You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKAUK 2010

MASA ACARA CATATAN

8.00 pg Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
‫ والصالة والسالم على رسول هللا األمين وعلى آله‬،‫الحمد هلل رب العالمين‬
.‫وأصحابه أجمعين‬

Yang Berbahagia, Ustaz Ghazali bin Ibrahim, penceramah


jemputan kita pada pagi ini.

Yang Berusaha Pn. Noriah binti Razak, Guru Besar SK AU


Keramat

Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru dan


seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izin,


limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul
di dewan yang serba indah ini bagi menjayakan Majlis
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.
Untuk makluman semua, Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini
merupakan majlis tahunan yang dianjurkan oleh Panitia
Pendidikan Islam.

Bacaan Doa

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Ahmad Zairil bin Abu Bakar. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Amin, Ya Rabb al-‘Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Ustaz Ahmad Zairil bin Abu Bakar
atas bacaan doa itu tadi.

Bacaan Ayat Suci Al-Quran

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan bacaan ayat suci al-
Quran yang akan disampaikan oleh adik_______________

Majlis mempersilakan
Terima kasih diucapkan kepada adik _________________
di atas bacaan ayat-ayat suci al-Quran itu tadi. Semoga
ianya akan menambahkan keberkatan majlis kita pada
pagi ini.

Ucapan Perasmian

Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya


mempersilakan Yang Berbahagia __________________,
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan


atas ucapan yang disampaikan tadi.

Ceramah

Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar ceramah


akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ghazali Bin
Ibrahim, sebelum itu izinkan saya membaca serba ringkas
biodata penceramah kita pada pagi ini...

BACA BIODATA

Tanpa melengahkan masa majlis dengan segala hormat


mempersilakan Ustaz Ghazali untuk menyampaikan
ceramahnya.

Demikianlah tadi ceramah yang telah disampaikan oleh


Ustaz Ghazali bin Ibrahim. Semoga ceramah yang
disampaikan itu tadi akan memberi pengajaran dan
meningkatkan rasa cinta kita semua terhadap Junjungan
Besar Rasulullah SAW.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Ustaz atas ceramah yang disampaikan
sebentar tadi.

Jamuan Untuk Penceramah

Seterusnya, majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz


Mohd Razif b. Abd Rahman mengiringi dan
mempersilakan Yang Berbahagia Ustaz Ghazali bin
Ibrahim, Pn. Noriah bt Razak dan Guru-guru Penolong
Kanan untuk menikmati jamuan ringan yang telah
disediakan .
Dipersilakan

Selawat

Bagi menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul yang


diadakan pada hari ini marilah kita bersama-sama
berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dengan penuh
keikhlasan dan bersemangat sebagai tanda cinta dan kasih
kita kepada Baginda….

Persembahan Nasyid

Seterusnya, majlis mempersilakan Pasukan Nasyid


Sekolah untuk menyampaikan Nasyid yg bertajuk
____________________________
Dipersilakan…

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid


sekolah atas persembahan sebentar tadi.
Mengambil Makanan

Dengan berakhirnya persembahan nasyid itu tadi maka


selesailah sudah Sambutan Maulidurrasul pada hari ini.
Sebelum itu diminta kepada guru-guru agar dapat
menguruskan pengagihan makanan kepada murid-murid.

Sekian, wabillahti taufik wal hidayah wassalam mualaikum


wth bkth .....

You might also like