik dan
lompatan menegak digunakan pada peringjat awaal sukan olimpik.Gaya pelana
digunakan oleh peserta Amerika.Gaya gunting digunakan oleh pelompat Asia dan mula
diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke 20.Nama yang penting dalam
acara ini ialah Dick Fosbury iaitu pelompat tinggi dari AS yang telah memperkenalkan
teknik lompatan terbaru dan mempopularkan acraa ini dalam sukan Olimpik di Mexico
pada 1968.IAAF telah bersetuju menamakan teknik lompatan tersebut sebagai Fosbury
Flop.Sebelum ini gaya guling pelana telah digunakan oleh Jim Steward dari University
of Southern California tetapi gaya ini dipopularkan oleh Les Steers.Beliau telah berjaya
melompat setinggi 6 kaki 11 inci walaupun ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci.Orang yang
pertama berjaya melepasi paras 7 kaki ialah Charles Dumas dalam Olimpik 1956
dengan lompatan 7 kaki 0.3inci.

1.3 PERALATAN

Kawasan dan peralatan yang khusus diperlukan untuk membolehkan acara ini dijalankan.

a) Tiang lompat tinggi


Dua batang tiang dan tidak boleh diubah semasa prtandingan.Kedua-dua tiang
mestilah mempunyai alat bantuan khusus untuk membolehkan tiang tetap tegak tanpa
mudah dijatuhkan.

b) Palang lompat tinggi


Diperbuat smada dari kayu,logam,atau pun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat
atau segitiga.Palang mestilah mempunyai kadar panjang yang sesuai dengna kedua-
dua tiang yang dipasangkan itu.Palang perlu diletakkan pada tiang menerusi alat
sokongan khas.

c) Kawasn mendarat
Digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat yang
ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.Tilam spring atau
bergetah turut boleh digunakan asalkan sesuai.

d) Pita pengukur
Untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta.Ukuran akan
dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan iaitu selepas palang dinaikkan.Pengukur
elektronik digunakan pada masa kini untuk proses pengukuran.

1.3 UKURAN

Tiang lompat tinggi


 Tiang haruslah dijarakkan pada jarak minimum 4m atau maksimum 4.04m dari
bahagian dalam

Palang lompat tinggi

 Palang mestilah mempunyai kepanjangan yang sesuai dengan jarak kedua-dua


tiang yang dipasangkan,berat maksimum 2kg dan diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas.Alat tersebut hendaklah berbentuk segiempat rata
dan berukuran 4cm lebar dan 6 cm panjang.
Kawasan mendarat

 Merupakan tilam ataupun pengalas lembut bergetah yang berbentuk segiempat


dalam saiz 5cm panjang,4cm lebar dan 1cm tebal.

Pita pengukur

You might also like